Ardzham Blog
Hidup Hanya Sekali
Hidup Hanya Sekali
Aug 31st
Selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke 53
1 Malaysia Menjana Transformasi
Hasil usaha gigih dari pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu maka keamanan dan kemakmuran dapat kita kecapi dan nikmati pada hari ini. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.
Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini. Ianya berkaitan dengan Tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1 Malaysia Menjana Transformasi”
Cuti hari kemerdekaan ni walau hanya sehari, saya akan pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan ibu tercinta. hasrat untuk membelikan sekadar apa yang termampu persediaan untuk menyambut aidil fitri yang bakal menjelang. Tahun ini bagi saya aidil fitri terasa amat berbeza…..
Aug 30th
Dah dekat nak raya, orang lain sibuk mengecat rumah. Saya pula sibuk mengecat pejabat. Kelmarin mengecat meja, asalnya beli warna kelabu tetapi boss kata tak matching dengan konsep, maka boss minta saya tukar kepada warna hitam. Semalam mengecat dinding pula. Sebelumnya dah dicat putih tetapi boss tukar fikiran agar dicat warna jingga. Saya kata kurang sesuai dan cadangkan agar bahagian atas dikekalkan warna putih dan bahagian bawah dicat warna jingga dengan dua garisan diatas warna jingga. Boss setuju dengan cadangan saya.
Hari ini saya saya lakukan kerja akhir dua garisan yang saya buat semalam kerana agak kurang kemas. Siap lapisan pertama saya tidur sementara menunggu cat kering untuk lapisan kedua. Ingatkan nak tidur sekejab je, rupanya terlajak sampai 3 jam hahaha nasib baik tak ada orang datang! Siap semua kerja mengecat dua garisan, saya vacum keseluruhan carpet dan pasang dua bendera iaitu bendera Johor dan bendera Malaysia. Maklumlah dah dekat nak sambut hari ulangtahun kemerdekaan ke 53. 1 Malaysia Menjana Transformasi.
Aug 18th
Nampaknya bulan ramadhan ni seluruh aktiviti internet saya sangat terbatas. Pulang dari kerja selepas mandi dan solat saya lebih suka tidur jika tiada hal lain yang perlu, maklum sajalah pulang dari kerja, badan pun dah letih.
Juadah berbuka puasa saya lebih suka isteri memasak sendiri dari membeli di pasar ramadhan. Bulan puasa ni isteri saya berhenti membuat kuih untuk jualan. Bukan apa bimbang nanti dia keletihan nak buat kuih, petang nak masak dan malam nak masak lagi. Insyaallah rezeki ada untuk meneruskan kehidupan walau rezeki dari jualan kuih tidak diperolehi.
Aug 15th

Pagi semalam dapat sms dari Boss Ecobudaya Resources, minta saya ambil satu set komputer di rumah Manager, nak format dan buat apa yang patut. Boss kata nak cepat sebab komputer tu nak diguna di pejabat urusan di Komplek Hentian Maharani. Saya kata akan segera dilakukan malam nanti.
Maka petang semalam selepas pulang dari kerja, saya ambil satu set komputer di rumah Manager Ecobudaya Resources. Dah hampir setahun tak digunakan dan berhabuk. Saya bawa balik dan bersihkan dengan vacum dan lap dengan kain lembab. Malamnya saya format dan install window 7 Ultimate, install program asas dan setting mana yang perlu.
Tengahari tadi Boss Ecobudaya Resources datang kerumah dan melihat hasil kerja saya dan juga laman web yang saya bina untuk Ecobudaya Resources. Nampaknya beliau berpuashati. Maka bayaran yang saya tetapkan pun telah diselesaikan. Syukurlah walau tak keluar rumah hari ini ada juga hasil yang masuk…
Jul 29th

Hari ini nak balik ke kampung, semalam sepupu saya yang OKU telefon minta saya tolong hantar ke pejabat celcom dan maxis kerana mahu mengambil kad SIM gantian. Ini kerana dua handphone kepunyaannya telah di curi dari kediamannya. Ketika itu beliau sedang mandi dan terlupa untuk mengunci pintu rumah. Selesai mandi beliau dapati beberapa barangan miliknya telah lesap termasuk wang tunai. Tergamak sungguh manusia yang buat kerja tu.
Sepupu saya bekerja di sebuah gerai, kerjanya mengupas bawang, pisang, keledek, keladi dan yang seumpamanya untuk jualan di gerai iti. Gaji pun hanya RM5 sahaja sehari. Waktu kerja dari jam 6 pagi hingga 11 pagi. Pengangkutan pergi dan balik disediakan oleh pemilik gerai, bila balik saban hari memang dibekalkan dengan lauk pauk untuknya. Walaupun gajinya kecil, tetapi beliau sangat bersyukur kerana ada pendapatan sendiri.
Bila sepupu saya memaklmkan kepada telco untuk menutup talian telefonnya ada pulak manusia SENGAL yang datang marah-marah kerana memotong talian, dan yang PELIKNYA manusia itu tau talian itu milik sepupu saya. Memang SENGAL betul manusia tu, dah curi handphone tak reti nak tukar SIM, main belasah guna SIM sepupu saya, bila kena potong datang marah-marah pulak.
Maka sekarang dah KANTOL siapa yang jadi pencuri SENGAL, mamat sekampung jugak. Bukan budak-budak tapi kalau ikut umur dah layak jadi bapak budak tapi tak kawin lagi sebab tak ada orang nak. Biar muka buruk jangan perangai buruk. kalau perangai buruk siapa yang nak jadikan suami/menantu!
Recent Comments