|
Sejarah
e-kamus
 |
Versi Nusantara (2000) |
 |
Versi 4.02 (2001) |
 |
Versi 5.01 (2002) |
 |
Versi 5.01 Edisi
Profesional (2002) Cetakan Pertama |
 |
Versi 5.01 Edisi
Profesional (2004) Cetakan Terbaru |
E-KAMUS (KAMUS ELECTRONIK)
e-Kamus merupakan perisian perkamusan dwibahasa yang dibangunkan
khusus untuk memudahkan pengguna komputer yang sentiasa merujuk
kepada kamus buku sebagai bahan rujukan bahasa. Ia dilengkapi dengan
pelbagai teknik pencarian bergantung kepada cara penggunaan,
bersesuaian dengan kemajuan teknologi perkomputeran pada hari ini :
1) Pencarian biasa.
2) Pencarian dengan simbol (*).
3) Pencarian dengan simbol (?).
4) Pencarian dengan fungsi automatik.
5) Pencarian dengan kaedah “DOUBLE CLICK”.
e-Kamus juga dibekalkan dengan beberapa fungsi tambahan bagi
meningkatkan lagi kualiti e-Kamus agar setanding dengan perisian
lain yang ada di pasaran. Ia juga mampu menambahkan keupayaan e-Kamus
di mana perisian ini bukan saja untuk mencari makna perkataan dengan
lebih efektif, malah ia juga lebih interaktif dan bermanfaat.
Di antara fungsi-fungsi tambahan yang disediakan di dalam e-Kamus
ialah:
1) Penyemak ejaan bahasa Melayu
2) Corak Tetingkap e-Kamus
e-Kamus telah melalui pemeriksaan yang rapi oleh pengguna di mana
perisian ini diuji dengan penuh teliti bagi memastikan ia memenuhi
ciri-ciri aplikasi WINDOWS 2000 yang standard serta diperakui boleh
dipasang dengan WINDOWS 2000. e-Kamus juga menggunakan teknologi
WINDOWS yang terbaru untuk menjamin penggunaannya yang konsisten,
lebih dipercayai dan mempunyai aplikasi yang mudah diurus di dalam
sistem operasi MICROSOFT yang terbaru.
BERITA E-KAMUS
Naik taraf Penyemak Ejaan Bahasa Melayu
Bermula 1 Disember 2004, ALAF TERAS telah memulakan program naik
taraf Penyemak Ejaan Bahasa Melayu bagi memenuhi permintaan pengguna
e-Kamus. Pada awalnya, penyemak ejaan yang diberi secara percuma ini
hanya mengandungi lebih kurang 23, 000 perkataan sahaja.Kini ia
mengandungi lebih 70,000 perkataan dan ia akan sentiasa dinaik taraf
agar ia menjadi antara penyemak ejaan yang paling efektif digunakan.
Pembangunan e-Kamus Versi Bahasa Arab
Sebagai memenuhi keperluan masyarakat Islam khasnya, ALAF TERAS
membuka lembaran baru 2005 dengan pembangunan e-Kamus versi Bahasa
Arab yang mengandungi tiga bahasa iaitu Bahasa Arab-Bahasa
Melayu-Bahasa Inggeris yang bermula 1 Januari 2005. Ia dijangka siap
selewat-lewatnya Mei 2005 dengan penampilan baru serta penambahan
fungsi yang lebih menarik seperti ‘Jawi Editor’.
SCREEN SHOOT
ANTARA
SOALAN YANG SERING DITANYA
Berapa banyakkah kandungan e-Kamus dan dari mana sumbernya?
e-Kamus sebenarnya hanya dilengkapi lebih 40,000 kata pencarian,
terdiri daripada kamus Inggeris-Melayu dan Melayu-Inggeris yang
dibuat oleh bahagian data kamus ALAF TERAS. Namun dengan kiriman
himpunan kamus daripada para pengguna e-Kamus, kandungan e-Kamus
kini melebihi 100,000 kata pencarian yang akan memenuhi keperluan
pengguna e-Kamus.
Apakah perbezaan e-Kamus dengan perisian kamus yang lain?
Perbezaan yang nyata ialah dari segi teknologinya di mana e-Kamus
menawarkan pencarian makna perkataan menggunakan sistem PENGIMBAS
(Double Click) di mana anda boleh memperolehi makna perkataan dalam
masa SESAAT. Selain itu, harga yang ditawarkan juga adalah
berpatutan dan dan dijamin keasliannya. Pengguna perisian ini juga
akan sentiasa mendapat sokongan teknikal dan informasi mengenai
versi-versi terbaru e-Kamus.
Berapakah ruang hard disk yang diperlukan untuk memasang sistem
perisian e-Kamus?
Ruang hard disk yang diperlukan ialah 60MB dan 30 MB pula akan
digunakan sebagai Virtual Memory ketika e-Kamus beroperasi.Oleh itu
anda perlu ada sekurang-kurangnya 100MB untuk memasang perisian ini.
Berapa banyakkah komputer yang boleh dipasang dengan satu cd
perisian e-Kamus?
Bagi setiap satu perisian e-Kamus yang berdaftar (original), pihak
kami hanya boleh mengeluarkan tiga lesen kod kunci e-Kamus untuk
tiga buah komputer, di mana setiap komputer mempunyai kod perisian
yang berbeza.Ini bermakna pengguna boleh memasang e-Kamus untuk tiga
buah komputer sahaja bagi setiap cd e-Kamus.Ia untuk mengelakkan
pihak yang tidak bertanggungjawab mencetak rompak perisian e-Kamus.
Pihak kami juga telah membuat satu kajian di mana kebanyakan
pengguna di Malaysia mempunyai minima tiga buah komputer sendiri
termasuklah komputer bimbit.
Adakah pemasangan e-Kamus ini mewajibkan pengguna mempunyai
talian internet untuk mendapatkan kod kunci?
Tidak sama sekali.Ini kerana tanpa talian internet, pengguna masih
boleh menggunakan perisian ini. Talian internet hanya sebagai satu
kelebihan di mana proses pendaftaran e-Kamus lebih mudah
dilakukan.Selain itu, melalui internet pengguna dapat melayari laman
web kami untuk mendapat informasi terbaru khasnya mengenai kandungan
dan produk terbaru.
Adakah perisian ini boleh menterjemah satu ayat atau perenggan?
Buat masa ini, e-Kamus hanya boleh mencari makna satu perkataan,
sama seperti kamus biasa. Namun di masa akan datang, ALAF TERAS akan
melancarkan program upgrade melalui laman web di mana e-Kamus
berkemampuan untuk mencari makna perkataan lebih daripada satu ayat
secara serentak. Walaupun begitu, ia bukanlah terjemahan kerana ia
tidak mempunyai aturan tatabahasa.
Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Nama:
Mohd. Sabri Bin Ismail
Alamat: Kg. Padang Kemunting, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu.
No. Telefon: 013 755 2933
E-mel: rieonlinekmn[at]yahoo[dot]com
|