|
Soal Jawab
Bersama: [
Dr Mashitah 1 |
Dr
Mashitah 2 |
Dr Mashitah 3 ]
Soalan-soalan:
ISTERI DAKWA SUAMI HUTANG
NAFKAH
Soalan 1: SAYA
berkahwin 10 tahun dan ada dua anak yang belajar di sekolah rendah.
Isteri saya bekerja dengan pendapatan kurang daripada gaji saya.
Isteri saya bekerja pada tahun ketiga perkahwinan selepas tamat
belajar.
Sepanjang perkahwinan kami, saya menanggung hampir semua
perbelanjaan (kecuali biaya pelajaran isteri). Sejak tahun lalu saya
membeli rumah atas nama isteri, tetapi saya yang membayar ansuran
bulanan. Kereta juga saya beli atas nama isteri, tetapi bayarannya
kami kongsi separuh kerana kereta berkenaan untuk kegunaannya.
http://familiazam.com
Bagi pihak isteri, dia membayar upah menjaga anak dan sedikit
sebanyak keperluan dapur. Masalahnya, isteri sering berkata saya
tidak memberinya nafkah bulanan (wang).
Saya ada beri dia sejumlah wang mengikut kemampuan, tetapi tidak
setiap bulan. Katanya, jika "dibahagikan dengan 12 bulan, jumlah
berkenaan terlalu sedikit.Dia selalu menganggap saya berhutang
nafkah kepadanya sejak kami berkahwin.
Pada pendapat saya, saya sudah beri nafkah dengan menyediakan
tempattinggal, kenderaan, menjelaskan semua bil dan perbelanjaan
rumah.
Malah, selalu juga saya tidak kecukupan wang untuk menunggu gaji
hujung bulan.
Saya tidak faham apa yang dimaksudkan 'nafkah' oleh isteri saya.
Apakah suami mesti memberi sejumlah wang kepada-nya setiap bulan?
Jika ada, saya memang tidak keberatan, tetapi isteri seolah-olah
tidak memahami keadaan kewangan saya walaupun kami berkahwin 10
tahun.
-HAKIMI, Segamat, Johor
Jawapan: Tanggungjawab suami member! nafkah zahir dan batin
kepada isteri. Jika suami menyediakan keperluan yang diperlukan
untuk isteri, ituiah nafkah namanya, sama ada dalam bentuk wang
ringgit atau keperluan.
Allah SWT mewajibkan suami member! nafkah sekadar kemampuan suami.
Adalah lebih baik dalam hal suami isteri duduk berbincang mengenai
kemampuan dan keperluan kedua-dua pihak supaya satu kata sepakat
dapat dicapai dan meleraikan kekusutan.
Selain wang ringgit, kasih sayang menjadi keutamaan dalam kehidupan
rumah tangga.
Nasihat isteri supaya sentiasa bersyukur dengan keadaan yang ada.
Segala tolak ansur dan kebaikan yang di-hulurkan bersama suami akan
mendapat ganjaran Tuhan.

NIKAH SELEPAS
MENGANDUNG
Soalan 2: Saya sudah berkahwin dan ada dua cahaya mata. Sebelum
berkahwin, saya berzina dengan suami sehingga hamil. Kami bernikah
ketika kandungan saya masuk bulan keenam.
Sekarang saya benar-benar menyesali keterlanjuran dulu. Bagaimana
caranya untuk saya bertaubat? Adakah anak pertama saya mesti
dibintikan dengan Abdullah? Adakah menjadi kesalahan jika dibintikan
dengan nama suami? Jika anak itu ingin berkahwin kelak, adakah
bapanya boleh menjadi wali?
-INGIN TAHU, Pulau Pinang
http://familiazam.com
Jawapan: Anak yang puan lahirkan di sini jelas anak hasil
hubungan luar nikah. Disebabkan dia lahir sebelum perkahwinan cukup
enam bulan kerana puan hanya berkahwin selepas hamil enam bulan, dia
tidak boleh dibintikan kepada ayah-nya.
Memang salah daripada segi agama jika masih meletakkan nama ayahnya.
Anak ini tidak boleh diwalikan bapanya ketika pernikahan kerana dia
tidak sah.Bertaubat adalah cara terbaik untuk kembali ke pangkuan
jalan. la bermula dengan rasa penyesalan dan menghentikan perbuatan
berkenaan.Sebagai tanda benar taubat, lipat gandakan kebaikan yang
mampu dilakukan. Yakinlah Allah akan menerima taubat hambanya.

JANDA BERSTATUS GADIS
Soalan 3: Saya pernah bernikah tetapi melalui sindiket dan tidak
berdaftar. Sekarang kami sudah berpisah, tetapi suami hanya
menceraikan saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Adakah saya perlu mendaftarkan perceraian kami, sedangkan kami tidak
mendaftarkan perkahwinan kami?
Adakah cerai melalui SMS itu sah? Jika saya ingin berkahwin lagi,
adakah saya perlukan surat pengesahan perceraian dan bagaimana mahu
mengesahkan saya adalah Janda?
-MUSYKIL, Perak
http://familiazam.com
Jawapan: Jika perkahwinan tidak didaftarkan, tentu tidak
boleh mendaftar perceraian kerana perceraian hanya boleh diterima
selepas adanya perkahwinan.
Bag! perkahwinan melalui sindiket, jika cukup syarat sah perkahwinan,
perkahwinan itu adalah sah. Yang tidak sah hanya di peringkat
undang-undang. Begitu juga perceraian, jika benar dihantar suami dan
diaberniat melakukan demikian, jatuhlah talak.
Selepas tamat edah, puan boleh berkahwin semula, cuma tiada surat
pengesahan sebagai janda.
Hakikatnya puan adalah janda, tetapi kerana masalah yang disebutkan
tadi, puan daripada segi undang-undang .ialah gadis kerana tiada
bukti yang dapat dikemukakan.

INGIN TAHU ISTILAH PUASA
Soalan 4: Saya ingin tahu mengenai puasa. Bilakah hari yang
di-haramkan berpuasa?
Mengenai puasa sunat pada Rejab dan Syaaban, bolehkah ia dilakukan
selang sehari mengikut kemampuan atau perlu berpuasa penuh (kecuali
haid bagi wanita)?
-SITI Kemaman, Terengganu
Jawapan: Hari yang diharamkan berpuasa ialah pada Aidilfitri,
Ai-diladha dan pada hari-hari Ta-syriq (11, 12 dan 13 Zul-hijjah).
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu berkata yang maksudnya: "Sesungguhnya
Rasulullah menegah berpuasa dua hari, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."
Adalah haram berpuasa sunat pada hari syak iaitu pada 30 Syaaban
yang tersebar berita di kalangan orang anak bulan Ramadan sudah
dilihat. Oleh itu puasa pada hari syak dan hari-hari separuh kedua
bulan Syaaban, kecuali dengan sebab seperti puasa qada, nazar dan
kaffarah atau kebetulan bertepatan hari syak itu dengan puasa yang
pada adatnya dia berpuasa seperti puasa Isnin dan Khamis dan puasa
sehari dan berbuka sehari atau dia sudah berpuasa pada 15 Syaaban
dan berterusan puasanya tanpa berbuka hingga ke hari syak, maka
baginya dibolehkan berpuasa pada hari syak dan separuh kedua bulan
Syaaban.
Haram juga puasa seorang isteri tanpa keizinan suaminya yang ada di
dalam negeri. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah ra, daripada Rasulullah bersabda: Maksudnya: "Janganlah
seorang perempuan (isteri) berpuasa sedangkan suami ada (di dalam
negeri) melainkan dengan keizinan suami."
Puasa sunat pula adalah mengikut kemampuan, jika anda hanya terdaya
melakukan selang sehari, lakukanlah.

AMALAN BAGI MELEMBUTKAN HATI ANAK
Soaian 5: Membaca banyak kisah remaja terjebak dalam gejala
sosial, termasuk melarikan diri dari rumah serta mengandung anak
luar nikah, membuatkan saya berasa bimbang. Saya sering terfikir
apakah faktor yang menyebabkan perkara ini ber-laku, sedangkan jika
difikirkan tiada ibu bapa sanggup melihat anaknya susah.Saya
mempunyai tiga anak berumur 12, sembilan dan tujuh tahun. Masalah
saya ialah, sejak bersekolah, mereka sudah pandai menjawab kata-kata
orang tua.
Dalam sesetengah keadaan, saya dan suami bersetuju anak perlu diberi
peluang untuk membalas dan mempertahankan diri jika berlaku
masalah.Namun yang menjadi kebim-bangan kami ialah apabila mereka
bersikap degil dan payah untuk menerima nasihat.
Hendak berlembut salah, hendak berkeras pun rasanya tidak kena.
Soaian saya, apakah cara terbaik untuk melembutkan hati anak?
Apakah ayat atau doa yang boleh kami amalkan supaya mereka boleh
menjadi anak yang patuh pada orang tua?
Bilakah masa yang terbaik untuk memberi nasihat kepada anak? Ada
rakan memberitahu, kita boleh memberi nasihat ketika mereka tidur.
Adakah cara ini berkesan?
-IBU BAPA BIMBANG, Kuala Lumpur
http://familiazam.com
Jawapan: Mendidik anak bermula dari rebung (sejak kecil).
Didikan ibu bapa akan mencorakkan cara hidup anak. Kedua-dua
pendekatan adalah perlu. Berlembutlah dengan anak pada perkara yang
harus dalam agama. Sikap tolak ansur ibu bapa akan membenihkan rasa
kasih sayang dan anak menjadi rapat dengan ibu bapa. Sikap keras
juga perlu digunakan dalam perkara her-kaitan suruhan dan larangan
agama.
Dalam soal disiplin dan akhlak memang tiada kompromi, dalam perkara
yang harus se-wajarnya sifat tolak ansur menjadi amalan. Dampingi
anak dan jadi ka-wan kepadanya. Curahkan se-penuh kasih sayang dan
doa-kan anak dalam setiap solat. Saya percaya pada nasihat ketika
jaga, walaupun ada yang berpendapat nasihat bo¬leh diberi ketika
anak tidur. Mungkin nasihat ketika tidur lebih sesuai pada mereka
yang sibuk dan hanya melihat anak waktu mereka tidur.

DOSA
MENIPU IBU BAPA
Soalan 6: Saya berumur 17 tahun. Dulu saya ada teman lelaki,
tetapi sudah berpisah. Ketika itu setiap kali ingin keluar dengan
dia, saya menipu ibu bapa.Kini saya insaf dan menyesal dengan
perbuatan dulu. Saya tahu saya sangat berdosa dan ingin meminta
ampun kepada mereka, tetapi berasa malu.
Saya tidak mahu ibu bapa tahu mengenai perbuatan buruk saya. Adakah
saya boleh meminta ampun secara umum (dengan sekadar menyebut 'semua
kesalahan saya') tanpa menjelaskan setiap perkara?
- INGIN TAHU, Perak
http://familiazam.com
Jawapan: Ada aua jenis dosa manusia, iaitu dosa pada Tuhan
dan dosa pada manusia.
Dosa pada manusia perlu kita mohon hak ini dilepaskan daripada
mereka.Dalam hal ini, yang penting ialah saudari mahu berubah sikap
menjadi baik.Jika dirasakan dengan memaklumkan hal ini ia menjadi
runcing, tidak salah jika meminta ampun secara umum saja.Yang lebih
penting, dosa ini mesti dihentikan.
Sebagai tanda jujur mahu berubah sikap, saudari hendaklah pula
melipat gandakan amalan kebaikan sebagai ganti.Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda yang maksudnya "ikutilah perkara buruk itu dengan
kebaikan kerana kebaikan itu akan menghapuskan keburukan."

SUAMI
ENGGAN CERAI
Soalan 7: Saya pekerja dari seberang. Saya memeluk Islam sebelum
berkahwin dan mengharapkan suami akan membimbing saya. Malangnya
suami selalu memukul dan menghina saya. Saya bertahan dan anggap itu
dugaan Allah.
Sepanjang perkahwinan, suami tidak menunjukkan ciri-ciri orang
Islam. Setiap kali diingatkan untuk sembahyang, dia menyuruh saya
sembahyang dulu tetapi dia tidak buat. Selepas lapan tahun, dia mula
membawa balik CD lucah dan ini membuatkan saya marah kerana bimbang
ia turut ditonton anak. Selepas bergaduh, akhirnya dia berhenti dan
memulakan hobi baru - memancing.
Awalnya saya memang percaya dia benar-benar memancing, tetapi tidak
pernah membawa balik ikan. Namun adik saya nampak dia keluar dengan
seorang wanita. Saya adukan perkara itu kepada ibu bapanya, tetapi
dia menafikan. Berhenti memancing, dia mula keluar malam dengan
alasan kerja.Balik selalu lewat sehingga jam 2 pagi dan ada kala
tidak balik langsung. Akhirnya saya dapat tahu rupa-rupanya dia
berkawan dengan wanita penghibur kelab malam. Malah pernah berzina
sehingga wanita itu mengandung.
Rumah tangga kami mulai goyang. Saya minta izin untuk bekerja di
Malaysia kerana tidak tahan melihat dia dengan wanita itu. Setiap
kali solat, saya berdoa semoga Allah memberi keinsafan pada suami.
Selama 15 bulan di Malaysia, dia merayu saya kembali dan berkata
sudah insaf.
Namun insafnya hanya sementara dan dia kembali berpacaran dengan
wanita itu sehingga wanita itu hamil kali kedua. Janjinya hanya
rnahu menunggu wanita itu bersalin dan kemudian datang ke Ma¬laysia
untuk bekerja. Dia menyuruh saya pergi dulu dan saya dapat tahu dia
mengahwini wanita itu.
Kali ini saya benar-benar jadi seperti orang gila. Sepanjang Ramadan
saya tidak berpuasa, tidak sembahyang, buka tudung dan potong rambut
seperti lelaki. Makan minum dan anak tidak saya hiraukan sehinggalah
anak sulung yang berumur 14 tahun menasihatkan saya.
Katanya, anggaplah ayah (suami) sudah meninggal dunia, buat apa
mengenang orang yang tidak berguna. Katanya, yang penting ialah
sayang pada diri sendiri. Nasihat anak menyedarkan saya. Saya
masukkan anak ke asrama dan saya merantau sendiri mencari rezeki.
Pertanyaan saya, adakah saya berdosa kerana saya menganggap suami
sudah tiada. Sudah beberapa bulan dia tidak memberi nafkah, malah
dia tidak pernah menghubungi saya. Apa perlu saya lakukan? Saya
pernah minta cerai, tetapi katanya hingga mati pun dia tidak akan
lepaskan saya.
Adakah saya perlu minta cerai sekali lagi kerana saya tidak sanggup
hidup bersamanya. Selama 15 tahun berkahwin, tidak pernah diajarnya
saya mengenai Islam dan semua ilmu saya cari sendiri. Saya mahu
kekal sebagai orang Islam.
- SITI, Kedah
http://familiazam.com
Jawapan: Terima kasih kerana menyertai ruangan ini, walau-pun
puan dari seberang. Sebagai seorang mualaf atau orang yang baru
memeluk agama Islam, tentu dugaan begin! sangat melukakan. Jika
perkahwinan puan berlaku di Indonesia dan puan dan suami juga orang
Indonesia, tidak banyak yang dapat dibantu daripada segi
undang-undang sini.
Daripada hukum agama talak, memang di tangan suami. Bagaimanapun,
jika dia mengabaikan nafkah, puan boleh menggunakan taklik (jika ada
di negeri puan) untuk memohon cerai. Puan perlu memfail cerai pada
suami jika dia enggan melepaskan puan.
Untuk mengelak proses panjang, pujuk suami supaya dia melepaskan
cara baik. Selepas bercerai dengan sah, tumpukan. perhatian pada
mendalami agama Islam yang sebenar.

SIJIL
NIKAH HILANG
Soalan 8: Saya mendirikan rumah tangga hampir 17 tahun. Saya dan
suami bernikah di Thailand pada 1989. Suami adalah saudara baru yang
memeluk Islam pada 1987. Pernikahan kami dibantah keluarga suami
yang tidak bersetuju dengan penukaran agamanya.Kini kami mempunyai
tiga anak. Masalahnya sekarang, sijil nikah kami hilang. Saya sudah
merujuk kepada Jabatan Agama Islam Thailand tetapi pegawai di sana
memaklumkan, dokumen kami tiada dalam simpanan mereka.
Saya akui kami melakukan kesilapan kerana tidak mendaftarkan
pernikahan kami apa-bila balik ke tanah air kerana ketika itu saya
tidak tahu pernikahan di luar negara perlu didaftarkan semula di
Malaysia.
Bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan permasalahan yang kami
hadapi? Adakah kami perlu bernikah semula?
- INA, Johor Bahru
http://familiazam.com
Jawapan: Puan perlu membuat laporan kepada pejabat agama
terdekat bagi memaklumkan hal ini. Siasatan rapi akan dibuat bagi
menentukan sama ada perlu pernikahan semula atau tidak.
Jika perlu pun, tiada masalah kerana daripada sudut agama,
perkahwinan ini sah dan anak puan lahir daripada perkahwinan sah.
Masalah cuma timbul daripada sudut perundangan dan teknikal. Masalah
daripada sudut perundangan ialah perkahwinan puan tidak
didaftarkan.Biasanya pernikahan yang tidak didaftarkan akan didenda
oleh undang-undang, apa pun yang penting ialah memaklumkan dulu kes
puan pada pihak berwajib.

IBADAT KORBAN
Soalan 9: Saya ingin tahu mengenai ibadat korban. Adakah
orang yang melakukan korban perlu ada di tempat penyembelihan pada
hari haiwan korban di-sembelih? Bolehkah dihantar wakil saja? Apakah
syarat untuk melakukan korban? Adakah boleh semua bahagian
disedekahkan (tanpa mengambil sedikit pun daripada daging korban
berkenaan?)
- INGIN TAHU, Perak
http://familiazam.com
Jawapan: Setiap ibadat mempunyai maksud dan falsafah
tersendiri yang perlu dihayati, baru ibadat berkenaan sampai pada
maksud ia disyariatkan.Ibadat korban bertujuan melahirkan rasa
syukur pada Tuhan atas nikmat dan panjang umur pada tahun ibadat itu
dilaksanakan.
Selain memohon keampunan pada Allah, ia menanam peri pentingnya
semangat berkorban dan insaf sesama manusia.
Justeru, ibadat ini tidak boleh diganti dengan harga dan nilai wang
seperti zakat fitrah yang boleh dibayar nilainya atau dengan
barangnya yakni beras.Orang yang mengadakan sembelihan
sebaik-baiknya ada di tempat sembelihan untuk melafazkan niat dan
menyaksikan ibadat itu. Dengan cara ini baru terasa korbannya dan
harus mewakilkan jika tidak mampu.
Syarat melakukan korban ialah mempunyai kemampuan. Sesiapa yang
mampu dituntut melaksanakannya. Falsafah korban ialah untuk
disedekahkan kepada orang miskin. Boleh bersedekah semuanya jika
mahu, bahkan jika korban nazar wajib disedekah semuanya. Jika korban
sunat, sebaik-baiknya dibahagi tiga bahagian, satu untuk dirinya,
satu untuk orang yang mampu dan satu untuk fakir miskin.

PESANAN RINGKAS MINTA BERZIKIR
Soalan 10: Baru-baru ini saya mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS)
berbunyi: Wahai umat Muhammad, berzikirlah selama hidupmu dalam
sehari, seminggu, sebulan atau walau hanya setahun sekali. Hantarkan
SMS ini kepada sembilan orang, insya-Allah esok anda akan men-,
dapat berita baik. Siapa yang sudah tahu mengenai SMS ini tetapi
mengingkarinya, orang itu akan mendapat nasib buruk selama sembilan
tahun. Adakah anda tidak mahu mengorbankan hanya 90 sen kerana
Al¬lah?"
Saya musykil mengenai SMS itu kerana sebagai orang Islam, kita
memang diwajibkan berzikir untuk sentiasa mengingati Allah dan
mendekatkan diri dengan-Nya.Adakah saya perlu melaksanakan seperti
diarahkan atau menghentikan pengedaran SMS itu? Saya pernah cuba
menghubungi nombor penghantar dan dimaklumkan ia tersebar luas di
kalangan pelajar. Apa pandangan Datuk dalam hal ini?
-SHANA Serdang, Kedah
http://familiazam.com
Jawapan: Saya berpendapat ini adalah SMS berantai. Dulu zaman
sebelum ada kecanggihan teknologi, peringatan seumpama ini dihantar
melalui pos dan kemudian e-mel dan SMS. la adalah surat berantai
yang dihantar oleh orang tidak bertanggungjawab.Dalam Islam, seorang
Muslim wajib mempercayai bahawa nikmat dan bala, nasib baik dan
buruk hanya daripada Allah, la tidak berlaku hanya kerana
mengingkari beberapa hal seperti tidak menghantar SMS misalnya.
Usah takut bala akan datang sembilan tahun dan jangan mengharap
berita baik jika menghantarnya pada orang lain. Baik buruk nasib
manusia ditentukan berdasarkan usaha manusia dan doa yang tidak
putus pada Allah. Peringatan untuk berzikir adalah baik. Jika orang
mengingatkan kita berbuat baik, cukup sekadar ambil iktibar dan
bukan yakin pada kuasanya, kerana bimbang akidah boleh tercalar.

Soal Jawab
Bersama [
Dr Mashitah 1 |
Dr
Mashitah 2 |
Dr Mashitah 3 ] |