|
[
Petua Di
Dapur 1 |
Petua Di Dapur 2 ]
Semoga petua didapur yang kami paparkan dibawah akan dapat sedikit
sebanyak membantu para surirumah yang menghadapi masaalah yang berkenaan
perkara-perkara seperti dibawah. Jika anda ingin menyumbangkan petua sila
emailkan kepada kami ke alamat: al_quazam at yahoo
dot com atau
klik disini
MENU PETUA DIDAPUR 1
01- Kacang cepat empuk
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa
merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan
masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini,
masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan
mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
02- Menghilangkan bau
hangit
www.familiazam.com
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit.
Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau
masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga
tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan
seketika.
Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
03- Cili giling terlalu
pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap.
Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut.
Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering
dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya
akan
berkurangan dan warna cili tersebut akan kelihatan lebih cantik.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
04- Hilangkan
lendir ikan air tawar
www.familiazam.com
Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi
ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air
sehingga
bersih. Selamat mencuba!
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
05- Mudah mengopek kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam
air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda
mengopeknya nanti.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
06-
Tauhu tahan lama
www.familiazam.com
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air
bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan
sehingga ia sejuk.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
07- Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis
terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan
daripada menjadi lebam.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
08- Hindari Kumbang Beras
Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai
cili kering kedalam tempat
menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras
tadi.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
09- Masaalah Nasi Mentah
www.familiazam.com
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau
kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya
perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas.
Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang
berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api
yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
10- Lauk Terlebih Masin
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin
dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi
masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga
bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin
akan berkurangan.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 1]
11- Bubur kacang lebih enak
www.familiazam.com
Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng
sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu
rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih
cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih
enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian
sebagai perisa tambahan.
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
12- Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan
ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas
tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah
puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum
memasakkannya...
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
13- Melembutkan cucur kodok
www.familiazam.com
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah
dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut
walaupun setelah sejuk.
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
14- Menghilangkan pahit peria
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam
didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan
dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
15- Mengelakkan Tauhu
melekat dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan
atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
[[Kembali Ke
Menu Petua Di Dapur 1]
16- Mudahkan mengupas kentang
Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut selama
lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk. Sejukkan dan kemudian
kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
17- Membersihkan siput sedut
www.familiazam.com
Jika anda menghadapi masaalah untuk membersihkan siput sedut, petua
dibawah ini mungkin berguna bagi anda. Ambil sebekas hampas kelapa,
gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya
barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum
dimasak. dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah
bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
18- Mengharumkan dapur
Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang
menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan.
Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga
cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada
kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau
hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
19- Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil
beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan
gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak
gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi
beberapa kali.
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
20- Mengembalikan kesegaran
sayur
www.familiazam.com
Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya
akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di
dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari
mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan
kotoran pada sayur yang direndam tadi.
[Kembali Ke Menu
Petua Di Dapur 1]
|