| TANDA-TANDA JANGKITAN VIRUS |
 |
|
|
Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan
teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang
lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat
menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah
dijangkiti virus?
www.familiazam.com
Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
- PC menjadi hang selepas dibuka,
dan seringkali berlaku.
- Prestasi PC tiba-tiba sahaja
menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi
terlalu perlahan.
- Keluar mesej "Out of memory
error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
- Sistem operasi Windows tidak
boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian
setting ataupun mengubah registry.
- Sistem operasi Windows tidak
dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang
tiba-tiba.
- Ada program yang tidak pernah
diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
- Terdapat proses yang tidak
diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
- Kita tidak boleh menginstal
sebarang program atau aplikasi baru.
- Windows seringkali reboot dan
proses reboot berlaku berulangkali.
- Utiliti cakra seperti scandisk
melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
- Program atau aplikasi yang
sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
- Drive partition bagi cakra keras,
CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
- Menerima email yang mengandungi
sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
- Perisian Antivirus hilang
tiba-tiba.
- Perisian Antivirus tidak boleh di
instal.
- Dialog box terpapar pada skrin
secara tiba-tiba.
- Sistem PC berjalan dengan
sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup
tray CD-ROM dengan sendirinya.
- Penunjuk tetikus berubah imej dan
grafik.
- Ikon-ikon ganjil terpapat pada
sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
- Muzik atau Video tiba-tiba sahaja
dimainkan dengan sendirinya.
- Saiz sesuatu fail berubah,
walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
- Fail-fail yang kita simpan hilang
satu persatu.
- Properties sesuatu fail berubah
dengan sendirinya.
Sumber : Majalah
Tempatan
www.familiazam.com

|
|
Mutiara Kata:
"Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, Kita juga akan
menemukan kekuatan kita" |
|
|

Buat duit dari barang elektronik terpakai
yang anda boleh dapati secara percuma!

Ramai tak cukup duit beli emas untuk pelaburan, kini ada alternatifnya...
|
|
|
|