|
DOSA BERHUTANG
TIDAK DIAMPUN ALLAH |
 |
|

ISLAM membenar, malah
mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan
kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.
www.familiazam.com
Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi
bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai
bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang
ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
www.familiazam.com
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah
dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan
pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan
pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka
pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
www.familiazam.com
Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan
kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara
dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)
www.familiazam.com
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi,
menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan
sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.
Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam
hutang antaranya ialah:
l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki
sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering
memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian,
walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya
untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
www.familiazam.com
3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan
sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa
memikirkan akibat yang mendatang.
4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu
seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi
amalan berhutang.
5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan
cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat
demikian.
www.familiazam.com
Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan
asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian
dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam
sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya
Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda
Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya
atau memberi roti (makanan) kepadanya."
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau
penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia
berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih
lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang
mengamalkan sistem riba.
www.familiazam.com
Kesan amalan berhutang.
l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya
dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada
pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi
serta gagal melunaskan hutangnya.
2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya
dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang
tinggi.
www.familiazam.com
3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia
melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri
dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan
tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala
hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
www.familiazam.com
Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan
hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia
menjelaskan hutangnya."
Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan
hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan
dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah
daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."
www.familiazam.com
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata,
bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah
ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa
besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan
Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan
lagi."
Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid
diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An-
Nasai' dan Ibn. Majah)
www.familiazam.com
Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang
masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu
jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi
bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati
mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan
jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung
hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau
ditanggung oleh pihak Baitulmal.
Sumber: Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya.
Terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.
Kiriman: 23 Oktober 2008
|
|
Mutiara Kata:
Ya Allah kau engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul
kerana mengasihi-Mu,bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,bersatu
memikul beban dakwah-Mu,hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,maka eratkanlah ya Allah
akan ikatannya..... |
|
|

Laporan ini amat penting untuk sesiapa sahaja yang menghadapi masalah
HUTANG!

Anda akan tunjukkan bagaimana anda mampu menyelesaikan masalah hutang
dengan cara yang lebih mudah, teratur & berkesan, langkah lemi langkah
bagaimana untuk membebaskan diri anda dari bebanan dan masalah HUTANG?
|
|
|
|