Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi

BERTARUNG
DENGAN PENUNGGU

 Laman Utama > Galeri > Nukilan > Macam Macam Ada > Misteri  > Bertarung Dengan Penunggu

GEMPAR penduduk Kampung Penanti apabila terdengar bermacam malapetaka berlaku di kawasan pokok terap yang terletak tidak jauh dari kampung itu. Siang dan malam kawasan itu bergegar seperti berlaku pertarungan berebut sesuatu. Kadang-kala terdengar seperti ribut taufan melanda kawasan itu. Dahsyat!... bagaikan tercabut pokok dibuatnya, tapi tiada tanda angin bertiup kencang. Pokok yang tumbuh merimbun tetap kaku membisu.
http://familiazam.com
Penduduk faham dan arif dengan situasi tempat itu. Tidak seorang pun berani menjenguk kawasan berkenaan. Kawasan itu ditumbuhi sebatang pokok terap sebesar sepemeluk yang dianggap berpenunggu. Bercelaru otak mereka memikirkan kejadian yang belum pernah berlaku selama beratus tahun mereka tinggal di kampung yang jauh di pedalaman itu. Hendak dikatakan binatang buas berkelahi, suara sedikit pun tidak kedengaran.

Suatu hari Pak Dollah, antara ahli kumpulan yang terbabit merintis laluan untuk dijadikan jalan dari kampung itu ke sebuah pekan, diberitahu mengenai kejadian pelik itu. Pak Dollah terkejut apabila mendengar kisah itu. Dia turut berasa bimbang jika kejadian itu ada kaitan dengan perbuatan makhluk halus yang cuba mengganggu keselamatan penduduk.
http://familiazam.com
“Hamidun, kamu beritahu penduduk supaya bertenang. Kejadian itu di luar kemampuan kita untuk mengatasinya. Aku tahu apa sebenarnya berlaku di situ.
“Pertarungan antara dua pihak kini berlaku di situ. Mereka bertarung di alam lain. Kita tidak nampak mereka,” Hamidun pulang ke rumah sebaik mendengar penjelasan Pak Dollah.

Kejadian aneh yang membimbangkan penduduk itu mengingatkan Pak Dollah kepada peristiwa yang dialaminya ketika merintis jalan sebulan sebelum berlaku kejadian berkenaan. Pak Dollah dan 20 penduduk lain diberi tugas merintis jalan kira-kira tiga kilometer dari kampung itu ke sebuah pekan bagi memudahkan penduduk berurusan di pekan terbabit.
http://familiazam.com
Bagaimanapun, kumpulan perintis jalan diketuai Pak Dollah tidak dapat meneruskan usaha kerana terhalang oleh sebatang pokok terap yang dipercayai berpenunggu. Pokok hutan itu yang berbanir tujuh tumbuh betul-betul di tengah laluan. Mereka sepakat menebangnya, tapi ada saja halangan dihadapi. Kapak yang digunakan patah dan dua rakan Pak Dollah secara tiba-tiba pengsan ketika membaiki kapak yang rosak.

Pada hari itu, mereka terpaksa pulang. Dalam perjalanan, dua rakan yang pulih dari pengsan berasa pening kepala yang amat sangat. Mereka terpaksa dipapah pulang ke rumah masing-masing.Pak Dollah yang membuntuti rakan yang lain berasa ada sesuatu mengekorinya menyusuri di celah anak pokok. Di toleh kiri dan kanan tapi tidak kelihatan apa pun.
http://familiazam.com
Keesokannya, mereka menjalankan tugas seperti biasa. Kali ini ujian lebih getir menimpa mereka. Ketika kapak dihayun untuk menebang pokok terap itu, kedengaran seolah-olah beberapa pokok lain tumbang. Bertempiaran mereka lari menyelamatkan diri. Pak Dollah yang kuat semangat sempat memerhatikan sekitar, tetapi tidak kelihatan sebatang pokok pun tumbang.

Menyedari ‘kekebalan’ tempat itu sukar ditembusi, Pak Dollah mengambil keputusan mendapatkan khidmat Tok Guru Semaun, guru silat disegani di kampung berkenaan. Tok Guru Semaun berusia 70 tahun berasal dari negara jiran seberang Selat Melaka dan membuka tiga gelanggang silat di kampung itu, setuju dengan saranan Pak Dollah.Bagaimanapun, sebelum melaksanakan misi, Tok Guru Semaun mengingatkan Pak Dollah supaya merahsiakan perkara itu. Beliau tidak mahu kehebatannya diwar-warkan. Pak Dollah akur dengan arahan Tok Guru Semaun.
http://familiazam.com
“Beritahu orang ramai, jangan panik jika terdengar sesuatu yang pelik berlaku di kawasan pokok itu,” beritahu Tok Guru Semaun.

Seminggu lamanya Tok Guru Semaun bertarung untuk mengusir penunggu pokok terap itu. Segala ilmu kebatinan dimilikinya digunakan bagi menumpaskan penunggu degil itu.Anak pokok serta tumbuhan lain di sekitar pokok terap itu ranap akibat pertarungan antara Tok Guru Semaun dan penunggu berkenaan. Kesan pada kulit pokok yang berkecai menunjukkan sengitnya pergelutan mereka.
http://familiazam.com
Tok Guru Semaun sedikit pun tidak beri muka untuk menundukkan penunggu yang dipercayai dari jenis jin itu. Dia mahu membuktikan manusia adalah makhluk yang tidak akan sujud kepada iblis dan syaitan.Masuk hari ke lapan, penduduk dikejutkan dengan kejadian sebatang pokok terbakar bagaikan disambar petir. Keesokannya, kelihatan Tok Guru Semaun selamba berjalan pulang ke rumah.

“Dollah, ajak orang kampung meneruskan kerja menebas dan merintis jalan itu. InsyaAllah, tiada lagi gangguan di kawasan berkenaan.
“Kita perlu ada jalan supaya orang kampung boleh menjalankan pelbagai urusan seperti berniaga dan membeli barang keperluan di pekan berkenaan.
“Jika ada apa-apa masalah, jangan segan beritahu saya. Saya akan tolong setakat yang boleh,” jelas Tok Guru Semaun.
http://familiazam.com
Sambil menyuap kuih bingka ke mulut, Pak Dollah merenung ke arah muka Tok Guru Semaun. Berkata hatinya...bukan calang-calang, orang tua ni.Sejak kampung berkenaan mempunyai jalan, penduduk giat menjalankan perniagaan di pekan terbabit. Pelbagai hasil kampung seperti sayuran dan ternakan di jual di situ.Malah, Tok Guru Semaun sendiri mula berminat berniaga. Seminggu sekali, dia ke pekan terbabit menjual ayam kampung, akar kayu dan sayuran.

Bagi memastikan tanaman serta ternakan penduduk tidak dimusnahkan musuh tanaman, Tok Guru Semaun memberikan petua supaya tanaman dapat ditanam tanpa gangguan binatang seperti babi dan kera.Di samping itu, Tok Guru Semaun mengingatkan penduduk yang berniaga supaya tidak mementingkan keuntungan, menjual barang dengan harga tinggi dan menipu pelanggan.
http://familiazam.com
Nasihat beliau diterima penduduk kampung itu. Berikutan itu, ramai di kalangan penduduk berjaya menjalankan perniagaan masing-masing.Walaupun terpaksa berjalan kaki ke pekan berkenaan, mereka tabah membawa hasil pertanian untuk dijual bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarga.

Oleh: Sabaruddin Abd Ghani
Harian Metro

Mutiara Kata: "Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita"


Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 strategi yang dijamin paling berkesan!
Download Now
Kini anda mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tanpa perlu menghabiskan wang ringgit menghadiri kursus-kursus serta membeli perisian-perisian yang mahal-mahal!

 

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Host By
 Paid-up Advertisement
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Text Advertisement

RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Buang Saka, Terkena Sihir,
Pulih Rumah, Pulih Kedai,
Masalah Suami Isteri & Keluarga,
Sakit Misteri & Sebagainya.

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

http://rawatan-perubatan.blogspot.com

  • Pesakit akan dibimbing untuk merawat diri sendiri semasa dan selepas rawatan.
  • Tiada unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
  • Cara rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah islam.
  • Untuk keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan di rumah pesakit sendiri.
  • Boleh mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa yang benar-benar berhajat.
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 01 May 2012 08:02 AM