|
KAU AKU BERBEZA,
KAU AKU ISTIMEWA |
 |
|

SUBHANALLAH..
tengoklah faedah-faedah yang kita dapat jika kita buat ape yang
di suruhNYA
LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa
anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang
belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya
maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala
perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar
suami perlu
tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya
seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa
orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat
kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut
kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh
Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta
izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam
beribadat kerana masalah haid dan nifas yang
tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata
tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada
ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah
seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan
hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa
kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak
perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana-mana
pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita
jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi
seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya
adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA
mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak
masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam
keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika
kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya,
sehingga dengan segera kamu telah menjadi
bersaudara dengan
sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang
telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia
itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk
membela diri "
Sumber: Foward Email Oleh: stargirl_sg
Diterbitkan pada: 27 Oct 2009
Kemaskini pada: 03 Disember 2009

|
|
Mutiara Kata: "Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang
kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya." |
|
|

Anda rasa diri anda
masih belum berjaya? Anda rasa diri anda biasa-biasa sahaja? Anda rasa
orang lain lebih hebat dari anda?...

Tahukah anda, Dalam diri anda terdapat satu kuasa "SUPERHERO" yang boleh
dicungkil untuk menjadikan diri anda seorang yang hebat dan lebih
berjaya daripada orang lain!
|
|
|
|