Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi

DEKATKAN ANAK KEPADA ALLAH DENGAN BERDOA

 Laman Utama > Tips & Info > Umum > Dekatkan Anak Kepada Allah



Ramai ibu bapa binggung untuk menerangkan kepada anak-anak kecil apakah pengertian berdoa kepada Yang Maha Pencipta. Ini kerana kanak-kanak mudah keliru dan biasa menganggap setiap doanya pasti dimakbulkan Allah S.W.T.

Bagaimanakah caranya mendidik anak-anak supaya memahami kepentingan berdoa dan membimbing mereka supaya tidak menyalahgunakan doa untuk hajat yang negatif?
http://familiazam.com
Cuba praktikkan beberapa tips ini dalam usaha anda untuk menjelaskan maksud doa kepada kanak-kanak.

1- Berdoa secara sepontan
Latihlah anak supaya berdoa secara sepontan dengan menggunakan bahasa yang mudah. Doa yang bertunjangkan hafalan dalam bahasa arab mungkin menimbulkan kesukaran kepada mereka, gunakan sahaja bahasa yang kita gunakan seharian.
http://familiazam.com
2- Berdoa sebagai tanda terima kasih
Ajar anak anda untuk bersyukur atas kesenangan yang dimiliki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Beritahu mereka berdoa bukan saja untuk meminta sesuatu hajat daripada Allah S.W.T. tetapi juga sebagai tanda terima kasih.

3- Tuhan mengetahui segalanya
Yakinkan anak-anak bahawa Allah S.W.T. dapat mendengar apa saja permintaan mereka samada yang baik mahupun sebaliknya. Anak-anak mungkin menganggap agak sukar untuk mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa memandangkan rutin yang ketat, anggapan itu mungkin turut ditujukan kepada Yang Maha Pencipta kerana kurang pemahaman.
http://familiazam.com
Oleh itu sebagai ibu-bapa, luangkan waktu bersama mereka untuk mendengar dan menjawab segala keluhan dan permintaan anak-anak secara bijaksana.

Beritahu mereka bahawa Allah sentiasa berada dekat dengan mereka pada bila-bila masa saja untuk mendengar segala keluhan seandainya anda dan ahli keluarga lain sedang sibuk.

4- Mengakui kesalahan yang dilakukan
Didiklah anak anda supaya sentiasa berhati terbuka dengan mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan. Ajarlah mereka cara-cara berdoa memohon keampunan dari Allah S.W.T.
http://familiazam.com
Tunjukkan kepada mereka dan biarkan mereka berdoa sendirian.

5- Yakin dengan Allah
Pupuklah anak-anak dengan perasaan yakin dan pasrah dengan ketentuan Tuhan. Mungkin agak sukar untuk menjelaskan kepada mereka bahawa tidak semua doa itu dimakbulkan tetapi cubalah sedaya upaya untuk menjelaskannya.
http://familiazam.com
Yakinkan mereka bahawa setiap doa mereka itu didengari Allah cuma mungkin jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Ajar mereka supaya tidak mudah berputus asa.

Sentiasa melatih mereka untuk memuji Allah, bersyukur dengan rezeki yang diberi, memohon kepadaNya dan yakin dengan kebesaran Allah S.W.T.

Sumber: Akhbar Bacaria
http://familiazam.com

Mutiara Kata: "Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan"


Anda rasa diri anda masih belum berjaya? Anda rasa diri anda biasa-biasa sahaja? Anda rasa orang lain lebih hebat dari anda?...

 Tahukah anda, Dalam diri anda terdapat satu kuasa "SUPERHERO" yang boleh dicungkil untuk menjadikan diri anda seorang yang hebat dan lebih berjaya daripada orang lain!

 

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Geng Blogger
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 25 November 2011 10:42 AM