|
AKIBAT BAKHIL |
 |
|
| |
|
 |
Seorang gadis datang menemui
Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.
Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang
amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
Copy/Paste From: www.familiazam.com
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan
apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi
aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi. |
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku
bermimpi ber jumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat
menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga
kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas
aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh
dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil
pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk
bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Copy/Paste From: www.familiazam.com
Lalu aku terus mencari ayahku . Rupanya beliau berada di syurga dan
sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai
ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah
ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat
mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air
kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku
lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu
dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku,
api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Copy/Paste From: www.familiazam.com
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak
henti-henti mengalir dipipi.
Copy/Paste From: www.familiazam.com
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah
agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR
TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"
Copy/Paste From: www.familiazam.com
Sumber:
http://www.myuitm.com/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2334/ |
|
Mutiara Kata:
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu
dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu |
|
|

Tahukah anda? Untuk mengecapi
kekayaan, kebahagian serta ketenangan di dalam hidup!.. Ianya bermula
dari "Rezeki Yang Diberkati.."

Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu
sukar untuk anda memperolehi wang? Apabila memperolehi wang, seringkali
ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada
sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu
mengeluarkan wang dari poket anda.
|
|
|
|