|
AYAT PENGGERAK |
 |
|
Ayat
Pengerak, Doa yang sangat wajar
diamalkan di zaman ini.
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat
besar manfaatnya sekiranya diamalkan
dalam kehidupan seharian kita. Doa yang
dimaksudkan seperti sabda Rasulullah
s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada
umatnya satu doa yang jika dibaca tiga
kali di waktu pagi dan tiga kali di
waktu petang maka akan terhindarlah
kepada yang membacanya daripada segala
kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Doa daripada hadis di atas adalah
seperti berikut;

(Klik
di sini untuk memuatturun/mendengar
bacaan doa ini)
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi
Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti
berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang
tersebut di atas, insya’Allah kita akan
terhindar daripada ”mudarat” yang
disebutkan. Maka dengan itu faedahnya
yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
http://familiazam.com
Keberuntungan beramal dengan doa
ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan
doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana
dengan membaca doa ini boleh mengerakkan
hati kita untuk meneruskan atau tidak
bila hendak melakukan sesuatu
kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru
memberikan petua bagaimana untuk beramal
dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan
samaada perjalanan yang dekat ataupun
jauh, mengembara ke tempat yang telah
biasa ataupun yang belum pernah
dikunjungi dan sebagainya atau untuk
memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin
biasa atau berisiko seperti masuk hutan
untuk berburu, memancing, menyembelih
binatang, bekerja di tempat pembinaan,
dan seumpamanya, maka sebelum itu
bacalah doa ini sebanyak tujuh kali.
Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi
kita daripada segala bentuk kemudaratan,
kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di
sekeliling kita.
http://familiazam.com
• Jika bacaan tersekat-sekat atau
terlupa atau ketika sedang membaca ada
gangguan seperti gangguan telepon
berdering, gangguan daripada anak-anak,
gangguan daripada rakan-rakan yang
menyapa dan sebagainya yang menyebabkan
kosentrasi bacaan terganggu, maka
berehatlah dahulu. Jangan diteruskan
perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Setelah berehat beberapa ketika, baca
sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan.
Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu
lancar baru teruskan perjalanan atau
pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga
perjalanan atau pekerjaan sedangkan
bacaannya tidak lancar, mengikut
pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena
dengan kemudaratan yang mungkin ada
dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa,
insya’Allah kita boleh terlepas daripada
kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq
iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah
dengan kita berusaha melalui berdoa
kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya
Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang
tidak boleh berubah seperti mati maka
kalau ajal telah tiba kita membaca doa
ini seribu kali sekali pun pasti kita
akan mati.
http://familiazam.com
Terhindar Daripada Kemudaratan
Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh
badan kita sebahagiannya mengandungi
bahan kimia yang beracun. Racun tersebut
tidak memberi kesan untuk jangkamasa
pendek tetapi terbukti sebahagiannya
memudaratkan tubuh badan untuk
jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu
sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita
seperti kanser, diabetes, dan sebagainya
adalah berpunca daripada makanan dan
juga minuman. Untuk mengelakkan makanan
yang kita makan membawa mudarat kepada
tubuh badan adalah disarankan agar
mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya
tiga kali sebelum menjamah apa sahaja
makanan dan minuman. Insya’Allah dengan
keberkatan membaca doa ini semua makanan
dan minuman yang halal, yang dimakan dan
diminum tidak memudaratkan tubuh badan
kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu
sihir hukumnya adalah syirik dan mereka
yang syirik akan mendapat balasan laknat
Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan
di dalam neraka selama-lamanya melainkan
jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena
kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah
s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan
seperti memakai susuk dan kebanyakan
amalan sihir adalah untuk tujuan khianat
yang boleh memudaratkan seseorang dan
sesetengahnya boleh membawa maut. Ada
perbuatan sihir yang sememangnya
ditujukan kepada seseorang kerana
dorongan hasad dengki, dan ada juga yang
terkena sihir dengan tidak disengajakan
seperti secara tidak sengaja termakan
makanan dan minuman yang mengandungi
santau.
http://familiazam.com
Pengalaman penulis berhenti makan dengan
seorang sahabat di sebuah gerai makan.
Gerai tersebut terletak di tepi
jalanraya. Ketika hendak menjamah
makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang
berisi nasi terbelah dua. Dalam
peristiwa yang lain, sahabat penulis itu
menceritakan dia pernah minum di sebuah
restoran dimana gelas ditangannya pecah
sebelum sempat sampai ke mulutnya.
Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana
makanan dan minuman tersebut ada
mengandungi sihir santau. Dia terhindar
daripada mudarat sihir dengan berkat
beramal dengan doa ini setiap kali
sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir
digunakan untuk tujuan melariskan jualan
makanan. Unsur-unsur bahan sihir
tertentu dimasukkan ke dalam makanan
yang menyebabkan sesiapa yang menjamah
makanan tersebut akan merasakan masakan
tersebut sungguh sedap. Dengan
mengamalkan doa ini insyaAllah kita
hanya akan merasa yang asal tanpa
dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk
Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat
yang pada kebiasaannya tempat tersebut
makhluk halus berkeliaran atau tinggal
seperti di tepi tasek, di dalam hutan,
di bangunan yang telah lama di
tinggalkan dan sebagainya, maka kita
terdedah kepada gangguan makhluk ini.
Namun begitu jika kita beramal dengan
doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya
untuk mengusik, manakut-nakutkan dan
memudaratkan kita.
http://familiazam.com
Satu perkara yang penting juga, apabila
kita pulang ke rumah dari tempat yang
disebutkan di atas, kadang kala makhluk
itu akan mengekori kita dan masuk ke
dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika
kita mempunyai anak-anak kecil mereka
mudah diganggu oleh makhluk ini,
akibatnya anak kecil kita menangis tidak
henti-henti. Untuk mengelakkan mereka
masuk ke rumah kita, bacalah doa ini
tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri
sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas,
Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya
membaca doa ini tiga kali, dengan itu
mungkin kurang berkesan jika kita
membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi
manfaat kepada yang membaca dan
mengamalkannya, insya'Allah.
http://familiazam.com
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Sumber: http://www.darussyifa.org
Diterbitkan pada: 19hb Ogos 2000
|
|
Mutiara Kata: "Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita
minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya." |
|
|

Mari… mari… mari… Ada berita baik buat anda…

Dapatkan hosting dan domain termurah di Malaysia.
|
|
|
|