|
|
|
 |
Bersama
Dr Abdul Salam Muhammad Shukri.
Penolong Profesor Kuliyah Ilmu Kemanusiaan, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia. |
Soalan-soalan:
1-
Ganjaran
besar membaca Al Quran dengan tafsir
2-
Lafaz cerai sah dalam marah tanpa niat
3-
Boleh puasa nazar bersama puasa wajib
4-
Kifarat jika bersetubuh di siang hari Ramadhan
5-
Bukan dikira bernazar jika hanya berdetik di hati
6-
Beza nafsu berahi dan syahwat
7-
Sah puasa dalam junub selepas waktu subuh
8-
Korban kesucian pada leleki bukan islam supaya peluk islam
GANJARAN
BESAR MEMBACA AL QURAN DENGAN TAFSIR
Soalan 1:
Saya membaca Al Quran dengan menggunakan terjemahan kerana saya
ingin memahami kandungan bacaan. Namun seorang sahabat
berpendapat membaca Al Quran mengandungi tafsir kurang pahala
kerana kita tidak perlu berwuduk apabila memegang kitab tafsir
itu.
Berbeza dengan kitab Al Quran tidak mempunyai tafsir, kita perlu
berwuduk dan didalamnya sepenuhnya bertulisan jawi. Adakah
terdapat perbezaan apabila membaca Al Quran dengan menggunakan
kitab tafsir?
Benarkah pahala orang yang mengaji dengan menggunakan kitab
tafsir kurang daripada mengaji dengan menggunakan kitab Al quran
sebenar?
-
Nazri, Kedah.
www.familiazam.com
Jawapan: Al Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah untuk
difahami dan diamalkan. Membaca Al Quran dengan melihat
terjemahan dan tafsirannya itulah yang sebaiknya.
Dalam keadaan ini usaha anda untuk membaca Al Quran seperti itu
adalah betul.
Pendapat sahabat anda mengenai membaca Al Quran menggunakan
mushaf sepenuhnya dan adab ketika membacanya seperti perlu
berwuduk berbanding dengan membaca Al Quran dengan tafsir adalah
membabutkan masalah lain.
Ini kerana Allah berfirman mengenai Al Quran, maksudnya: "Yang
tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih
suci (mutahharun) (Al Quran, Al- Waqi'ah (56):(79)
Tentulah mengaji Al quran dengan memahami menerusi tafsiran dan
terjemahan untuk mengamal isi kandungannya lebih besar
ganjarannya di sisi Allah daripada sekadar mengaji Al Quran
daripada mushaf tanpa memahaminya.

LAFAS
CERAI SAH DALAM MARAH TANPA NIAT
Soalan 2:
BARU-baru ini berlaku perselisihan faham di antara saya dan
isteri, sehingga sampai pada satu tahap dia mendesak saya supaya
menceraikannya.
Saya menjadi marah dan dalam keadaan marah itu saya melafazkan 'aku
ceraikan awak.' Lafaz saya itu tanpa niat untuk menceraikannya.
Apakah jatuh talak atau sebaliknya?
-
ASRI
www.familiazam.com
Jawapan: TALAK jatuh terhadap isteri apabila suami
melafazkan talak secara jelas kepada isteri walaupun tanpa
disertai niat dan dalam keadaan marah yang biasa.
Perkara ini perlu dilaporkan segera kepada Mahkamah Syariah.
Anda boleh menyelamatkan rumah tangga dengan berbaik kembali
dalam masa edah tanpa perlu akad semula.
Jadikan perkara berkenaan sebagai pengajaran dengan tidak
mengulangi tindakan itu pada masa depan. Setiap suami mesti
mengawal tindakannya supaya tidak berlaku perceraian.

BOLEH PUASA NAZAR BERSAMA
PUASA WAJIB
Soalan 3: SEBELUM ini
saya ada berniat nazar puasa tujuh hari sekiranya saya mendapat
pekerjaan. Kemudian terasa berat untuk melakukannya. Jadi, bolehkah
nazar puasa itu dilakukan serentak pada Ramadan?
-
ZAM
www.familiazam.com
Jawapan: TERMASUK dalam puasa wajib (fardu) ialah puasa
Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar. Puasa nazar ada yang
ditetapkan waktu dan bilangan (mu'ayyan) dan ada yang tidak
ditetapkan.
Islam membenarkan untuk berniat puasa wajib yang lain iaitu puasa
kifarat dan nazar ketika puasa Ramadan (al-Zuhayli, II: 621, trj.
694).

KIFARAT JIKA BERSETUBUH DI
SIANG HARI RAMADHAN
Soalan 4: ADAKAH wajib
kifarat ke atas suami yang membatalkan puasanya terlebih dahulu
sebelum melakukan perse-tubuhan pada siang hari Ra¬madan? Saya
keliru dengan isu ini kerana ada sesetengah berpendapat orang Islam
dila-rangsama sekali bersetubuh pada siang hari Ramadan, tidak kira
sama ada kita berpuasa atau tidak?
-
MOHAMED,
Selangor
www.familiazam.com
Jawapan: PEMBATALKAN puasa diwajibkan ganti (qada),manakala
bersetubuh pada siang hari wajib qada dan kifarat, iaitu tiga
peringkat kifarat: (1) memerdekakan hamba, tetapi sekiranya tidak
mampu atau tiada, (2) berpuasa dua bulan berturut-turut dan
sekiranya tidak mampu (3) member! sebanyak 60 cupak makanan asasi
kepada 60 orang fakir miskin dengan kadar secupak seorang.
Satu daripada kifarat ini tetap perlu ditunaikan apa-bila mampu.
Membatalkan puasa terlebih dahulu sebelum bersetubuh tidak
menghalangkan dikenakan kifarat kerana beliau sebenarnya menceroboh
kesucian bulan Ramadan.

BUKAN DIKIRA BERNAZAR JIKA HANYA BERDETIK DI
HATI
Soalan 5: Adakah saya dikira bernazar dan perlu menunaikannya
apabila terdetik di hati? Contohnya, saya berusaha mencapai sesuatu
hajat dan terdetik di hati untuk berpuasa sehari apabila ia tercapai,
tetapi saya tidak melafazkannya. Adakah nazar itu perlu dilafazkan
dengan jelas memadai dengan telinga sendiri mendengarnya? Satu
perkara lagi, adakah jatuh talak jika seorang suami berkata-kata di
dalam hatinya untuk menceraikan isteri walaupun
dia tidak pernah melafazkan dengan kata-kata? Dengan kata lain, dia
mempunyai niat di dalam hati tetapi tidak melafazkannya?
- ZAMRI, Johor.
www.familiazam.com
Jawapan: Nazar ertinya janji atau sumpah untuk berbuat baik.
Dari segi istilah syarak ialah mewajibkan diri untuk melakukan
sesuatu kebaikan dengan menyebut nama Allah.
Contohnya: "Dengan nama Allah sekiranya aku berjaya aku berjanji
berpuasa selama sehari." la dikira nazar. Sekadar terdetik dalam
hati tidak dikira nazar. Mereka yang menarik balik nazar atau tidak
mampu melakukannya hendaklah membayar kifarat nazar, iaitu
(1) member! makan 10 orang miskin, atau
(2) memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau
(3) memerdekakan hamba.
Sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa tiga hari (al-Ma-idah (5):
89). Talak di dalam hati tidak jatuh kerana tidak dilafazkan dan
tiada yang tahu. Suami mesti bersedia menerima akibat apabila
melafazkan talak kepada isteri.

BEZA NAFSU BERAHI DAN SYAHWAT
Soalan 6: Saya keliru mengenai nafsu berahi dan nafsu syahwat,
apakah bezanya? Patutkah seseorang itu mandi wajib jika keluar air
mani atau air mazi?
Bagi orang yang berpuasa, sah atau tidak jika fikirannya
melayang-layang memikirkan perkara yang tidak senonoh, tetapi tidak
sampai keluar air mani atau mazi? Saya harap Dr dapat memberikan
huraian terperinci dalam perkara ini.
- EMA, Selangor.
www.familiazam.com
Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada tarikan seksual terutama
antara lelaki dan perempuan. Perkataan 'berahi' bermaksud 'kasih (cinta)
yang amat sangat, rasa suka akan seseorang (dengan bernafsu),
ghairah, sangat suka' (Kamus Dewan 166). Syahwat bermaksud 'keinginan
(untuk melakukan persetubuhan, nafsu bersetubuh, keberahian.1 (Kamus
Dewan, 1557). Perkataan nafsu itu sendiri dalam bahasa Melayu
merujuk kepada 'keinginan yang keras, kehendak hati yang kuat,
kemahuan yang keras, dorongan hati.1 (Kamus Dewan, 1064).
Ketika seseorang dalam keadaan bernafsu, air mazi biasanya akan
keluar daripada kemaluan tanpa disedari. Lazimnya mazi atau air mazi
berwarna jernih. Hukumnya najis dan wajib dibasuh tanpa perlu mandi
wajib.Berbeza dengan air mani yang pekat dan berwarna putih keluar
dari kemaluan lelaki atau perempuan ketika nafsu memuncak. la tidak
najis tetapi wajib mandi hadas besar apabila keluar mani.
Dengan kata lain, keluar mazi tidak menjadikan seseorang dalam hadas
besar tetapi keluar mani menyebabkan seseorang itu berada dalam
hadas besar. Bagi menghilangkan hadas besar, dia perlu mandi
wajib.Dalam Islam, nafsu termasuk dalam unsur ghaib atau rohani yang
ada dalam diri manusia. Manusia itu ada unsur rohani dan jasmani.
Termasuk dalam rohani ialah jiwa (roh), akal (aql), hati (qalb) dan
nafsu (nafs).Jiwa berfungsi menghidup, menumbuh dan membiak. Akal
yang menduduki tempat tertinggi di dalam diri manusia mengandungi
kekuatan untuk berfikir, menimbang dan mengingat.
www.familiazam.com
Hati mengandungi unsur keinginan dan kehendak. Tumbuh darinya sifat
terpuji seperti penyayang, pemaaf dan lemah lembut di samping sifat
tercela seperti takbur, sombong, dengki dan khianat.Nafsu menduduki
tempat terendah dalam diri manusia. la mengandungi unsur kemahuan,
kesukaan dan hasrat. Antara sifat nafsu ialah tak tahu malu, tamak,
perampas, malas, marah dan sebagainya (Dusuki Ahmad, 1988:
286).AI-Quran membahagikan nafsu kepada tiga jenis, iaitu nafsu
mutma'innah (al-Fajr (89): 27), nafsu lawwamah (al-Qiyamah (75): 2)
dan nafsu ammarah bi al-su'(Yusuf(12):53).
Nafsu mutma'innah merujuk kepada jiwa yang sentiasa tenangtetap
dengan kepercayaan dan bawaan yang baik dalam agama manakala nafsu
lawwamah ialah jiwa yang sentiasa menegurdan menempelak diri sendiri
ketika berbuat baik atau jahat.Ketika berbuat baik, ia menempelak
kerana tidak membuatnya lebih banyak dan ketika berbuat jahat
menempelak diri kerana sesal. Nafsu ammarah bi al-su' ialah nafsu
yang menyuruh manusia melakukan kejahatan dan maksiat.
Mengenai puasa pula, menurut bahasa ia bermaksud menahan diri
daripada sesuatu aktiviti. Dalam Islam puasa bererti menahan diri
daripada sesuatu yang membatalkannya dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari.Antara perkara membatalkan puasa ialah makan dan
minum dengan sengaja, bersetubuh, keluar mani dengan sengaja, gila,
keluar darah haid atau ni-fas dan murtad (keluar agama).Walaupun
mengingat perkara lain yang tidak senonoh tidak sampai membatalkan
puasa, ia mengurangkan pahala puasa itu sendiri kerana membiarkan
diri dipengaruhi nafsu.
Tujuan puasa adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan
membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir, bersolat sunatdan sebagainya.
Mengawal dan mendisiplinkan nafsu sebahagian daripada ajaran Islam
terutama ketika menjalani ibadat puasa. Islam tidak mengajar supaya
nafsu ditiadakan langsung. Islam cuba mendisiplinkan nafsu supaya
manusia tidak hanya mengikut nafsu semata-mata.

SAH PUASA DALAM JUNUB SELEPAS WAKTU SUBUH
Soalan 7: Apakah hukum jika selepas mengadakan hubungan
dengan isteri sebelum imsak dan mandi wajib selepas terbit matahari?
Bagaimana jika seseorang itu mengalami kes hampir sama, cuma tidak
melakukan seks, sebaliknya onani atau keluar mani kerana mimpi? Jika
tidur pada siang hari Ramadan dan bermimpi lalu terkeluar mani?
Sekiranya isteri saya berbuai-bual dengan saya dan bercerita
mengenai ternan sepejabatnya yang curang, lalu saya mengeluarkan
kata-kata: "Kalau aku jadi laki dia, cakap je, aku ceraikan kau!!"
Adakah jatuh talak pada isteri saya? Saya tidak berniat demikian,
cuma ia merujuk kepada suami teman sepejabatnya.
- WAN MASASLY HASSIM, Johor.
www.familiazam.com
Jawapan: Hukum puasa itu sah walaupun masih dalam junub.
Mandi wajib kerana bersetubuh atau onani dibenarkan selepas masuk
waktu Subuh. Bagi yang keluar mani kerana mimpi pada siang hari,
puasa tidak batal, Hanya mengeluarkan mani secara sengaja
membatalkan puasa.
Bagi persoalan kedua anda mengenai talak, tidak jatuh talak kerana
bukan ditujukan kepada isteri sendiri. Terima kasih kerana bertanya.

KORBAN KESUCIAN PADA LELAKI KRISTIAN SUPAYA
PELUK ISLAM
Soalan 8: Apakah hukum seorang Muslimah mengorbankan
kesuciannya pada seorang lelaki Kristian supaya lelaki itu memeluk
agama Islam? Lelaki terbabit sudah pun memeluk Islam tetapi
meninggalkan perempuan itu. Berdosakah perempuan terbabit dan apa
yang patut dilakukannya?
- EDA, Kuala Lumpur.
www.familiazam.com
Jawapan: Haram berbuat demikian kerana terbabit dengan zina
walaupun dengan bukan Islam dan bertujuan baik berdakwah kepada
Islam. Niat yang baik tidak menghalalkan cara yang haram.Dia tetap
berdosa besar kerana berzina. Hukumannya adalah 100 kali rotan
apabila sabit kesalahan terbabit Dia hendaklah bertaubat kepada
Allah dan jangan mengulangi perbuatan sedemikian.
 |