|
Kepada sahabatku semua.....
ambilah pengajaran dari peristiwa di
bawah ini. Dan ketahuilah jika kita
mengetahui strategi lawan kita, maka
lebih cerah peluang kita untuk
mengalahkan mereka......
http://familiazam.com
Allah swt telah memerintahkan
seorang Malaikat berjumpa Iblis
supaya dia berjumpa dengan
Rasulullah s.a.w untuk memberitahu
segala rahsianya; samada yang
disukai mahupun yang dibencinya.
Hikmatnya ialah untuk meninggikan
darjat Nabi Muhammad s.a.w dan juga
sebagai peringatan dan perisai
kepada umat manusia. Maka Malaikat
itu pun berjumpa Iblis dan berkata,
"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha
Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau
menghadap ke hadrat Rasullullah
s.a.w.
Hendaklah engkau buka segala rahsia
engkau dan apa-apa yang disoal oleh
Rasulullah hendaklah engkau jawab
dengan sebenar-benarnya. Jikalau
engkau berdusta walau satu perkataan
pun, nescaya akan diputuskan segala
suku-suku anggota badanmu, uratmu
serta disiksa dengan azab yang amat
keras" Demi mendengar sahaja kata
Malaikat yang dahsyat itu, Iblis
sangat ketakutan. Maka segeralah dia
menghadap Rasulullah saw dengan
menyamar sebagai seorang tua yang
buta sebelah matanya dan berjanggut
putih 10 helai; panjangnya seperti
ekor lembu. Iblis pun memberi salam,
sehingga 3 kali tidak juga dijawab
oleh Rasulullah saw. Maka sembah
Iblis (alaihi laknat),"Ya Rasulullah!
Mengapa tuan hamba tidak mejawab
salam hamba? Bukankah salam itu
sangat mulia di sisi Allah?" Maka
jawab Nabi dengah marah "Hai
Aduwullah seteru Allah! Kepada aku
engkau menunjuk baikmu? Jangan
engkau cuba hendak tipu aku
sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s
sehingga keluar dari syurga, Habil
mati teraniaya dibunuh Qabil dengan
sebab hasutan engkau, Nabi Ayub
engkau tiup dengan asap racun ketika
dia sedang sujud sembahyang hingga
dia sengsara beberapa lama, kisah
Nabi Daud dengan perempuan Urya,
Nabi Sulaiman meninggalkan
kerajaannya kerana engkau menyamar
sebagai isterinya dan begitu juga
beberapa Anbiya dan pendita yang
telah menanggung sengsara akibat
hasutan engkau.
http://familiazam.com
Hai Iblis! Sebenarnya salam itu
sangat mulia di sisi Allah azza
wajalla, cuma salam engkau saja aku
tidak hendak menjawabnya kerana
diharamkan Allah. Maka aku kenal
baik-baik engkaulah Iblis, raja
segala iblis, syaitan dan jin yang
menyamar diri. Apa kehendak engkau
datang berjumpa aku?" Sembah
Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan
hamba marah. Kerana tuan adalah
Khatamul Anbiya maka tuan dapat
kenal akan hamba. Kedatangan hamba
adalah disuruh Allah untuk
memberitahu segala tipu daya hamba
terhadap umat tuan dari zaman Nabi
Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi
Allah! Setiap apa yang tuan tanya
hamba sedia menerangkan satu persatu
dengan sebenarnya, tiadalah hamba
berani sembunyikan." Maka Iblis pun
bersumpah menyebut nama Allah dan
berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya
hamba berdusta barang sepatah pun
nescaya hancur leburlah badan hamba
menjadi abu" Apabila mendengar
sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum
dan berkata dalam hatinya, inilah
satu peluang aku untuk menyiasat
segala perbuatannya agar didengar
oleh sekelian sahabat yang ada di
majlis ini dan menjadi perisai
kepada sekelian umatku.
Soalan Nabi yang Pertama - "Hai
Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh
engkau dan bagaimana aku terhadap
engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi
Allah!Tuanlah musuh hamba yang
paling besar di antara segala musuh
hamba di muka bumi ini" Maka Nabi
pun memandang muka Iblis, dan Iblis
pun mengeletar kerana ketakutan.
Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya!
Adapun hamba dapat merupakan diri
hamba seperti sekelian manusia,
binatang dan lain-lain hingga rupa
dan suara pun tidak salah sepertinya,
kecuali diri tuan sahaja yang tidak
dapat hamba tiru kerana ditegah oleh
Allah. Kiranya hamba menyerupai diri
tuan, maka terbakarlah diri hamba
menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad
anak Adam supaya menjadi kafir
kerana tuan berusaha memberi nasihat
dan pengajaran supaya mereka kuat
untuk memeluk agama Islam; begitu
jugalah hamba berusaha menarik
mereka kepada kafir, murtad atau
munafik. Hamba akan tarik sekelian
umat Islam dari jalan benar kepada
jalan yang salah supaya masuk ke
dalam neraka dan kekal di dalamnya
bersama hamba"
Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis!
Betapa perbuatanmu kepada makhluk
Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu
kemajuan bagi perempuan yang
merenggangkan kedua pehanya kepada
lelaki yang bukan suaminya,
setengahnya hingga mengeluarkan
benih yang salah sifatnya. Hamba
goda segala manusia supaya
meninggalkan sembahyang, leka dengan
makan minum, berbuat durhaka, hamba
lalaikan dengan harta benda daripada
emas, perak dan permata, rumahnya,
tanahnya, ladangnya supaya hasilnya
dibelanjakan kejalan haram. Demikian
juga ketika temasya yang bercampur
lelaki perempuan. Di situ hamba
lepaskan sebesar-besar godaan supaya
hilang maruah dan minum arak.
Apabila terminum arak itu maka
hilanglah akal, fikiran dan malunya.
Lalu hamba hulurkan tali cinta dan
terbukalah beberapa pintu maksiat
yang besar, datang perasaan hasad
dengki hingga kepada pekerjaan zina.
Apabila terjadi kasih antara mereka,
terpaksalah mereka mencari wang
hingga menjadi penipu, peminjam dan
pencuri. Apabila mereka teringat
akan salah mereka lalu hendak
bertaubat atau amal ibadat, hamba
akan galang mereka supaya mereka
menangguhkannya. Bertambah keras
hamba goda supaya menambahkan
maksiat dan mengambil isteri orang.
Bila kena goda hatinya, datanglaah
rasa riak, takbur, megah, sombong
dan melengahkan amalnya. Bila pada
lidahnya, mereka akan gemar berdusta,
mencela dan mengumpat. Demikianlah
hamba goda mereka setiap saat."
http://familiazam.com
Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis!
Mengapa engkau bersusah payah dan
berpenat melakukan pekerjaan yang
tidak mendatangkan faedah bahkan
menambahkan laknat yang besar serta
siksa yang besar di neraka yang
paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa
yang menjadikan engkau? Siapa yang
melanjutkan usia engkau? Siapa yang
menerangkan mata engkau? Siapa yang
memberi pendengaran engkau? Siapa
yang memberi kekuatan anggota badan
engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian itu
adalah anugerah daripada Tuhan Yang
Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu
dan takbur menceburkan hamba menjadi
sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu
bahawa hamba telah beribu-ribu tahun
menjadi ketua kepada sekelian
Malaikat dan pangkat hamba telah
dinaikkan dari satu langit ke satu
langit yang tinggi. Kemudian hamba
tinggal di dunia ini beribadat
bersama sekelian Malaikat beberapa
lama. Tiba-tiba datang firman Allah
SWT. hendak menjadikan seorang
Khalifah di dunia ini, maka hamba
pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi
Adam) lalu dititahkan sekelian
Malaikat memberi hormat kepada
lelaki itu, kecuali hamba yang
ingkar. Oleh itu Allah murka kpd
hamba dan muka hamba yang cantik
molek dan bercahaya itu bertukar
menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa
sakit hati. Kemudian Allah
menjadikan Adam raja di syurga dan
dikurniakan seorang permaisuri(Siti
Hawa) yang memerintah sekelian
bidadari. Hamba bertanbah dengki dan
berdendam kepada mereka. Akhirnya
dapat juga hamba tipu melalui Siti
Hawa yang menyuruh Adam memakan buah
Khuldi, lalu keduanya dihalau dari
syurga ke dunia. Kedua mereka
berpisah beberapa tahun dan kemudian
dipertemukan Allah (di Padang Arafah),
hingga mereka mendapat beberapa
orang anak. Kemudian kami hasut anak
lelakinya Qabil supaya membunuh
saudaranya Habil. Itu pun hamba
masih tidak puas hati dan berbagai
tipu daya hamba lakukan hingga Hari
Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia,
hamba serta bala tentera hamba
dengan mudah dapat naik ke langit
untuk mencuri segala rahsia serta
tulisan yang menyuruh manusia
berbuat ibadat serta balasan pahala
dan syurga mereka. Kemudian hamba
turun ke dunia, dan memberitahu
manusia yang lain daripada apa yang
sebenarnya hamba dapat, dengan
berbagai tipu daya hingga tersesat
dengan berbagai kitab bidaah dan
karut-marut. Tetapi apabila tuan
lahir sahaja ke dunia ini, maka
hamba tidak dibenarkan oleh Allah
untuk naik ke langit serta mencuri
rahsia, kerana banyak Malaikat yang
menjaga di setiap lapisan pintu
langit. Jika hamba berkeras juga
hendak naik, maka Malaikat akan
melontar dengan anak panah daripada
api yang menyala. Sudah banyak bala
tentera hamba yang terkena lontaran
Malaikat itu dan semuanya terbakar
menjadi abu. Maka besarlah kesusahan
hamba dan tentera hamba untuk
menjalankan tugas hasutan."
Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis!
Apakah yang pertama engkau tipu akan
manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali
hamba palingkan iktikadnya imannya
kepada kafir sama ada dari segi
perbuatan, perkataan, kelakuan atau
hatinya. Jika tidak berjaya juga,
hamba akan tarik dengan cara
mengurangkan pahala. Lama-kelamaan
mereka akan terjerumus mengikut
kemahuan jalan hamba"
Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis!
Jika umatku sembahyang kerana Allah,
bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar
kesusahan kepada hamba. Gementarlah
badan hamba dan lemah tulang sendi
hamba. Maka hamba kerahkan
berpuluh-puluh iblis datang menggoda
seorang manusia, pada setiap anggota
badannya. Setengah-setengahnya
datang pada setiap anggota badannya
supaya malas sembahyang, was-was,
terlupa bilangan rakaatnya, bimbang
pada pekerjaan dunia yang
ditinggalkannya, sentiasa hendak
cepat habis solat, hilangkan
khusyuknya - matanya sentiasa
menjeling ke kiri kanan, telinganya
sentiasa mendengar orang brcakap
serta bunyi-bunyi yang lain.
Setengah Iblis duduk di belakang
badan orang yang sembahyang itu
supaya dia tidak kuasa sujud
lama-lama, penat atau duduk tahiyat
dan dalam hatinya sentiasa hendak
cepat habis sembahyang, itu semua
membawa kpd kurang pahala. Jika para
Iblis itu tidak dapat menggoda
manusia itu, maka hamba sendiri akan
menghukum mereka dengan
seberat-berat hukuman"
Soalan Nabi ke 6 - "Jika
umatku membaca Al-Quran kerana
Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka
membaca Al-Quran kerana Allah, maka
rasa terbakarlah tubuh hamba,
putus-putus segala urat hamba lalu
hamba lari daripadanya."
Soalan Nabi ke 7 - "Jika
umatku mengerjakan haji kerana
Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri
hamba, gugurlah daging dan tulang
hamba kerana mereka telah
mencukupkan rukun Islamnya"
http://familiazam.com
Soalan Nabi ke 8 - "Jika
umatku berpuasa kerana Allah,
bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah!
Inilah bencana yang paling besar
bahayanya kepada hamba. Apabila
masuk awal bulan Ramadhan, maka
memancarlah cahaya Arasy dan Kursi,
bahkan sekelian Malaikat menyambut
dengan kesukaan. Bagi orang yang
berpuasa, Allah akan mengampunkan
segala dosa yang lalu dan digantikan
dengan pahala yang amat besar serta
tidak dicatatkan dosanya selama dia
berpuasa. Yang menhancurkan hati
hamba ialah segala isi langit dan
bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang,
burung dan ikan-ikan semuanya siang
malam mendoakan keampunan orang yang
berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang
berpuasa ialah dimerdekakan pada
setiap masa dari azab neraka. Bahkan
semua pintu neraka ditutup manakala
semua pintu syurga dibuka
seluas-luasnya, serta dihembuskan
angin dari bawah Arasy yang bernama
Angin Syirah yang amat lembut ke
dalam syurga. Pada hari umat tuan
mula berpuasa, dengan perintah Allah
datanglah sekelian Malaikat dengan
garangnya menangkap hamba dan
tentera hamba; jin, syaitan dan
ifrit lalu dipasung kaki dan tangan
dengan besi panas dan dirantai serta
dimasukkan ke bawah bumi yang amat
dalam. Di sana pula beberapa azab
yang lain telah menunggu kami.
Setelah habis umat tuan berpuasa
barulah hamba dilepaskan dengan
amaran agar tidak mengganggu umat
tuan. Umat tuan sendiri telah merasa
ketenangan berpuasa seperti mana
mereka bekerja dan bersahur seorang
diri di tengah malam tanpa rasa
takut berbanding bulan biasa."
Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis!
Bagaimana sekelian sahabatku kepada
engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian
sahabat tuan hamba juga adalah
sebesar- besar seteru hamba. Tiada
upaya hamba melawannya dan tiada
satu tipu daya yang dapat masuk
kepada mereka. Kerana tuan sendiri
telah berkata yang "Sekelian
sahabatku adalah seperti bintang di
langit, jika kamu mengikut mereka,
maka kamu akan mendapat petunjuk."
Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum
bersama tuan lagi, hamba tidak dapat
hampir kepadanya inikan pula setelah
berdamping dengan tuan. Beliau
begitu percaya atas kebenaran tuan
hingga dia menjadi wazirul a'zam.
Bahkan tuan sendiri telah mengatakan
jika ditimbang sekelian isi dunia
ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,
maka akan lebih berat amal kebajikan
Abu Bakar. Tambahan pula dia telah
menjadi mertua tuan kerana tuan
berkahwin dengan anaknya,
Saiyidatina Aisyah yang juga banyak
menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar
Al-Khattab pula tidaklah berani
hamba pandang akan wajahnya kerana
dia sangat keras menjalankan hukum
syariat Islam dengan saksama. Jika
hamba pandang wajahnya, maka
gementarlah segala tulang sendi
hamba kerana sangat takut. Ini
kerana imannya sangat kuat apalagi
tuan telah mengatakan, "JIKALAU
adanya Nabi sesudah aku maka Umar
boleh menggantikan aku" kerana dia
adalah orang harapan tuan serta
pandai membezakan antara kafir dan
Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.
Saidina Usman Al-Affan lagi hamba
tidak boleh hampir, kerana lidahnya
sentiasa bergerak membaca Al-Quran.
Dia penghulu orang sabar, penghulu
orang mati syahid dan menjadi
menantu tuan sebanyak dua kali.
Kerana taatnya, banyak Malaikat
datang melawat dan memberi hormat
kpdnya kerana Malaikat itu sangat
malu kepadanya hingga tuan
mengatakan,"Barang siapa menulis
Bismillahir rahmanir rahim pada
kitab atau kertas-kertas dengan
dakwat merah, nescaya mendapat
pahala seperti pahala Usman mati
syahid" Saidina Ali Abi Talib pun
itu hamba sangat takut kerana
hebatnya dan gagahnya dia di medan
perang, tetapi sangat bersopan, alim
orangnya. Jika iblis, syaitan dan
jin memandang beliau, maka
terbakarlah kedua mata mereka kerana
dia sangat kuat beribadat serta
beliau adalah budak pertama memeluk
agama Islam dan tidak pernah
menunduk kan kepalanya kepada
sebarang berhala. Digelar 'Ali
Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan
Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau
Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah
negeri segala ilmu dan Ali itu
pintunya". Tambahan pula dia menjadi
menantu kepada tuan, lagilah hamba
ngeri kepadanya.
Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana
tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu
ada tiga macam. Yang pertama seperti
hujan dari langit yang menghidupkan
segala tumbuhan iaitu ulama yang
memberi nasihat kepada manusia
supaya mengerjakan perintah Allah
serta meninggalkan laranganNya
seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu
adalah pelita dunia dan pelita
akhirat" Yang kedua umat tuan
seperti tanah iaitu orang yang sabar,
syukur dan redha dengan kurniaan
Allah. Berbuat amal soleh, tawakal
dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan
seperti Firaun; terlampau tamak
dengan harta dunia serta dihilangkan
amal akhirat. Maka hamba pun
sukacita lalu masuk kedalam badannya,
hamba putarkan hatinya ke lautan
derhaka dan hamba hela ke mana
sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi
dia sentiasa bimbang kpd dunia dan
tidak hendak menuntut ilmu, tiada
masa beramal ibadat, tidak hendak
mengeluarkan zakat, miskin hendak
beribadat. Lalu hamba godanya minta
kaya dulu, dan apabila diizinkan
Allah dia menjadi kaya, maka
dilupakan beramal, tidak berzakat
seperti Qarun yang tenggelam dengan
istana mahligainya. Bila umat tuan
terkena penyakit tidak sabar dan
tamak, dia sentiasa bimbang akan
hartanya dan setengahnya asyik
hendak merebut dunia harta, cakap
besar sesama Islam, benci dan
menghina kepada yang miskin,
membelanjakan hartanya untuk jalan
maksiat, tempat judi dan perempuan
lacur"
Soalan Nabi ke 11 - "Siapa
yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang
meringankan syariat tuan hamba dan
membenci orang belajar agama Islam"
Soalan Nabi ke 12 - " Siapa
yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang
berdosa, bersumpah bohong, saksi
palsu, pemungkir janji"
Soalan Nabi ke 13 - "Apakah
rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - Jika seorang
Islam pergi buang air besar serta
tidak membaca doa pelindung syaitan,
maka hamba gosok gosokkan najisnya
sendiri ke badannya tanpa dia sedari"
http://familiazam.com
Soalan Nabi ke 14 - "Jika
umatku bersatu dengan isterinya,
bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan
hendak bersetubuh dengan isterinya
serta membaca doa pelindung syaitan,
maka larilah hamba dari mereka. Jika
tidak hamba akan bersetubuh dahulu
dengan isterinya, dan bercampurlah
benih hamba dengan benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan
gemar kepada pekerjaan maksiat,
malas pada kebaikan, durhaka.
Inisemua kerana kealpaan ibu bapanya
sendiri. Begitu juga jika mereka
makan tanpa Bismillah, hamba yang
dahulu makan daripadanya. Walaupun
mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi ke 15 - "Dengan
jalan apa boleh menolak tipu daya
engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia
berbuat dosa, maka dia kembali
bertaubat kpd Allah, menangis kesal
akan perbuatannya. Apabila marah
segeralah mengambil air sembahyang,
maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah
orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis - "Lelaki dan
perempuan yang tidak mencukur atau
mencabut bulu ketiak atau bulu
ari-ari(bulu kemaluan) selama 40
hari. Di situ lah hamba mengecilkan
diri, bersarang, bergantung, berbuai
seperti pijat pada bulu itu"
Soalan Nabi ke 17 - "Hai
Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang
tidur meniarap, orang yang matanya
celik di waktu subuh tetapi
menyambung tidur semula. Lalu hamba
ulit dia lena hingga terbit fajar.
Demikian jua pada waktu zohor, asar,
maghrib dan isyak, hamba beratkan
hatinya untuk solat"
http://familiazam.com
Soalan Nabi ke 18 - "Apakah
jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yg
banyak menyebut nama Allah,
bersedekah dengan tidak diketahui
orang, banyak bertaubat, banyak
tadarus Al-Quran dan solat tengah
malam"
Soalan Nabi ke 19 - "Hai
Iblis! Apakah yang memecahkan mata
engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang
duduk di dalam masjid serta
beriktikaf di dalamnya"
Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi
yang memecahkan mata engkau?"
Jawab iblis -"Orang yang taat
kpd kedua ibubapanya, mendengar kata
mereka, membantu makan-pakai mereka
selama mereka hidup"
Semoga dapat berfaedah dan
pengajaran kepada kita semua.
Wassalam.
Sumber:
Foward E-mail
 |