|
Kasih sayang, kebahagian,
keadilan, kemuliaan, ketaatan memang dingini oleh semua pihak.Tanpa
kesemuannya ini, kehidupan dalam sesebuah keluarga tidak akan aman
dan harmoni.
www.familiazam.com
Masyarakat merasa kesal dengan sikap-sikap anak-anak muda pada zaman
kini yang memandang ringan terhadap kedua orang tuanya. Masalah lari
dari rumah, penyalahgunaan dadah, hidup berfoya-foya, terlibat
dengan budaya kuning, tidak hormat kepada orang tua, telah
memeningkan kepala ibu bapa memikirkannya.
Dimanakah silapnya? Adakah anak-anak tidak dididik di sekolah? Atau
adakah anak-anak di biarkan sendirian di rumah tanpa kebebasan?
Berbagai-bagai aktiviti kokurikulum dan persatuan telah giat
dilancarkan untuk para pelajar berdikari, pandai menggunakan masa
dan tidak cenderung kearah melakukan kejahatan. Namun keberkesanan
usaha tersebut tidak mendatangkan hasil yang seberapa malah masih
berterusan lagi sikap liar anak-anak yang sukar dibendung.
www.familiazam.com
Anak-anak yang dewasa pula, yang telah bekerja, ada yang sanggup
menjadikan ibu-bapanya sebagai hamba di rumah. Ibunyalah yang
menguruskan urusan rumahtangga seperti memasak, mencuci pakaian,
menjaga anak-anak, dengan alasan si anak sibuk kerana bekerja di
luar. Pendek kata ayah dan ibunya tidak ubah seperti khadamnya.
Tidak dikenang langsung jasa dan susah payah ibu-bapa mendidik dan
membesarkannya.
Sebenarnya silapnya adalah apabila anak-anak kita dari sejak kecil
tidak dididik dengan Islam, tidak kenal dan takut kepada Allah,
tidak takut kepada dosa, kepada balasan neraka yang maha dahsyat,
dan balasan syurga yang maha indah. Maka tidak hairanlah anak-anak
tidak takut menderhakai ibu-bapanya.
www.familiazam.com
Kadang-kadang anak bersungut mengatakan ibubapa meraka tidak adil
memberi kasih sayang, dan kata-kata yang tidak wajar diucapkan
kepada ibubapa. Ibubapa yang pemarah akan melenting, memaki hamun
dan menghalau anaknya dari rumah. Ucapan yang terkeluar, “anak tak
sedar diri, kurang ajar, sudah besar pandai melawan orang tua. Tak
kenang jasa membesarkan mereka.” Sepatutnya kita renung diri kita:
Benarkah kita sebagai ibubapa telah memberikan sepenuh keadilan
kepada anak-anak menurut apa yang dituntut dalam Islam?
Ibu-bapa yang adil akan menunaikan amanah Allah itu penuh dengan
tanggungjawab. Anak-anak dididik dengan ilmu tauhid supaya tidak
mempersekutukan Tuhan, mengikut sunnah Rasulullah SAW, berbuat baik
kepada ibubapanya, mendirikan sembahyang, melakukan kebaikan,
meninggalkan kejahatan dan sentiasa mengharapkan bantuan dan
pimpinan Allah semasa membesar dan mendidik mereka.
www.familiazam.com
Kasih sayang
Dalam soal kasih sayang, ibu bapa tidak seharusnya tidak mencurahkan
kasih sayang kepada anak-anak tertentu sahaja. Misalnya anak yang
mempunyai kelebihan seperti bijak, cantik, ramah, pandai mengambil
hati orang tua, maka ia akan menjadi anak kesayanagan. Walhal ini
menimbulkan rasa iri hati dan tidak puas hati dikalangan anak-anak
lain. Akibat dari sikap tidak adil ini, anak-anak yang terlibat akan
merasa rendah diri dan akan terbawa-bawa sikap ini hingga mereka
besar.
Bagi anak-anak yang dididik secara adil, mereka akan meletakkan
kasih sayang dan cinta itu hanya kerana Allah. Kasih sayang terhadap
ibu bapa dan saudaranya adalah kerana Allah. Tidak timbul soal
merebut kasih sayang dan menuntut keadilan dari ibu bapa dan orang
lain.
www.familiazam.com
Sebahagian ibu bapa pula merasa sudah selesai tanggungjawabnya dalam
mendidik anak-anak dengan memberikan segala kemewahan duniawi kepada
anak anak. Mereka mengharap anak-anak akan mengenang semuanya itu
dan memberi sepenuh ketaatan kepada mereka sehingga ke akhir hayat.
Namun anak-anak yang dididik dengan cara inilah yang lebih banyak
melawan orang tua dan tidak mengenang jasa.
Kita bersusah payah membesarkan anak-anak dari kecil hingga dewasa.
Tetapi bila dewasa, mereka menderhakai kita pula. Sudahlah didunia
kita menderita dengan telatah anak-anak yang tidak berakhlak, di
akhirat lebih-lebih lagi sengsara dengan azab Allah kerana
membiarkan anak-anak tanpa dididikan agama sepenuhnya.
www.familiazam.com
Meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya, itulah keadilan. Bagi
ibu bapa, mereka bertanggungjawab membimbing dan mendidik anak-anak
menuju ke jalan yang diredhai Allah dengan sempurna. Dalam soal
makan minum misalnya, janganlah apa saja yang anak kita kehendaki,
kita beri sama ada halal atau haram, ataupun syubhat. Ini penting
kita awasi kerana kalau anak-anak terlibat dengan makanan yang tidak
halal sehingga makan itu sebahgian besarnya menjadi darah daging
mereka, maka apabila dewasa, hatinya akan cenderung kearah kejahatan.
Apabila memarahi anak-anak, hendaklah marah kita bertempat. Misalnya
anak kita umurnya 10 tahun masih tidak mahu sembahyang, kita wajib
memarahinya dan boleh memukulnya. Jika dibiarkan kita bukan ibu-bapa
yang adil. Hadis rasulullah bermaksud: “apabila anak kamu tujuh
tahun maka suruhlah dia sembahyang. Apabila sampai umurnya 10 tahun
umurnya, kalau tidak mahu sembahyang, maka pukullah ia. Asalkan
jangan sampai cacat.”
www.familiazam.com
Disamping menanamkan rasa tauhid dalam jiwa anak-anak, mengenal
Allah dan Rasul, mengenal seluruh isi alam ciptaan Allah, mereka
perlu diajar untuk mengenal diri mereka sendiri. Kanak-kanak lelaki
berbeza dengan kanak-kanak perempuan dari segi emosi, fizikal dan
psikologinya. Bentuk dan cara didikan hendaklah berbeza. Anak lelaki
perlu dididik kearah seorang lelaki yang bertakwa manakala anak
permpuan perlu diajar agar menjadi wanita solehah.
Kanak-kanak lelaki perlu dilatih supaya bersikap berani, tegas dan
penuh disiplin dalam hidup. Kanak-kanak perempuan perlu memiliki
sifat pemalu, lemah lembut, peramah, sopan-santun dan pandai
mengatur rumah tangga.
www.familiazam.com
Bentuk permainannya juga hendaklah berbeza-beza supaya melahirkan
jiwa seperti jiwa yang dikehendaki tadi. Sekiranya diberi anak-anak
lelaki bermain dengan anak patung, nanti jiwanya bersifat manja
seperti perempuan. Anak-anak perempuan jangan diberi permainan kasar
seperti kereta perang, pistol, senapang, yang hanya menyebabkan
jiwanya gemar memberontak dan bergaduh.
Besar sekali ganjaran bagi ibu-ibu yang sentiasa sabar dan redha
dengan ragam anak-anak. Ibu-ibu akan dapat pahala jihad jika
melakukan semua ini kerana Allah, dengan penuh adil dan ikhlas.
Allah akan campakkan rasa kasih sayang dan hormat dalam hati
anak-anak terhadap kedua ibu bapanya.
www.familiazam.com
Bagi sudah yang terlanjur, sukar untuk dididik melainkan doa ibu
bapa yang keinsafan dalam diri sendiri. Yang masih putih bersih,
hendaklah kita corakkan dengan syair islam agar generasi akan datang
merupakan generasi yang berakhlak mulia, beriman dan bertakwa,
InsyaAllah...
Sumber: http://www.lelangau.com |