|
AMAL BAIK DIDUNIA,
SELAMAT DI AKHIRAT |
 |
|
|

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah
ra berkata, Nabi Muhammad Bersabda "Sesungguhnya aku mengalami mimpi
menakjubkan pada malam sebelum aku diisraqkan.
http://familiazam.com
"Aku melihat seorang umatku didatangi malaikat maut dengan keadaan
menggerunkan untuk mengambil nyawanya, tapi perbuatan malaikat itu
terhalang oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada ibu bapa."
"Aku melihat seorang umatku disediakan azab kubur menyeksakan,
tetapi dia diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna."
http://familiazam.com
"Aku melihat seorang umatku dikerumuni syaitan dan iblis laknatullah,
tetapi dia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas
kepada Allah."
"Aku melihat umatku diseret dengan rantai diperbuat daripada api
neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan di dubur
oleh malaikat ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak
menunjuk-nunjuk melepaskannya daripada seksaan itu."
"Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga, tetapi dihalang meminumnya, ketika itu
datang pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah memberi minum hingga
dia puas."
"Aku melihat umatku cuba mendekati sekumpulan nabi yang duduk,
setiap kali dia datang dia diusir, maka menjelmalah mandi junub
dengan rukun yang sempurnanya sambil memimpinnya ke kumpulanku,
seterusnya duduk disebelahku."
"Aku melihat seorang umatku di dalam keadaan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia dalam keadaan binggung, maka datanglah
pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah lalu
mengeluarkannya dari kegelapan ke tempat yang terang benderang."
http://familiazam.com
"Aku melihat seorang umatku cuba berbicara dengan golongan orang
mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya, maka menjelmalah
sifat silaturahim dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu
menyeru kepada mereka supaya menyambut bicaranya, lalu berbicara
mereka dengannya."
"Aku melihat seorang umatku menepis-nepis percikkan api kemukanya,
maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kepada Allah
lalu menghalang muka dan kepalanya daripada bahaya api berkenaan."
http://familiazam.com
Sumber: Metro Ahad 18 Disember 2005 
Kiriman Pada: 18 Disember
2005
|
|
Mutiara Kata:
"Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana
kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain" |
|
|

Kebanyakkan mangsa
kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di
tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa
menerima rawatan pertolongan cemas. Sekarang, bayangkan jika si MANGSA
itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI SAYANGI!

Dapatkan sekarang panduan
menyelamatkan nyawa orang
yang tersayang.
|
|
|
|