|

UMAT Islam perlu mengetahui
bahawa ada lima waktu yang dimakruhkan untuk solat tanpa sebab,
iaitu selepas Asar, selepas Subuh, waktu tepat jatuh matahari,
terbit atau terbenamnya matahari.
www.familiazam.com
Bagaimanapun, untuk melakukan solat yang bersebab seperti mengqada
solat sunat rawatib atau kerana gerhana atau untuk menyembahyangkan
jenazah, maka waktu itu tidak dimakruhkan.
Antara rahsia larangan itu adalah untuk menjaga supaya tidak sama
dengan penyembah matahari yang mungkin menimbulkan daya penarik atau
perbuatan ke arah itu. Jadi, membiarkan waktu itu berlalu terlebih
dulu adalah sebagai tambahan perhatian serta perintah bagi menjaga
kesucian Islam.
www.familiazam.com
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah sembahyang dua rakaat
selepas Asar, lalu baginda ditanya: “Bukankah Tuan melarang kita
untuk bersembahyang pada waktu ini?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Dua rakaat yang saya sembahyang itu tadi
semestinya saya lakukan selepas Zuhur, tetapi saya sibuk kerana ada
perutusan yang datang.”
www.familiazam.com
Aisyah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. itu apabila tertidur atau
sakit, sehingga pada malam harinya itu tidak sempat bangun, maka
baginda selalu bersembahyang untuk yang ditinggalkan itu pada
permulaan hari sebanyak 12 rakaat.”
Oleh itu, barang siapa yang meninggalkan sesuatu wirid kerana
keuzuran, janganlah memberikan keringanan kepada dirinya untuk terus
meninggalkan perbuatan itu tetapi hendaklah dipenuhi pada waktu
lain.
www.familiazam.com
Langkah itu bagi memastikan diri kita tidak dibiasakan dengan
kelalaian, meninggalkan atau memandang mudah saja. Jadi, memenuhinya
itu amat baik dengan tujuan untuk menggiatkan diri dan melakukan
secara tetap dan tertib supaya menjadi amalan berterusan.
Berikut adalah beberapa masalah yang perlu diketahui mengenai
solat:
www.familiazam.com
Sedikit perbuatan, sekalipun tidak membatalkan solat hukumnya makruh,
melainkan jika ada keperluan. Contohnya, menolak orang yang hendak
berjalan di depannya, membunuh kala atau keinginan untuk menggaru
gatal pada tubuh yang mengganggu kekhusyukan.
Ketika seseorang itu menguap, tidak mengapa jika meletakkan tangan
di mulutnya. Jika bersin, hendaklah dia memuji Allah dengan
mengucapkan Alhamdulillah dalam hati saja dan tidak menggerakkan
lidah, manakala apabila sendawa, janganlah mengangkat kepala ke atas.
www.familiazam.com
Jika berjemaah dan hanya ada seorang makmum saja, disunatkan
seseorang itu berdiri di sebelah kanan imam dan berada di
belakangnya sedikit. Kalau makmum hanya seorang wanita, maka
hendaklah berdiri tepat di belakang imam. Jika dua orang makmum,
seorang lelaki dan seorang perempuan, maka si lelaki berdiri di
sebelah kanan imam seperti di atas dan wanita pula di belakang
makmum lelaki itu.
Bagi makmum masbuq yang sempat bersolat pada akhir perbuatan dalam
solat bagi imam, maka itu dianggap permulaan solatnya. Dia perlu
menyesuaikan amalannya dengan amalan imam itu dan hendaklah
meneruskan secara sendirian apabila imam selesai.
www.familiazam.com
Dalam solat Subuh, makmum masbuq hendaklah membaca doa qunut sekali
lagi sekalipun sudah mengikut imam membacanya pada rakaat sebelum
itu. Jika mendapati imam sudah berdiri, maka jangan memulakan solat
dengan membaca doa Iftitah sebaliknya terus membaca al-Fatihah.
Sekiranya imam rukuk pada hal dia belum selesai membaca al-Fatihah,
tetapi mengagak mampu menyusul imam ketika iktidalnya dari rukuk
selepas itu, maka lebih baik bacaan al-Fatihah diselesaikan saja.
Tetapi, sekiranya tidak dapat menyusul imam, maka baiklah mengikut
amalan imam dan terus rukuk.
www.familiazam.com
Jadi, sekalipun hanya sempat membaca sebahagian saja al-Fatihah,
gugur kewajipan membaca keseluruhannya kerana kemasbuqan makmum
berkenaan. Seterusnya, apabila makmum datang ketika imam dalam
keadaan sujud atau bertasyahhud, maka dia hendaklah terus
bertakbiratul ihram lalu duduk.
Sumber: Foward Email
Diterbitkan Pada:
01 Januari 2007 |
|

Tahukah anda? Untuk mengecapi
kekayaan, kebahagian serta ketenangan di dalam hidup!.. Ianya bermula
dari "Rezeki Yang Diberkati.."

Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi
wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih
teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan
yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket
anda.
|