|
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda
asyik lupa di
mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu
marahkan
anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat,
lupa
fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan
macam-macam
lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau
mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di
bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika
usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak
menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:
http://familiazam.com
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka
tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat.
Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah
disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari
sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari
kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
http://familiazam.com
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan
kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi
seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak
dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas.
Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi,
membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
http://familiazam.com
Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai
dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan.
Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih
baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan
kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang
bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
http://familiazam.com
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran
darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih
baik. Amalkan senaman
walaupun sekadar berjalan kaki.
http://familiazam.com
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda
sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan
ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau
dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi
serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan
diri kepada Tuhan.
http://familiazam.com
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan
tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan
sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan
pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat
tanpa arahan doktor.
http://familiazam.com
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru
misalnya
Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau
menghadiri ceramah dan motivasi.
http://familiazam.com
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda.
Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu,
teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan
Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
http://familiazam.com
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat
meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan.
Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan
bacaan.
http://familiazam.com
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh,
katakan
dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan
maklumat
tersebut.
http://familiazam.com
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam
sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus
dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan
apa yang anda fikirkan.
http://familiazam.com
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti
mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh
menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan
daya ingatan.
http://familiazam.com
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau
sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa,
menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
Sumber: Foward Email |