|
DIGANGGU
SELEPAS
KEMATIAN NENEK |
 |
|
|

Aku memang
rapat dengan nenek. Mungkin kerana dia yang membesarkan aku sehingga
usia ku lima tahun. Walaupun aku jauh di bandar bersama kedua orang
tua dan adik-beradik ku yang lain, namun ingatan ku terhadap atuk
nenek yang telah menjaga ku tidak pernah luntur. Pantang ada cuti
pesekolahan, pasti pulang menemankan atuk dan nenek kampung. Nenek
memang telah lama hidap penyakit jantung.
http://familiazam.com
Memang, ibu menyatakan hasrat untuk membawa nenek duduk dengan kami
di bandar, namun memikirkan atuk yang tidak mahu berpindah harapan
itu hanya tinggal harapan, pun kalau boleh mana mungkin meninggalkan
kampung halaman sebati dalam dirinya. Jadi sakit atau sihat, susah
atau senang, hanya atuk dan nenek yang menanggung berdua. Nak
harapkan anak-anak yang lain, semuanya tidak berduit. Hanya ibu
tempat atuk dan nenek mengharap. Tapi kami semua tinggal jauh di
Kuala Lumpur. Memang sukar untuk menjenguk ke kampung setiap masa.
Itulah masalah yang melanda, sehinggalah nenek menghembuskan nafas
terakhir bila kesakitannya sampai ke kemuncak.
Aku benar-benar terkilan kerana nenek tidak menunggu aku menamatkan
pelajaran. Aku mengharapkan untuk membantu nenek dan atuk sesudah
tamat pengajian ku di universiti nanti. Biarlah aku bekerja di
kampung. Dapat juga menemankan mereka yang kesunyian. Tapi ajal dan
maut di tangan tuhan. Nenek pergi sebelum sempat merasa wang gaji ku
terlebih dahulu. Kini aku menghabiskan percutian semester akhir
sambil menemani atuk di kampung. Seperti nenek, atuk pun berkeras
tidak mahu berpindah. Biarlah, hati orang tua jangan diusik. Jangan
sampai mereka tersinggung.
http://familiazam.com
Sedang aku melayani perasaan, tiba-tiba terdengar bunyi jendela
terbuka dan tertutup. Ku cuba amati dengan lebih jelas. Sahlah bunyi
itu datang dari arah ruang hadapan rumah. Siapa pula yang buka
jendela malam-malam buta ni? Takkan atuk tak tidur lagi. Aku
mengambil keputusan untuk membiar-kan saja hal itu. Mungkin mainan
perasaan ku barangkali. Ku kerling jam di kepala katil yang kini
sudah menunjukkan jam 2 pagi. Hati ku makin tak sedap. Ku cuba
pejamkan mata rapat-rapat. Tiba-tiba terdengar lagi bunyi pintu dan
tingkap terbuka. Kali ini lebih kerap. Angin malam yang tadinya
menyamankan tiba-tiba bertiup ganas. Aku bingkas bangun dari katil
dan berhajat keluar bilik untuk memastikan keadaan di luar. Saat aku
ingin memulas tombol pintu bilik, dada ku berde-bar tidak menentu.
Pelik. Takkan hanya aku seorang yang perasan sedangkan atuk seolah
tidak terdengar langsung bunyi tersebut. Bunyi daun tingkap dan
pintu berkeriut makin galak. Telinga ku sudah tidak tahan lagi. Aku
mesti keluar dari bilik demi memastikan apa yang terjadi. Sebaik
saja pintu bilik ku terbuka, aku terus menerpa ke bilik atuk dan
mengetuk daun pintu biliknya bertalu-talu.
http://familiazam.com
"Ada apa, Fatin. Kenapa masih tak tidur lagi?" Tanya atuk sambil
memisat-misatkan matanya yang hampir rabun itu.
"Atuk , Fatin nak minta atuk temankan Fatin tutup tingkap dan pintu.
Dari tadi berkeriut ditiup angin kencang."
"Ye, ke? Atuk tak sedar pun." Kata atuk sambil jarinya menekan suis
lampu ruang tamu dalam cahaya lampu dapur yang samar-samar itu.
Aku membuntuti atuk berjalan menghala ke ruang tamu.
"Mana ada pintu terbuka. Tengoklah, Fatin. Bukankah masih terkunci
ni?" Kata atuk sambil meninjau ke semua jendela dan pintu yang
terdapat di ruang tamu rumah itu.Aku mula menggaru-garu kepala yang
tidak gatal.
" Tapi, Tokl betul Fatin dengar. Tadi ia terbuka dan tertutup
beberapa kali. Angin kuat tadi, Tok." Kata ku membela diri.
Aku rasa aku masih belum nyanyuk lagi untuk membezakan antara
realiti dan fanfasi.
"Sudahlah Fatin, tak ada apa-apa. Mainan perasaan aje tu. Dah, pergi
masuk tidur. Esok kan kita nak ke kubur arwah nenek?" Atuk dengan
pantas memujuk hati ku.
Aku benar-benar hampa dan fikiran ku tidak putus-putus memikirkan
apa yang telah terjadi sebentar tadi. Penat berfikir mata ku yang
sedia berat makin melabuhkan tirainya. Tba-tiba terdengar bunyi
mengesot dari dalam bilik ku.
http://familiazam.com
"Fatin!.heeeeeeee..." Bunyi hilaian benar-benar membuatkan aku kaget.
Sambil mulut ku terkumat-kamit membaca ayat kursi, aku dengan pantas
memulas tombol pintu dan menerobos ke bilik atuk yang tidak berkunci.
"Ada apa ni, Fatin?" Tanya atuk kehairanan melihat aku yang kalut
tak menentu.
"Atuk, teman Fatin tidur kat ruang tamu!" Pinta ku sambil berharap
atuk faham situasi yang melanda ku ketika itu.
"Emm, dah ambilkan tilam dan bantal tu." Kata atuk mengarahkan dan
aku bertekad mahu menceritakan perkara itu pada atuk esok hari saja.
Sumber:
Majalah Wanita |
|
Mutiara Kata:
"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas
rindu dan hanya layak dibuat kayu api" |
|
 |
Ketahui cara bagaimana anda boleh
menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 strategi yang dijamin
paling berkesan!

Kini anda mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tanpa perlu
menghabiskan wang ringgit menghadiri kursus-kursus serta membeli
perisian-perisian yang mahal-mahal! |
| |
|
|
|
|
|
|
 |
|
Main Menu |
|
|
| |
|
Notice |
Pengunjung
dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan
dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat:
|
1- |
Meletakkankan Sumber:
http://familiazam.com pada
setiap dokumen yang telah di
copy. |
|
2- |
Copy & upload images ke hosting
anda sendiri atau free hosting
jika bertujuan untuk disiar di
internet. |
|
3- |
Menghubungi kami [email,
borang
atau sms] memohon izin adalah
sikap dan jalan terbaik |
|
4- |
Nyatakan tujuan dan url jika di
copy untuk dimuatkan dalam web,
blog.atau laman sosial seperti
facebook dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
Follow
Me |
|
|
|
|
|
Paid-up
Advertisement |
|
|
| |
|
Text Advertisement |
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Buang Saka, Terkena Sihir,
Pulih Rumah, Pulih Kedai,
Masalah Suami Isteri & Keluarga,
Sakit Misteri & Sebagainya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

http://rawatan-perubatan.blogspot.com |
- Pesakit
akan dibimbing untuk merawat diri sendiri
semasa dan selepas rawatan.
- Tiada
unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
- Cara
rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah
islam.
- Untuk
keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan
di rumah pesakit sendiri.
- Boleh
mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa
yang benar-benar berhajat.
|
|
|
Recommended Downloads |
|

Untuk
wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi
malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan
anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki
idaman anda di sini!

Anda ingin disayangi & disenangi
oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda &
membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang,
terbukti berkesan, hasil yang
cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Membongkar rahsia herba yang disangka
semak
samun
disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang
anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga
RM100
sekilogram!

Ketahui cara bagaimana anda
boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi yang dijamin paling berkesan!
|
|
|