|
BERDAILOG DENGAN
JIN DARI BAGHDAD |
 |
|
|

Bulu romanya meremang. Tanpa menghiraukan apa yang
berlaku, Pak Itam meneruskan khutbah. Dia tidak dapat
menghentikan khutbahnya dan terus bercakap. Rasa hairan
timbul dalam benak fikirannya, suaranya jadi garau,
tetapi begitu fasih berbahasa Arab. Padahal, Pak Itam
tidak pernah belajar bahasa itu. "Kerasukan ini seakan
menjadi sebahagian dalam kehidupan saya, hampir setiap
hari jin itu akan hadir dan member! ceramahnya kepada
sesiapa sahaja yang ada berdekatan dengannya.
Ayah saya cuba
mengubatinya dengan membawa beberapa orang bomoh dan
ustaz tetapi malangnya, jin itu semakin agresif,"
ujar Pak Itam ketika bertemu dengan Prof Dr Shahrin
Abdul Rahman atau dikenali sebagai Ustaz Shahrin.
Sememangnya kehebatan Ustaz Shahrin dalam mengubati
penyakit-penyakit 'halus" ini memang tidak dapat
dinafikan. Pak Itam bertemu Ustaz Shahrin. Di Klinik Qalbun Salim
di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Pak Itam ditenteramkan oleh
Ustaz Shahrin. Ketika itu, Pak Itam dipapah oleh beberapa kawan yang
menemaninya. Mukanya pucat dan mengigil. Sewaktu Ustaz Shahrin
memegang Pak Itam, dia terasa sesuatu seperti kejutan elektrik. "Saya
minta keluarga Pak Itam menebuk dua biji kelapa muda, menyediakan
alat mandian untuk Pak Itam. Bila siap kesemuanya, saya akan
memulakan rawatan dengan meminta pesakit membaca istighfar 100 kali,
selawat 100 kali dan kalimah toyyibah 100 kali sebagai proses
pembersihan dan sementara itu saya menjalankan ritual untuk
mengeluarkan jin dari badan Pak Itam," jelas Ustaz Shahrin sambil
didengari oleh beberapa orang rakan Pak Itam dan ahli keluarganya.
www.familiazam.com
Sewaktu Ustaz Shahrin membaca 70 kali ayat Kursi, Pak
Itam terus kerasukan, tetapi tidak agresif. Watak jin bertukar-tukar.
Ustaz Shahrin yakin, jin itu juga berbeza-beza. Tetapi jin terakhir
sekali itulah jin induk kepada jin-jin lain yang bernama Abdul Qahar.
Ketika jin Abdul Qahar dirukyahkan (dibacakan beberapa ayat dari al-Quran),
jin itu berbicara dalam pelat Arab Melayu. Jin mengatakan datang
dari Baghdad. Cuma sudah lama bermastautin di Kota Bharu.
www.familiazam.com
Bila Ustaz Shahrin tanya bagaimana jin itu boleh
merasuk ke dalam badan Pak Itam, kata jin yang lebih kurang
maksudnya, "siapa suruh Pak Itam membaca wirid tanpa ada panduan
dari orang yang pandai tentang hikmah. Jadi sebab itulah aku (Jin
Abdul Qahar) merasuknya." Barulah Ustaz Shahrin tahu, selama ini Pak
Itam mengamalkan bacaan wirid tanpa mendapat panduan guru atau orang
yang bijak pandai dalam pengamalannya. Pak Itam telah membeli
beberapa buah buku wirid dan mengamalkan secara berlebih-lebihan
serta menambah bilangan wirid mencapai ribuan.
www.familiazam.com
Berlakulah sesi dialog antara jin dan Ustaz Shahrin.
Ustaz Shahrin telah mengambil pendekatan "memujukf dan tidak memaksa.
Jin itu diberi tempoh untuk keluar dari badan Pak Itam dalam tempoh
seminggu. Dalam pada itu, Pak Itam telah dimandikan dengan
bahan-bahan yang telah dijampi dengan ayat-ayat suci al-Quran.
Seminggu lagi, Pak Itam kembali semula. Ketika itu, jin Abdul Qahar
datang dan berjanji akan keluar pada hari itu juga dan tidak akan
mengganggu Pak Itam. Ustaz Shahrin meminta Abdul Qahar supaya pulang
ke Baghdad untuk berkhidmat di negaranya yang asal bersama dengan
kumpulannya. Kini Pak Itam telah pulih seperti sedia kala dan dapat
menjalani kerja dan penghidupan sehariannya dengan baik.
www.familiazam.com
"Jangan mengamalkan sesuatu wirid atau mempelajari sesuatu ilmu itu
tanpa guru yang membimbing. Dapatkan guru yang betul-betul arif
dalam bidang tersebut walaupun secara jarak jauh," nasihat Ustaz
Shahrin kepada Pak Itam.
OLEH: NUR HAZLAWATI AB RAHMAN |
|
Mutiara Kata:
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain. Fikirkan
tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu
kekuatan pun yang boleh menghentikannya" |
|
|

Adakah anda minat nak buat bisnes internet,
tapi tak tahu nak mula? Nak mula, tapi tiada modal? Tak ada produk,
camne nak bisnes? Nak promosi, tak tahu? Sibuk kerja, mana ada masa?
Atau macam-macam lagi halangan?

Disebabkan masalah-masalah inilah, Rahsia Affiliate Kerajaan
Dibongkarkan oleh JaMaL, seorang Internet Marketer yang berpengaruh.
Ketahui bagaimana JaMaL menjana RM125,985.50 dalam masa setahun dengan
Affiliate. Anda juga boleh melakukannya!
|
|
|
|
 |
|
Main Menu |
|
|
| |
|
Notice |
Pengunjung
dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan
dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat:
|
1- |
Meletakkankan Sumber:
http://familiazam.com pada
setiap dokumen yang telah di
copy. |
|
2- |
Copy & upload images ke hosting
anda sendiri atau free hosting
jika bertujuan untuk disiar di
internet. |
|
3- |
Menghubungi kami [email,
borang
atau sms] memohon izin adalah
sikap dan jalan terbaik |
|
4- |
Nyatakan tujuan dan url jika di
copy untuk dimuatkan dalam web,
blog.atau laman sosial seperti
facebook dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
Follow
Me |
|
|
|
|
|
Paid-up
Advertisement |
|
|
| |
|
Text Advertisement |
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Buang Saka, Terkena Sihir,
Pulih Rumah, Pulih Kedai,
Masalah Suami Isteri & Keluarga,
Sakit Misteri & Sebagainya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

http://rawatan-perubatan.blogspot.com |
- Pesakit
akan dibimbing untuk merawat diri sendiri
semasa dan selepas rawatan.
- Tiada
unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
- Cara
rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah
islam.
- Untuk
keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan
di rumah pesakit sendiri.
- Boleh
mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa
yang benar-benar berhajat.
|
|
|
Recommended Downloads |
|

Untuk
wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi
malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan
anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki
idaman anda di sini!

Anda ingin disayangi & disenangi
oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda &
membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang,
terbukti berkesan, hasil yang
cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Membongkar rahsia herba yang disangka
semak
samun
disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang
anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga
RM100
sekilogram!

Ketahui cara bagaimana anda
boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi yang dijamin paling berkesan!
|
|
|