|
BARAH PAYUDARA |
 |
|
|
Kesan awal dengan pemeriksaan sendiri
payudara (PSP)
Apakah kanser payudara?
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab
utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.
Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu
payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan
dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan
bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.
Apakah yang menyebabkan kanser payudara.
www.familiazam.com
Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20
tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.
Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko
wanita menghidap kanser payudara:
www.familiazam.com
Mempunyai ahli keluarga yang menghidap
kanser payudara.
Telah mendapat kanser pada satu payudara.
Mula datang haid awal (sebelum umur 12
tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
Tidak pernah melahirkan anak atau
melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
Mengambil jenis makanan yang mengandungi
banyak lemak haiwan.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah
Kanser Payudara.
Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara
adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.
Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan
Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi
wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara
oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan
membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal
di mana rawatan adalah lebih berkesan.
Bila Mesti Melakukan PSP ?
www.familiazam.com
Anda misti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah
dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur
atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan
setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau
terakhir pada bulan tersebut.
Bagaimana Melakukan PSP
www.familiazam.com
Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan
mengesan perubahan dengan cara berbaring.
A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin
www.familiazam.com
Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras
kedua-dua puting payudara.
 |
Kedudukan 1
Tanggalkan pakaian anda pada paras
pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.
|
 |
Kedudukan 2
Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala
anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.
|
 |
Kedudukan 3
Berdiri tegak di hadapan cermin dengan
tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang
perubahan pada payudara. |
 |
Kedudukan 4
Tegangkan otot-otot bahagian dada anda
dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah. |
Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di perhatikan
Semasa Pemeriksaan.
- Benjolan di payudara atau ketiak
- Perubahan bentuk dan saiz payudara yang
luarbiasa
- Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada
payudara
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari
putting payudara.
B. Mengesan Perubahan Dengan cara berbaring
www.familiazam.com
 |
Langkah 1: Persedian
Mulakan dengan
PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan
kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat
di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa.
Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.
Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa
payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa
sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN
Periksa Payudara anda dengan menggunakan
Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).
|
 |
Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah
Urutan Menegak
Periksa seluruh kawasan payudara dalam
corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan
kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara kedua
payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Megunakan
tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan
dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan
atau penebalan.
Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke
bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat
di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang bergerak lebih kurang
dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda
dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah
mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan.
|
 |
Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah
Pusingan
Bermula di bahagian atas payudara anda,
buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan
memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat
sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting
payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan
dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah
areola (kawasan hitam).
|
 |
Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di
Puting Payudara
Menggunakah kedua-dua belah tangan,
tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan
luarbiasa dari puting payudara.
|
 |
Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda
Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan
rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
|
PEMERIKSAAN PAYUDARA KIRI
Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga kelangkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan
cara yang sama menggunakan tangan kanan.
Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara
Menandakan kenser?
9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam
payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap
semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan
segera jika anda mengesan sebarang benjolan.
RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA
www.familiazam.com
- CEGAH KANSER PAYUDARA DENGAN PSP SETIAP
BULAN.
- JADIKAN PSP SEBAHAGIAN DARI CARA HIDUP ANDA
- JIKA ANDA MERASA SEBARANG BENJOLAN
LUARBIASA DI PAYUDARA ANDA SILA JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA.
- INGAT ! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN
JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN.
Sumber: http://www.geocities.com/Athens/8766
Kini Di Buka.
IMPOSIBBLE HEALTH CENTER
Pusat Rawatan Tradisional Kanser Prostat (lelaki) dan
Kanser Payudara (wanita)
Parit Seri, Parit Jawa, Muar, Johor.
Hp: +6019 644 2104 - Hussin Sudin
Hp: +6019 681 9014 - Suliyem Ngari |
|
Mutiara Kata:
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata,
kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah
balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak" |
|
|

BAGAIMANA
"KUASA MINDA" BOLEH MENGURUSKAN BADAN?

Untuk anda yang inginkan badan yang langsing
dan sihat.. tetapi..
Sudah jemu dengan pelbagai kaedah rawatan, senaman, ubat-ubatan mahupun
amalan diet menguruskan badan yang tidak pernah berhasil?
|
|
|
|