|
MOTIVASI DARI
DR FAZLEY (2) |
 |
|

101- Kita semua hidup dalam
ketegangan, dari waktu ke waktu serta dari hari ke hari; dengan
katalain, kita adalah pahlawan dari cerita kita sendiri.
http://familiazam.com
102- Apabila dalam diri sesaorang masih ada rasa malu dan takut
untuk berbuat sesuatu kebaikan, maka jaminan bagi orang tersebut
adalah tidak akan bertemu ia dengan kemajuan walau selangkah
pun.
103- Sesaorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal bererti
memiliki fikiran yang baik dan sesaorang yang memiliki fikiran
yang baik akan mendapatkan kenikmatan dari kehidupan.
104- Penderitaan jiwa mengarahkan keburukkan. Putus asa adalah
sumber kesesatan dan kegelapan hati dan pangkal penderitaan jiwa.
105- Untuk bertindak bijak, kita kena berfikir secara bijak,
tapi untuk mencapai awan tidak cukup dengan layang-layang.
106- Sesaorang yang negatif melihat masalah dalam semua peluang
tetapi orang yang positif melihat peluang dalam semua masalah.
http://familiazam.com
107- Tiada kekayaan yang melebihi kesihatan badan dan tiada
kegembiraan melebihi kesenangan hati.
108- Pelaburan yang paling menguntungkan ialah sekuntum senyuman
dan perniagaan yang paling merugikan ialah secebis kejian yang
anda cetuskan.
109- Apabila engkau fakir, maka ilmu itulah hartamu tetapi jika
engkau kaya maka ilmu itulah perhiasanmu.
110- Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah
datanglah bahagia, bertambah sempit akal, bertambah sempit pula
hidup, bertambah datanglah celaka.
112- Bila anda kata sayang diri, pastikan anda berikan 1 jam
setiap hari kepada diri. Bila kata anda cinta pada manusia,
berikan 10 jam masa kepada orang lain.
http://familiazam.com
113- Jadilah orang hebat, tapi orang hebat yang sebenar bukanlah
mereka yang tak berani hendak mengatakan dirinya hebat.
114- Orang-orang yang sihat dan bahagia adalah mereka yang
menghadapi kenyataan-kenyataan hidup mereka secara langsung.
Namun tidak berharap hal itu berubah secara langsung.
115- Bangunlah sebuah sikap berterima kasih. Katakan terima
kasih pada setiap orang untuk segala sesuatu yang mereka lakukan
untuk anda. ini adalah pelaburan terhadap peluangberjuta ringgit
tanpa modal.
http://familiazam.com
116- Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung
orang lumpuh yang dapat melihat.
117- Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan: TRY (cuba lagi) dan
HARDER (lebih kuat).
118- Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh
mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa.
119- Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak
seronok. sementara manusia yang lemah fokus kepada kerja seronok
walaupun tidak penting.
http://familiazam.com
120- Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal,
sosial atau ekonomi tetapi mental.
121- Tidak selamanya pemenang itu benar, tetapi sesaorang yang
benar, itulah yang disebut pemenang.
122- Bercita-citalah setinggi langit kerana jikalau anda tidak
dapat meraihnya anda akan jatuh diantara bintang-bintang.
http://familiazam.com
123- Kekhuatiran tidak dapat mengubah sesuatu yang buruk menjadi
baik. doa dapat mengubah sesuatu yang mustahil menjadi nyata.
124- Bersikap kukuh seperti batu karang yang tak putus-putus
dipukul ombak, ia tidak sahaja tetap berdiri teguh, bahkan ia
mententeramkan amarah ombak dan gelombang itu.

125- Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya
aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata. Kecil
dipandangannya walau bagaimana besarnya.
126- Jika orang berpegang kepada keyakinan, maka hilanglah
kesangsian. Tetapi, jika orang sudah mulai berpegang kepada
kesangsian, maka hilanglah keyakinan.
http://familiazam.com
127- Perbuatan-perbuatan salah adalah biasa bagi manusia, tetapi
perbuatan pura-pura itulah sebenarnya yang menimbulkan
permusuhan dan pengkhianatan.
128- Sesuatu yang belum dikerjakan, seringkali tampak
mustahil. Kita baru yakin kalau kita telah berhasil melakukannya
dengan baik.
129- Musuh yang paling berbahaya diatas bumi ini adalah penakut
dan bimbang. Teman yang paling setia, hanyalah keberanian dan
keyakinan yang teguh.
http://familiazam.com
130- Kebanyakkan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita
miliki, tetapi kita sering menyesali apa yang belum kita capai.
131- Orang-orang yang berjaya telah belajar membuat diri mereka
melakukan hal yang harus dikerjakan ketika hal itu memang harus
dikerjakan, samaada mereka menyukainya atau tidak.
132- Orang orang hebat di bidang apapun bukan baru bekerja
kerana mereka berjaya, namun mereka menjadi berjaya kerana
mereka lebih suka bekerja. mereka tidak mensia-siakan waktu
untuk menunggu kejayaan.
http://familiazam.com
133- Belajarlah dari kesilapan orang lain. Anda tidak dapat
hidup cukup lama untuk melakukan semua kesilapan itu sendiri.
134- Dalam masalah hati nurani, fikiran pertamalah yang terbaik.
Dalam masalah kebijaksanaan, pemikiran terakhir pula yang
terbaik.
135- Berusahalah untuk tidak menjadi manusia yang berhasil tapi
berusahalah menjadi manusia yang berguna.
136- Ancaman nyata sebenarnya bukan pada saat komputer anda
berfikir seperti manusia, tetapi ketika manusia mulai berfikir
seperti komputer.
http://familiazam.com
137- Sungguh sedikit mereka yang melihat dengan mata mereka
sendiri dan merasakan dengan hati mereka sendiri.
138- Orang yang berhasil akan mengambil manfaat dari
kesalahan-kesalahan yang ia lakukan dan akan mencuba
kembali untuk melakukan dengan cara yang berbeza.
139- Hati yang penuh syukur, bukan saja merupakan kebajikan yang
terbesar, bahkan ia merupakan induk segala kebajikan yang lain.
Sumber: www.familiazam.com
140- Semua yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan
rasa malu.
141- Perdamaian tidak dapat dijaga dengan kekuatan. Hal itu
hanya dapat diraih dengan pengertian.
142- Setelah satu pintu tertutup, pintu lainnya terbuka, tetapi
kerap kali kit terlalu lama memandangi dan menyesali pintu yang
telah tertutup sehingga kita tidak melihat pintu yang telah
terbuka untuk kita.
143- Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih
mahu mencuba. Jangan sesakali menyerah jika kamu masih merasa
sanggup menghadapinya.
144- Keriuhan orang lain terhadap sesuatu hal yang tak sesuai
dengan dirinya lebih riuh bila dibandingkan keriuhannya menilai
diri sendiri.
145- Belajarlah dari kesalahan orang berjaya kerana anda boleh
menghindarinya lalu berjalan maju untuk meraih apa yang
diinginkan.
Sumber: www.familiazam.com
146- Orang gagal mengatakan aku akan suksess berkali-kali kerana
hanya mengatakan keinginan tanpa tindakkan. Namun orang yang
suksess mengatakan aku akan suksess hanya sekali sahaja kerana
ada sebuah tindakkan.
147- Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam
kanak-kanak, hari ini remaja dan esok dewasa. Semuanya
menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.
148- Untuk menjatuhkan orang, anda harus jatuh bersama mereka,
sebaliknya ketika anda mengangkat orang anda pun ikut terangkat.
149- Lihatlah masa lalu kerana ianya menentukan di mana anda
saat ini. Apa yang anda lakukan hari ini akan menentukan dimana
anda berada esok. Apakah anda bergerak maju atau masih ditempat
yang sama.
Sumber: www.familiazam.com
150- Beza antara boleh dan tidak boleh hanyalah lima huruf. Ini
bermakna hanya lima huruf yang menentukan arah hidup anda.
151- Jalan sesungguhnya menuju pengembangan diri bukanlah sebuah
keajaiban.Jalan itu dapat dilalui dan usaha anda akan mendapat
hasilnya.
152- Salah satu hal sulit dalam hidup ini adalah mengungkapkan
kata-kata dalam hati anda yang tidak dapat anda ucapkan.
153- Mulakanlah langkah pertama walaupun anda mungkin tak yakin
dan berani. Langkah pertama itu penting kerana jika anda tidak
memulakannya bagaimana anda akan tahu apakah yang terhasil dari
langkah anda itu.
154- Menciptakan sesuatu yang baru adalah salah satu dari kunci
kejayaan. Jika anda ingin berjaya, anda harus mulai menciptakan
sesuatu yang akan membawa anda kepada kejayaan.
155- Jika anda mahu suatu kehidupan yang berbeza, buatlah
keputusan yang berbeza juga.
Sumber: www.familiazam.com
156- Kejayaan yang sudah anda alami dimasa lalu akan membantu
anda untuk memotivasi anda di masa yang akan datang.
157- Jika anda ingin berjaya, maka pelajarilah dengan mengetahui
terlebih dahulu sebab-sebab yang membuat orang lain berjaya.
158- Bermimpilah, buatlah tujuan dari mimpi anda. Buatlah
rencana, lakukan rencana dan capailah mimpicanda itu.
159- Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan
memberi pengajaran yg berharga.
160- Bersyukurlah untuk setiap tentangan baru kerana itu akan
membangun kekuatan kamu.
161- Bersyukurlah untuk masa-masa sulit. Kerana di masa itulah
kamu tumbuh.
Sumber: www.familiazam.com
162- Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. Kerana itu
memberimu kesempatan untuk belajar.
163- Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk
mencapai kejayaan. Banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda.
164- Imiginasi adalah cara untuk kita mempengaruhi minda separa
sedar kita lalu memanfaatkan kuasanya untuk menemukan kita
dengan apa saja yang kita mahukan termasuk mencapai kejayaan.
165- Lihat sesuatu benda seolah-olah benda itu pandai transform
sendiri/anda mengubahnya kepada bentuk lain supaya minda menjadi
kreatif dan inovatif.
166- Hindarilah membatasi diri anda, fikiran-fikiran anda/mimpi-mimpi
anda, sebab, apa yang kita lakukan/apa yang kita buat esok hari
tidak pernah terfikirkan hari ini.
Sumber: www.familiazam.com
167- Mungkin saja setiap masalah dan tentangan yang kita anggap
sulkit itu masih ada penyelesaiannya, namun belum terfikirkan
oleh kita.
168- Jika wawasan anda semakin luas, anda akan menemukan
jalan-jalan baru untuk meraih kejayaan.
169- Para pemenang mengambil tanggungjawab terhadap hidupnya.
Mereka tak pernah menyalahkan orang lain. Mereka tidak suka
mencari alasan terhadap kegagalan mereka.
170- Mari kita sama-sama belajar daripada pengalaman. Bukan saja
pengalaman diri kita saja, tetapi kita juga boleh belajar pada
pengalaman orang lain. Pengalaman adalah guru yang bijak.
171- Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup
sentiasa menjadi mainan orang.
172- Selemah-lemah manusia ialah orang yang boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang
mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
Sumber: www.familiazam.com
173- Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan. Harta itu satu tamu yang akan berangkat. Kesenangan
itu satu masa yang ditinggalkan.
174- Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerima/membuat sesuatu dengan baik berlandaskan
kenyataan.
175- Sesaorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya
disanjung hingga ia mula bercakap kosong.
176- Jangan mengeluh hanya kerana anda tidak mempunyai kasut
sebelum melihat orang yang tidak mempunyai kaki.
Sumber: www.familiazam.com
177- Kematangan bukanlah suatu keadaan yang dicapai secara
tiba-tiba. Ia merupnak suatu perkembangan yang berterusan dan
dicapai lebih banyak oleh wawasan daripada usia.
178- Kemenangan diperolehi kerana kekuatan, kekuatan diperolehi
kerana persatuan, persatuan diperolehi kerana kesepakatan.
179- Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya tetapi berfikir
tanpa belajar adalah amat merbahaya.
180- Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi pencapaian
kecemerlangan hidup yang diidamkan. Dan berhati-hatilah kerana
beberapa kesenagan adalah cara mudah menuju kegagalan.
181- Jika matlamat itu boleh dan mudah dicapai tanpa halangan
yang mencabar, ia mungkin hanya kemahuan kecil yang tidak
mengecewakan jika anda tidak mencapainya.
Sumber: www.familiazam.com
182- Jika matlamat itu mempunyai halangan yang sangat besar, ia
bermaksud matlamat itu merupakan satu impian dan keinginan yang
sangat bermakna buat anda.
183- Jika anda hadapi kesukaran, masalah dan cabaran semasa mahu
mencapa impian, fokuskan minda kepada keseronokkan yang bakal
anda kecapi tak lama lagi.
184- Cara terbaik untuk menghilangkan tekanan adalah mengubah
fikiran lalu memfokus kepada kedamaian.
185- Bila anda rasa anda kurang bersemangat , itu petanda jelas
anda jarang bersyukur kepada Tuhan.
Sumber: www.familiazam.com
186- Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan seuatu
pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri
kita.
187- Kekalkan keseronokkan bekerja, kekalkan rasa bahagia,
kekalkan rasa bersyukur kepada Allah yang maha Esa, nikmati rasa
cinta yang mekar berbunga disanubari supaya kita terhindar dari
emosi negatif.
188- Bekerjalah sebaik mungkin, fikirkan kemungkinan yang
terjadi, sehingga jika kemungkinan tersebut datang kita sudah
sedia. Pasti esok akan lebih sulit.
189- Sesungguhnya waktu adalah hidup dan hidup sendiri adalah
menjalani waktu. Sejauh mana anda menghargai waktu, bererti
sejauh itulah anda menghargai hidup anda.
Sumber: www.familiazam.com
190- Aplikasi atau tindakkanlah yang membuat orang berjaya,
tentu saja setelah mimpi yang tinggi dan ilmu yang mencukupi.
191- Tidak ada keberhasilan tanpa tindakkan. Tidak akan ada
tindakkan tanpa keberanian. Jadi tidak akan keberhasilan tanpa
keberanian. Kejayaan sejalan dengan keberanian.
192- Hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerima sesuatu/membuatsesuatu dengan baik berlandaskan
kenyataan.
193- Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk
melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
194- Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
195- Orang yang biasa berdalih tidak akan mengambil pelajaran
dari kesalahan dan kegagalan , kerana ia sudah siap untuk
berdalih lagi.
196- Diantara ribuan peluang dan kesempatan, di sana ada
kejayaan, namn dikelilingi dengan kegagalan. Ambil kesempatan
dan peluang tersebut. Biarkan anda gagal dalam proses menemukan
kejayaan tersebut.
http://familiazam.com
197- Jika sikap kita benar, pengalaman mengecewakan akan
memberikan hikmah yang akan membuat kita bahagia.
198- Menyerah adalah salah satu cara untuk gagal, jangan lupakan
kegagalan tapi ambillah hikmahnya.
199- Jika anda mempunyai misi mulia, jangan takut untuk gagal,
bukan hasil yang akan dinilai, tetapi usaha anda untuk
mencapainya.
200-
Sumber:
Melanggan dengan Celcom X-pax (RM1.00 - 7 sms seminggu)
Diterbitkan Pada: 3hb
Disember 2009
Kemaskini: 20 Disember 2009 Dari 124 hingga 141
Kemaskini: 13 Mac 2010 Dari 141 hingga 200
 |
|
Mutiara Kata: "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka
yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan" |
|
|

Perhatian kepada semua calon
peperiksaan MUET! Ketahui teknik lulus cemerlang peperiksaan MUET
melalui pendedahan eksklusif oleh penanda kertas peperiksaan MUET.

Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin
maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini. Ebook ini memberi
garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga
teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking,
Reading dan Writing.
|
|
|
|