|
[
Petua
Kecantikkan 1 |
Petua Kecantikkan 2 ]
Atas cadangan dari seorang pengunjung kami tambah satu lagi kategori petua
iaitu petua kecantikkan. Bahan yang kami paparkan adalah dari sumbangan
rakan-rakan dan pengunjung. Ada juga bahan yang kami dapati dari sumber
internet. Semuga petua kecantikkan ini akan menambah pengetahuan anda dan
mengamalkannya jika anda berhajat.
Jika anda ingin menyumbangkan petua sila
klik disini
MENU PETUA KECANTIKKAN
01- Bibir merekah
www.familiazam.com
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan
kuning telur dan sedikit
madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
02- Masalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar
halus.
Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan
dua kali seminggu.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
03- Rambut kekal hitam
www.familiazam.com
Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan
minyak kelapa dan sapu ke
rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
04- Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan
campurkan dengan sedikit air.
Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
05- Seri wajah
www.familiazam.com
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka
keesokkan harinya sebelum mandi.
Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
06-
Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu
rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah
dibilas.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
07- Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun
sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam.
Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
08- Agar rambut kekal hitam
www.familiazam.com
Gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke
rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
09- Rambut beruban &
kelimumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan.
Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban
akan hilang. Selamat mencuba.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
10- Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam.
Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan
asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan
masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
11- Hilangkan tanda hitam
www.familiazam.com
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak
zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa
minit. Amalkan setiap hari. Insyaallah kesan hitam pada lutut dan siku
akan beransur pudar. Selamat mencuba.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
12- Memutihkan gigi
Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain
itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga
halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih
berseri tanpa banyak belanja.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
13- Pulihkan kulit terbakar
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan
satu camca madu. Selepas itu sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit
yang terbakar. Biarkan selaman beberapa minit, kemudian bilaslah dengan
air bersih. lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
14- Menghilangkan kelemumur
www.familiazam.com
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan
dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke
kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
15- Mengekalkan kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di
samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat
dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
16- Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka
dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
17- Menghilangkan parut
www.familiazam.com
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air.
Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut.
Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum
tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
18- Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan
terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air
sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka
dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan
kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita
segar...
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
19- Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca
air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan
pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air
bersih.Lakukan selama dua minggu.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
20- Merawat kulit berkedut
www.familiazam.com
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan
bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan
itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
[Kembali
Ke Menu Petua Kecantikan 1]
Kemaskini: 20 Disember 2009

|