|
Soal Jawab
Bersama: [
Dr Mashitah 1 |
Dr
Mashitah 2 |
Dr Mashitah 3 ]
Soalan-soalan:
GUNA
TUALA LAMA KETIKA HAID
Soalan 11: Saya anak sulung dari-pada tiga beradik. Ibu saya
ibu tunggal yang bekerja sebagai kerani untuk menyara kami.
Memandangkan pendapatan ibu tidak seberapa, dia mengajar kami
menggunakan kain batik dan tuala lama ketika haid (yang dibasuh
bersih dan digunakan semula) atau solat apabila ada keputihan. Saya
ingin tahu, adakah cara ini dibenarkan kerana apabila balik ke
kampung, saya masih menggunakan kain apabila haid.
- LINDA, Batu Caves, Selangor
http://familiazam.com
Jawapan: Haid adalah darah kotor yang mesti dibersihkan. Apa
cara pun boleh digunakan, sama ada tuala pakai buang cara moden atau
tuala pakai basuh cara lama. Yang penting bukan jenisnya, tap!
kebersihan yang mesti dijaga rapi.Jika pakai tuala yang dibasuh,
pastikan ia dicuci bersih dan kering sebelum dipakai semula bagi
menjaga kebersihan dan ke-sihatan. Jika mampu, tukar pada tuala
pakai buang kerana kebersihannya lebih terjamin, selain mudah dijaga.
Harganya pun tidak terlalu mahal untuk dibeli, tetapi mampu untuk
semua wanita. Keyakinan diri juga akan bertambah bila kita pasti
kebersihan terjamin. Kain tuala pakai basuh kadangkala boleh
menyebabkan kebocoran dan menyusahkan pergerakan wanita. Zaman sudah
berubah, sedikit sebanyak ikuti perubahan zaman, apalagi pada
perkara baik dan berfaedah.

HAK SUAMI ATAS HARTA ISTERI
Soalan 12: Suami ada hak ke atas harta pusaka milik isteri
apabila isteri meninggal dunia, walaupun mereka baru bernikah.Jika
seorang wanita itu ada sedikit harta sebelum berkahwin (yang
dicarinya sendiri) adakah suami juga ada hak terhadap harta milik
isteri (bukan harta sepencarian) apa¬bila mereka bercerai?
Bolehkah wanita merahsiakan harta miliknya (yang di-peroleh ketika
bujang) daripada pengetahuan suami? Ini kerana ramai wanita sekarang
memiliki pendidikan baik, bijak menabung, berkahwin lewat dan
berpendapatan tinggi kerana bimbang jika diberitahu, lelaki
mengahwini mereka kerana mahu menumpang kesenangan dimiliki.
- AINA, Selayang, Selangor
http://familiazam.com
Jawapan: Hukum faraid menentukan wanita yang mati
meninggalkan suami, suami ada hak atas harta yang ditinggatkan
sebanyak separuh jika tiada anak dan jika ada anak, haknya sebanyak
satu perempat. Penentuan sama ada harta itu diklasifikasikan sebagai
harta sepencarian akan ditentukan mahkamah dengan melihat pelbagai
aspek dan sudut yang adil bag! kedua-dua pihak.
Islam menentukan isteri boleh mendapat hak harta sepencarian suami,
sedangkan harta seorang isteri yang diperoleh secara warisan atau
hasil usaha sebelum perkahwinan tidak dlkira sebagai harta
sepencarian.la adalah milik isteri. Apa pun perlu diingat, alam
perkahwinan membawa erti perkongsian. la bukan sekadar kongsi rasa,
rahsia dan harta, bahkan lebih daripada itu.

SYARAT SOLAT JAMAK
Soalan 13: SoalanBaru-baru ini seorang rakan memberitahu
pandangan seorang ahli agama mengenai sembahyang jamak yang dibaca
dalam sebuah rencana.Katanya, menurut artikel itu, walaupun
sembahyang jamak dan qasar adalah kemudahan untuk dilaksanakan
pengembara, tetapi dalam dunia moden ini konsep sembahyang jamak
boleh digunakan dalam keadaan tertentu di tempat sendiri.
Contohnya jika jadual kerja seseorang individu itu terlalu penuh (seperti
dua mesyuarat berturut-turut pada waktu petang sehingga mengambil
masa lama), dia boleh mengerjakan sembahyang jamak (contoh Zohor dan
Asar). Sebenarnya itu kali ketiga saya mendengar pendapat seperti itu.
Malah, sebelum ini seorang pelajar universiti Islam turut
memberitahu, seseorang boleh mengerjakan sembahyang jamak sebelum
memulakan perjalanan jauh (melebihi dua marhalah atau 90
kilometer).Soalan saya, adakah sembahyang jamak dan qasar memang
dikhususkan untuk pengembara saja? Boleh Datuk beri penjelasan
mengenai pendapat itu?
-JAHID, Kuala Lumpur
http://familiazam.com
Jawapan: Islam agama yang sesuai untuk sepanjang zaman.
Bagaimanapun, syariatnya tidak berubah atas nama kemodenan. Dunia
moden wajib menyesuaikan dengan agama dan bukan sebaliknya. Ada
perkara tertentu yang boleh berubah dalam ijtihad, ada perkara yang
diistilahkan qatie yang sama sekali tidak boleh berubah.
Solat antara syariat yang tidak berubah. Agama menentukan solat
qasar dan jamak sebagai rukhsah atau kemudahan bag! orang yang
bermusafir atau dalam perjalanan. Tidak boleh jamak atau qasar solat
dalam keadaan mastautin dengan sebab kesibukan bermesyuarat.
Sibuk mesyuarat bukan alasan yang membolehkan qasar dan jamak.
Jangan kerana urusan duniawi, kita memutarbelitkan agama kita. Tidak
benar pendapat mengatakan padat mesyuarat membolehkan qasar dan
jamak.
Ambil masa sedikit untuk keluar solat antara dua mesyuarat itu yang
tidak akan memakan masa lama. Rujuk dalam mana-mana pendapat ulama,
semuanya bersepakat qasar dan jamak syaratnya ialah memulakan
perjalanan dan bukan sebelum perjalanan bermula. Jika kita keluar
dari rumah sebelum masuk waktu solat dan setelah keluar daerah maka
masuk waktu, baru harus qasar dan jamak dalam perjalanan itu.

BENCANA ALAM BANYAK SEBAB
Soalan 14: Dalam kenyataan akhbar, ulama Indonesia, Abu Bakar
Bashir, berkata malapetaka seperti tanah runtuh dan banjir yang
melanda Jawa Tengah baru-baru ini adalah tanda kemurkaan Allah
terhadap perlakuan tidak bermoral penduduk di negara itu yang perlu
diinsafi dan dijadikan iktibar.
Pendapat itu disokong sesetengah gblongan di sini yang turut melihat
pelbagai bencana alam di negara kita juga antara bala atau tanda
balasan Tuhan berikutan banyak kemungkaran dan maksiat.Bagaimanapun,
ada pula yang berpendapat ia kesan daripada perubahan iklim,
kerakusan manusia memusnahkan alam dan tidak membuat perancangan
teliti untuk kemajuan. Adakah benar bencana alam itu antara petunjuk
kepada kemurkaan Tuhan? Apakah perkara yang boleh menyebabkan
turunnya bala?
-KN, Johor
http://familiazam.com
Jawapan: Memang wujud perselisihan pendapat di antara saintis
dan ahli agama berhubung bencana sama ada ia fenomena biasa alam
atau balasan Tuhan akibat kejahatan manusia. Bagi orang Islam, kita
mengakui musibah yang menimpa manusia adalah peristiwa alam biasa.
la fenomena alam yang juga qada bagi membuktikan kekuasaan Allah
seperti mana firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 22.
Musibah dan bencana bukan hukuman Allah ke atas manusia seperti mana
berlaku pada umat dulu seperti umat Nabi Nuh dan Nabi Lut misalnya.
Ini kerana umat Nabi Muhammad SAW hanya akan menerima balasan di
akhirat. Sebaik-baiknya kita terima bencana ini sebagai ujian Allah
untuk menguji tahap kesabaran dan ketakwaan. Bencana alam berlaku
kerana banyak sebab. Al-Quran menjelaskan, ia akibat perbuatan
manusia yang tidak menjaga alam sehingga berlaku bencana.
Bencana alam memberi alamat pada manusia supaya terus membuat kajian
dan penelitian untuk memelihara, memakmurkan bumi dan menjaga
keharmoniannya. Manusia wajib mencari punca dan mengambil langkah
berjaga-jaga. Dalam masa sama, ia adalah peringatan supaya manusia
menjauhi maksiat dan larangan yang membawa kemurkaan Allah. Antara
perkara yang membawa kemurkaan Allah ialah syirik, mendustakan
agama, pemimpin yang tidak adil dan amanah serta perpecahan dan
persengketaan.

TERIMA E-MEL KESAN TANDA HARI KIAMAT
Soalan 15: Saya menerima e-mel mengatakan ahli sains (astronomi)
Barat sebenarnya mengesan pergerakan planet Marikh yang terbalik (melawan
arah pusingan yang sepatutnya) dan ia mempengaruhi pergerakan planet
berhampiran seperti bumi. Akibatnya matahari tidak lagi terbit di
timur, sebaliknya di barat. Menurut pengirim itu lagi, ini antara
tanda kiamat. Selain itu, antara tanda jelas ialah apabila lelaki
kini mula mengabaikan tanggungjawab mereka melindungi wanita (khu-susnya
isteri) dan hilang sifat kelelakian.
Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan e-mel ini, ia membuka mata
saya kerana tanda kedua ini nyata. Adakah ia benar dan apakah tanda
kiamat (awal dan akhir)?
-INSAF, Melaka
http://familiazam.com
Jawapan: Persoalan bila berlaku kiamat pernah ditanya
seorang hamba Allah kepada Rasulullah satu ketika dulu.
Jawapan baginda sangat jelas, iaitu "tidaklah yang ditanya itu lebih
tahu daripada yang bertanya."
Ertinya, baginda sendiri selaku penerima wahyu tidak dimaklumkan
Allah bila berlaku kiamat.
Bagaimanapun, memang ada tanda kecil dan besar mengenai kiamat yang
dije-laskan dalam banyak hadis Sahih Muslim, Bukhari dan Termizi.
Antaranya ialah:
Terbit matahari dari sebelah barat.
Gerhana sebelah timur.
Gerhana sebelah barat..
Banyak pemakan riba.
Orang kaya diagungkan.
Orang fasik bersuara lantang dalam masjid.
Ahli mungkar lebih menonjol daripada ahli haq.
Persetubuhan haram herleluasa.
Anak zina merata-rata. Putus hubungan kerabat dan tetangga.
Ramai orang soleh mati. Masjid dibina untuk hiasan dan bermegah.
Orang hina mendapat tempat.
Wanita berpakaian tapi telanjang.
Banyak dusta dan tidak tepat menyampaikan berita.
Ramai saksi palsu.
Homoseksual berleluasa.
Lelaki taat isteri dan derhaka pada ibu.
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan, tapi kerana takut
kejahatannya.
Wallahualam.

CARI
REZEKI DENGAN CARA MENIPU
Soaian 16: Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang nampak
baik dan alim. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr A, tetapi ini
bukan nama sebenarnya.Namun nama itu membuatkan dia dihormati ke
mana saja dia pergi. Begitu juga dengan saya. Saya berasa teruja dan
mengagumi budi bahasanya, tutur katanya sopan dan
teratur.Bagaimanapun, saya terkejut pabila diberitahu supaya
berhati-hati berkawan dengan Dr A kerana dia bukan doktor sebenar.
Dia sendiri yang meletakkan gelaran doktor di pangkal namanya.
Saya ingin tahu, apakah hukumnya orang yang menipu orang ramai
dengan meletakkan gelaran doktor, profesor atau sebagainya pada nama
mereka? Adakah rezeki yang diperoleh dengan menipu orang ramai
halal? Adakah rezeki yang diperoleh dengan menipu orang ramai-(bag!
meraih kepercayaan mereka) halal?
-TERTIPU, Kuala Lumpur
http://familiazam.com
Jawapan: Perbuatan menipu dengan apa cara dan helah sekalipun
memang dilarang dalam agama kita.Jika benar dia bukan mempunyai
gelaran berkenaan dan tahu bahawa dengan memakai gelaran itu dia
meraih keuntungan dan rezeki, maka hukumnya berdosa. Memang wujud
segelintir manusia yang sengaja berbuat demiklan untuk mendapat
perhatian ramai.
Bahkan ada yang tidak lulus universiti tanpa segan silu memaklumkan
mereka adalah keluaran universiti, sedangkan mereka sedia maklum
maksud keluaran ialah mereka yang lulus dari universiti. Rezeki yang
halal bukan saja bergantung pada zat rezeki berkenaan dan puncanya,
tetapi jalan mendapatkannya juga penting. Erti kata jalan halal ini
ialah menggunakan gelaran seperti yang dibincangkan.

SUAMI
NIKAH LAIN TANPA PENGETAHUAN ISTERI
Soalan 17: Saya adalah suri rumah yang ada tiga anak. Walaupun
suri rumah, saya ada pekerjaan sambilan dengan pendapatan RM2,000
sebulan.Baru-baru ini saya mendapat tahu suami berkahwin lain secara
sembunyi. Saya tidak pasti berapa lama dia sudah bernikah dengan
isteri keduanya, tetapi tindakannya membuat saya rasa sangat kecewa.
Jika diikutkan, dia memang tidak mampu berpoligami, terutama
daripada sudut ekonomi. Daripada berita yang saya dengar, isteri
keduanya berjawatan tinggi dan berpendapatan besar. Ini membuatkan
saya lagi berasa tertekan dan terasing. Saya sudah tawar hati untuk
melayaninya apabila memikirkan sikap penipunya. Apa harus saya
lakukan?
-ISTERI SEDIH, Selangor
http://familiazam.com
Jawapan: Rasa kecewa ada ketikanya boleh diubati dan dirawat,
dan ada ketikanya menyebabkan kita bertindak lebih jauh. Semua
bergantung pada keadaan puan sendiri. Mungkin kerana baru menerima
berita ini, puan berasa teramat kecewa dan sukar menerima hakikat
dimadukan.Jangan bertindak terburu-buru, bimbang ia merugikan semua
pihak. Kehidupan suami isteri memerlukan kedua-dua pihak memahami
antara satu sama lain dan herkomunikasi dengan balk.Nasihat saya,
beri sedikit ruang dan masa pada diri puan untuk menerima keadaan
ini.
Ajak suami berbincang bagaimana dia akan memberi nafkah, menjadi
suami adil dan lebih bertanggungjawab menangani dua isteri. Jika
puan dapati selepas semua usaha menyesuaikan diri dengan keadaan
baru ini terlalu sukar diterima dan bersedia menjadi ibu tunggal,
jalan terakhir ialah minta suami lepaskan cara baik. Bagaimanapun
saya berasakan keputusan ini sepatutnya menjadi pilihan terakhir,
iaitu apabila semua usaha menyelamatkan rumah tangga gagal dicapai.

DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Soalan 18: Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang anak yang
pernah menderhaka kepada ibu bapanya dan mentua ketika mereka hidup
sebelum dia pergi menunaikan haji? Apa yang dikesalkan ialah ibu
bapa dan mentua sudah meninggal dunia sebelum dia sempat memohon
ampun bagi kesalahannya.
-AIMAN, Alor Star, Kedah
http://familiazam.com
Jawapan: Rasulullah SAW ada menyebut dalam sebuah hadis
bahawa tanggungjawab seorang anak masih boleh diteruskan walaupun
selepas kematian ibu bapa. Antaranya ialah mendoakan ibu bapa,
melakukan amal jariah untuk mereka, menyambung silaturahim dengan
teman mereka, menunaikan hajat atau wasiat yang ditinggalkan serta
menziarahi kubur mereka untuk mendoakan mereka. Banyakkan melakukan
sedekah untuk mereka kerana dengan membanyakkan kebaian dan
kebajikan pada ibu bapa akan meringankan azab serta mohonlah ampun
untuk ibu bapa.

AJARAN SESAT
Soalan 19: Saya ingin tahu, adakah pengikut ajaran sesat
secara automatik menjadi murtad (kerana ada sesetengahnya mungkin
mengikut atau terpengaruh dengan kawan)?
Jika mereka tersedar, bagaimanakah cara untuk bertaubat? Selepas
bertaubat tetapi masih mengikuti pergerakan (bukan dengan kerelaan,
tetapi kerana bimbang keselamatan terancam) adakah mereka dikira
murtad semula?
- INGIN TAHU, Shah Alam
http://familiazam.com
Jawapan: dikira murtad, ulama meletakkan dua syarat iaitu
pertama, berakal, kerana tidak sah murtad orang yang gila dan
kanak-kanak.
Kedua, kerana pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang
yang dipaksa atau terpaksa, sedangkan hatinya masih beriman.
Orang murtad yang mahu bertaubat perlu benar-benar insaf, melakukan
solat taubat nasuha dan mengucap dua kalimah syahadah.
Tidak perlu beliau menguap syahadah di depan seorang saksi, namun
beliau boleh juga bersaksi di depan saksi yang layak seperti imam
dan kadi jika mahu.
Agama Islam yang suci dan ajaran sesat sangat berbeza daripada segi
fahaman dan amalan kebiasaan. Sebelum mengikuti apa-apa ajaran,
teliti dulu supaya tidak hanyut dan disesatkan amalan yang
bukan-bukan.

REMAJA ANAK LUAR NIKAH TERTEKAN
Soalan 20: Saya remaja berusia 16 tahun. Saya dilahirkan lima
bulan selepas ibu bapa bernikah. Memang nama saya tidak dibintikan
dengan nama bapa, tetapi 'Abdullah'. Saya sangat terkilan apabila
mengetahui saya anak luar nikah, walaupun ibu bapa melayan saya
dengan baik sama seperti adik lain.Walaupun perkara ini hanya
menjadi rahsia keluarga (yang tua) saya sering berasa rendah diri
dan malu mengenangkan status saya. Saya tahu ini bukan salah saya,
tetapi saya tetap berasa kesannya.Malah, saya juga tidak tahu apa
yang perlu dijawab apabila adik bertanya kenapa nama bapa kami
berbeza, sedangkan saya bukan anak angkat. Malah, ibu bapa juga
beralih ke topik lain jika perkara ini ditimbulkan.
Adakah hubungan saya dengan adik dikira muhrim? Saya juga pernah
terbaca, hak anak luar nikah tidak sama dengan anak sah. Apakah hak
untuk anak seperti saya?
Bagaimanakah cara terbaik untuk menerangkan status saya kepada adik?
Kadangkala saya malu dan sangat rendah diri dibandingkan dengan adik
yang saya anggap sangat bertuah.
- TERTEKAN. Johor
http://familiazam.com
Jawapan: Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan di luar
ikatan pernikahan atau persetubuhan yang tidak sah daripada segi
akad nikah. Pun begitu, anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan
yang sah adalah suci daripada dosa seperti bayi lain, kerana tiada
anak yang dilahirkan ke dunia ini berstatus haram.
Pandangan masyarakat yang memandang rendah anak sebegini harus
diubah. Yang salah adalah ibu bapa, bukan si anak.
Daripada segi perundangan syariah, status saudari akan hanya member!
kesan terhadap pembahagian harta si bapa, tidak dengan harta si ibu.
Ini kerana hubungan ibu dan anak selama-lamanya tidak akan terputus.
Dalam hal wali pernikahan, bapa saudari tidak boleh menjadi wali
saudari. Hubungan saudari dengan adik lain tetap dikira sebagai
mahram, yakni seperti adik-beradik biasa. Paling tidak bila ibu
menyusukan saudari, semua saudara mempunyai hubungan susu. Sebagai
seorang insan, saudari sama saja dengan hamba Allah yang lain. Jadi
tidak perlu saudari rendah diri dan malu kerana seseorang itu tidak
boleh dipersalahkan atas kesalahan orang lain. Banyakkan
beristighfar dan berdoa kepada Allah. Berdoa kepada Allah supaya
keluarga dan masyarakat sekeliling memahami perasaan saudari.

PERBUATAN BUNUH DIRI BERDOSA BESAR
Soalan 21: Sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes bunuh
diri di-laporkan. Saya teringat kata-ka-ta ustazah ketika belajar
dulu dan melalui ruangan ini, bunuh diri hukumnya berdosa besar dan
dikira terkeluar daripada Islam atau murtad. Orarig yang membunuh
diri tidak boleh di-kebumikan ditanah perkuburan Islam.
Soalan saya, bagi kes bunuh diri yang ditemui di rumah (tidak
diketahui sama ada dia membunuh diri atau dibunuh), dan siasatan
polis atau bedah sia-sat tidak menemui motif pem-bunuhan, bagaimana
hendak menguruskan mayat si mati ke-rana keluarga pasti tidak dapat
menerima hakikat bahawa si mati terkeluar daripada Islam pada hujung
hayatnya.
Apakah hukumnya jika si mati dikebumikan di tanah perkuburan Islam?
Jika benar si mati murtad, bagaimana keluarga dapat mendoakannya?
Adakah doa keluarga untuk si mati akan sampai kepadanya?
- MUSYKIL Seremban, NS
http://familiazam.com
Jawapan: Membunuh diri adalah dosa yang sangat besar di sisi
Islam. Allah Taala berfirman: "Dan, janganlah kamu membunuh dirimu
sendiri." (Surah An-Nisa: 29) Namun, sama ada hukum si mati yang
membunuh diri itu terkeluar daripada Islam atau tidak, terserah
kepada penga-dilan Allah SWT.
Urusan menguruskan jena-zahnya masih sama seperti pengurusan jenazah
muslim lain dan tetap dikuburkan di perkuburan Islam juga, kecuali
jika terbukti dengan jelas bahawa dia benar-benar membunuh diri.Bagi
kita yang masih hidup, tetap menerima dia sebagai saudara muslim dan
patut diuruskan secara muslim.
Soal hukum bukan kerja manusia, sebaliknya serahkan pada ketentuan
Allah meng-hukumnya.Keluarga si mati, terutama anak, boleh mendoakan
kesejahteraan rohnya kerana hubungan si mati dengan anak-nya tidak
akan terputus. Cuma sama ada doa itu sampai atau tidak kepada si
mati masih menjadi perbahasan golongan ulama.

Soal Jawab
Bersama [
Dr Mashitah 1 |
Dr
Mashitah 2 |
Dr
Mashitah 3 ] |