|
JANGAN MARAH-MARAH |
 |
|

Marah itu
sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah
yang menyala berkobar˛ serta menjulang tinggi sampai
naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat
bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang
sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan
pada besi.
www.familiazam.com
Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu
adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika
marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat
dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah
hubungannya dengan syaitan.
Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah
seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata:
" Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan
suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang
sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud
"Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi
baginda tetap berkata.. "janganlah engkau marah'...
sebanyak tiga kali. jelaslah di sini... menahan api
kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.
www.familiazam.com
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...
"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua
ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu
marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah
orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal
ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya
dan Baihaqi)
Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah
sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi
kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....
Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang
kemarahannya)
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan
kemarahannya)
www.familiazam.com
Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan
daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh
sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan
mengikut landasan yang Allah tetapkan.
Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org
yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah
(pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan
diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan
negara... tafrith pula.. sifat marah yang
berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak
boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini
sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..
www.familiazam.com
Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada
warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal
penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa
buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita
marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa
malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..
Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan
ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan
mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping
teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita,
saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak
ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan
marah tu.
www.familiazam.com
Benarlah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga
yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan
untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang
membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga
kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya
dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan
Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan"
(Al Imran 133-134)
Sumber : Foward E-mail

|
|
Mutiara Kata:
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai." |
|
|

Anda
ingin disayangi & disenangi oleh semua orang?

Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia
selamanya, insyaAllah!"
Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak
bertentangan dengan islam.
|
|
|
|