Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi

PETUA DI DAPUR 2

 Laman Utama > Galeri > Petua > Petua Di Dapur 2


[ Petua Di Dapur 1 | Petua Di Dapur 2 ]

Semoga petua didapur yang kami paparkan dibawah akan dapat sedikit sebanyak membantu para surirumah yang menghadapi masaalah yang berkenaan perkara-perkara seperti dibawah. Jika anda ingin menyumbangkan petua sila emailkan kepada kami ke alamat: al_quazam at yahoo dot com atau klik disini

MENU PETUA DIDAPUR 2
21- Minyak lembutkan kuih apam
22- Ikan panggang seenak bau dan rupa
23- Rangupkan cucur
24- Hilangkan bau hanyir ikan sungai
25- Tanggalkan kesan getah nangka
26- Bawang goreng tahan lebih lama
27- Tangan berbau hanyir
28- Menggoreng ikan gelama masin
29- Elakkan mata berair kerana bawang
30- Limau nipis segarkan taugey
31- Tauhu tahan lama
32- Hilangkan lemak ayam
33- Hilangkan gatal sulur keladi


21- Minyak lembutkan kuih apam www.familiazam.com
Kuih apam adalah makanan kegemaran semua generasi. Untuk menghasilkan kuih apam yang halus dan lembut, serta tahan lama kelembutannya, anda boleh gunakan minyak masak. Caranya ialah masukkan sesudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaul hingga sebati. Kemudian, kukus adunan kuih tersebut. Pastinya, apam yang terhasil akan halus dan tidak melekat pada acuan.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

22- Ikan panggang seenak bau dan rupa
Ikan panggang memang menyelerakan. Baunya sahaja menaikkan selera makan kita. Sekiranya ingin bau wangi dan nampak menyelerakan, cubalah petua ini. Balut ikan tersebut dengan daun kunyit sebelum diperap. Kemudian, bakar ikan tersebut dengan api yang sederhana.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

23- Rangupkan cucur
www.familiazam.com
Bagi penggemar cucur udang, ikan bilis, jagung mahupun pisang, mungkin tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini panas panas. Tambah tambah lagi dengan kerangupannya. Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan dua sudu besar
minyak panas ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

24- Hilangkan bau hanyir ikan sungai
Bau nanyir ikan sungai sememangnya KurancimenyenaiiyKaii. lapi UIIIUK atasi masalah ini tidak susah, anda cuma perlu rendamkan ikan sungai yang telah disiang dengan air cucian beras. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih. Selepas itu bolehlah dimasak mengikut resipi kegemaran anda.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

25- Tanggalkan kesan getah nangka
www.familiazam.com
Buah nangka sememangnya enak di makan. Baunya saja sudah cukup menambat hati. Namun setiap kali memakannya kita tentu akan berdepan dengan masalah hendak menanggalkan getah nangka yang terkena pada tangan dan perkakas yang digunakan. Sekarang, tidak perlu risau lagi. Setiap kali terkena getah nangka, anda hanya perlu gos-okkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yang terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih. Insya-Allah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

26- Bawang goreng tahan lebih lama
Untuk mendapatkan bawang goreng yang tahan lebih lama, mula-mula ren¬damkan bawang yang telah dimayang di dalam air garam selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Gorengkan bawang tersebut di atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan-kannya di dalam bekas kedap udara. Insya-Allah bawang goreng akan tahan lebih lama dan tidak mudah lemau.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

27- Tangan berbau hanyir
www.familiazam.com
Selepas menyiang ikan, tangan biasanya akan berbau hanyir dan akan membuat anda rasa tidak selesa. Untuk menghilangkan bau hanyir yang tidak menyenangkan ini, cuba lumurkan sedikit halia yang ditumbuk pada tangan anda. Insya-Allah bau hanyir akan hilang.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

28- Menggoreng ikan gelama masin
Jika kita menggoreng ikan gelama masin kadang kala kepalanya akan terpisah dari badan atau lebih teruk lagi hancur terus apabila diterbalikkan dan diangkat setelah masak. Tapi kalau anda inginkan ikan gelama masin yang tergoreng cantik terutamanya untuk dihidangkan pada tetamu, bolehlah mencuba petua berikut. Mula-mula bersihkan seperti biasa. Kemudian ambil sedikit tepung gandum. Tabur atau lumurkannya pada bahagian ekor ikan. Selepas itu gorengkannya. Pasti ikan akan kelihatan cantik kekuningan. Selamat mencuba!

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

29- Elakkan mata berair kerana bawang www.familiazam.com
Rendam bawang dalam bekas berisi air, anda boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

30- Limau nipis segarkan taugey
www.familiazam.com
Umum mengetahui bahawa sayur taugey tidak tahan lama untuk disimpan. Namun jika anda hendak menyimpan lebihan taugey yang tidak habis digunakan, bolehlah mengikut petua ini. Caranya masukkan taugey tersebut kedalam bekas berisi air kemudian perahkan limau nipis ke dalam bekas taugey tersebut. Gaulkan dengan sebati dan sayur taugey anda akan tahan lebih lama dari biasa.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

31- Tauhu tahan lama
Bagi membolehkan tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cucu dengan air bersih. Tuskan tauhu sehingga ia kering  dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

32- Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam menggunakan air bersih. Buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebutdengan sedikit air selepas itu bolehlah dibersihkan semula dengan air bersih.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

33- Hilangkan gatal sulur keladi
Setelah dibersihkan celupkan sulur keladi dengan air asam jawa dan sedikit garam. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.

[Kembali Ke Menu Petua Di Dapur 2]

Kemaskini: 20 Disember 2009

Mutiara Kata: "Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan"

Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 strategi yang dijamin paling berkesan!

Kini anda mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tanpa perlu menghabiskan wang ringgit menghadiri kursus-kursus serta membeli perisian-perisian yang mahal-mahal!
 

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Nak kahwin? tapi... TAK CUKUP DUIT?
Dapatkan rahsia mengumpul & menjana wang untuk perkahwinan anda.


Download Now
Ketahui rahsia lulus temuduga SPA dengan mudahnya dan seterusnya bergelar sebagai PENJAWAT AWAM!! Kerja Kerajaan dalam genggaman... hadiri temuduga kerja kerajaan berbekalkan keyakinan yang tinggi untuk lulus.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!


Download Now
Untuk WANITA yang masih lagi tercari-cari LELAKI IDAMAN di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya MR.RIGHT anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

 
  Last Update: 16 January 2012 02:58 AM