|
Bagaimana ingin membuat domain
transfer?
Bolehkah saya membuat domain transfer kepada mana-mana penyedia
hosting?
Apa yang perlu dilakukan?
Perlukah saya
menghubungi pihak pendaftar nama domain saya yang sekarang ini?
Bolehkan saya melakukan domain transfer tanpa memberitahu atau
melibatkan mereka?
http://familiazam.com
Baiklah, saya cuba menjawap persoalan ini satu persatu.
Apabila anda menyatakan anda ingin membuat “domain transfer”, apa
yang sebenarnya dimaksudkan ialah, anda ingin menukar agen pendaftar
nama domain anda. Iaitu, bertukar daripada agen A kepada agen B.
http://familiazam.com
*Nota : Agen yang saya maksudkan disini adalah, pihak yang
mendaftarkan nama domain anda, ia mungkin juga adalah pihak yang
sama yang menyediakan perkhidmatan webhosting kepada anda.
Sempoihosting.com adalah salah satu contoh agen yang saya maksudkan
disini.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda ingin menukar agen pendaftar
nama domain anda. Contohnya, agen A mengenakan bayaran sebanyak RM50
bagi mendaftarkan nama domain anda, manakala agen B hanya mengenakan
bayaran RM35 bagi pendaftaran nama domain. Selain merasakan agen A
telah mengenakan bayaran yang agak mahal kepada anda, anda juga
merasakan agen A tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada
anda selama ini. Maka dengan itu, anda ingin mengambil keputusan
untuk bertukar agen, iaitu membuat “domain transfer”.
http://familiazam.com
Harap anda jelas dengan maksud “Domain Transfer”. Ia bermaksud
bertukar agen pendaftar nama domain dan bukannya bertukar website
atau bertukar webhosting.
Ramai yang terkeliru dengan maksud “Domain Transfer” sebelum ini.
Mereka menyangka, “Domain Transfer” adalah memindahkan website
mereka dari satu hosting kepada hosting yang lain. Itu bukanlah
“Domain Transfer” , itu adalah “Website Transfer” iaitu bertukar
webhosting.
Jadi, pastikan anda tidak terkeliru lagi..
Domain Transfer = Bertukar agen pendaftar nama domain
Website Transfer = Bertukar webhosting
http://familiazam.com
Sememangnya anda boleh melakukan kedua-dua perkara tersebut secara
serentak, tetapi anda juga sebenarnya boleh melakukan hanya salah
satu daripada perkara tersebut pada satu-satu masa.
Anda mungkin hanya berminat untuk bertukar pendaftar nama domain,
tetapi masih mengekalkan webhosting anda pada agen A.
Apabila anda membuat “Domain Transfer”, anda masih menjadi pemilik
nama domain tersebut. Tiada sebarang perubahan terhadap pemilikan
nama domain tersebut. Yang berubah hanyalah agen. Analoginya seperti
polisi insurans, anda masih pemilik polisi insurans tersebut, yang
bertukar hanyalah agen insurans tersebut.
http://familiazam.com
Kini, anda mungkin telah jelas dengan maksud “Domain Transfer”,
tetapi, bagaimana untuk melakukannya?.
Ini bergantung kepada agen. Setiap agen mempunyai caranya yang
tersendiri dan ia kadangkala berbeza di antara satu sama lain. Ada
agen yang menyediakan borang untuk anda melakukan domain transfer,
ada juga yang memerlukan anda berhubung terus dengan agen tersebut
melalui email, chat atau telefon. Apabila anda menyatakan anda ingin
membuat domain transfer kepada agen baru. Apa yang berlaku biasanya,
agen baru akan berbincang dengan agen lama mengenai nama domain anda.
Jika perbincangan berjalan lancar, agen lama akan memberikan nama
domain tersebut kepada agen baru anda. Maka, proses pemindahan nama
domain pun selesai. Setelah selesai, barulah sedikit bayaran
dikenakan kepada anda. Namun, ada juga agen yang melakukannya secara
percuma.
http://familiazam.com
Pada kebiasaannya, agen mengambil masa 5 hingga 10 hari untuk
melakukan proses pemindahan nama domain tersebut.
Namun begitu, kadangkala wujud sesetengah situasi yang akan
menyebabkan proses pemindahan agen bagi nama domain tersebut tidak
dapat dilakukan. Antara sebab-sebab yang boleh menghalang ialah
seperti :-
Pemilik nama domain tersebut tidak diketahui dan diragui.
Pemilik nama domain tersebut di istyiharkan “bankrup”
Nama domain tersebut baru sahaja didaftarkan dan kurang daripada 60
hari.
Agen pendaftar nama domain yang lama menolak permohonan pemindahan
nama domain tersebut kepada agen baru dengan sebab-sebab yang
tertentu.
Kesimpulannya, tidak semua proses “domain transfer” boleh dilakukan
dengan lancar, kadangkala ia boleh jadi begitu merumitkan dan juga
mengelirukan. Malahan, tiada jaminan agen yang baru adalah lebih
bagus daripada agen yang lama. Apa-apa pun, semuanya terpulang
kepada anda untuk mempertimbangkannya.
Semoga, artikel saya kali ini telah memberikan gambaran yang jelas
kepada anda mengenai istilah “Domain Transfer”.
Sampai disini sahajalah untuk kali ini, pada masa akan datang, jika
berkesempatan, saya akan menerangkan pula bagaimana anda boleh
membuat “website transfer” (bertukar webhosting) dengan selamat dan
berkesan.
Mohd Suhaimy Abu Bakar
Site Administrator
www.sempoihosting.com
“Webhosting mampu milik untuk rakyat Malaysia.”
Diterbitkan Pada: 11
Oktober 2006
 |