Baikpulih Scanner
Kerja-kerja baikpulih sedang dijalankan.

Awal pagi seperti biasa saya bangun jam 5:30 pagi dan membantu isteri saya menyiapkan kuih-muih dan menghantar ke gerai, kemudian menghantar anak-anak kesekolah pula. Setelah isteri pergi bekerja saya mencuci pakaian sambil itu saya buka scanner yang rosak tempohari. Mana tau boleh diguna semula….

Saya buka satu persatu, mengilap kaca dipermukaan scanner dengan polish kereta, meminyakkan bahagian dalam dengan WD-40, membersih habuk-habuk yang terperangkap di dalam scanner. Alhamdulillah nampaknya boleh diguna semula dan saya dapat scan banyak gambar yang boss ecobudaya resources mahukan.

Hari ini isteri saya pula terpaksa membantu di gerai kerana biras saya bercuti atas sebab hendak mengambil ujian JPJ untuk mendapatkan PSV. Saya bercuti hari ini kerana mahu menjaga anak bungsu saya yang agak kurang sihat sejak malam tadi. Merengek-rengek kerana demam, batuk, sakit perut dan selsema. Malam tadi dan pagi ini saya campurkan 5 titik minyak Morhabshi kedalam botol susunya sebagai usaha untuk mengurangkan batuk yang ditanggung oleh anak bungsu saya.

Saya sapukan minyak Morhabshi ke perut dan belakang badan untuk menambah keselesaan. Ternyata minyak Morhabshi ini memang berkesan untuk tujuan tersebut. Namun petangnya setelah menghantar anak-anak ke sekolah agama saya dan isteri bawa anak ke Poliklinik Komuniti Bandar Maharani untuk rawatan lanjut.

Petang ini juga saya berjumpa Mohd Zaki di Wetex Prade untuk berbincang sedikit hal berkaitan penggunaan cms joomla dalam pembinaan laman web ecobudaya resources termasuk juga e-commers. Saya dah bina asas laman web ecobudaya resources dengan wordpress tetapi boss ecobudaya resources mahu juga menjual beberapa produk. Maka e-commers diperlukan.

Related Posts with Thumbnails