Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi
PANDUAN MEMANDU
KETIKA KECEMASAN

 Laman Utama > Tips & Info > Kereta > Memandu Ketika Kecemasan

BREK GAGAL BERFUNGSI http://familiazam.com

  • Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
  • Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
  • Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
  • Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
  • Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

KENDERAAN TERBABAS http://familiazam.com

  • Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
  • Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
  • Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

PEMECUT TERLEKAT http://familiazam.com

  • Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
  • Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
  • Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
  • Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
  • Jikalau gagal hubungi mekanik.

BONET TERBUKA http://familiazam.com

  • Brek secara beransur-ansur.
  • Naik ke atas bahu Jalan.
  • Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
  • Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

TAYAR PECAH http://familiazam.com

  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM http://familiazam.com

  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
  • Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
  • Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan.
  • Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.

KENDERAAN TERBAKAR http://familiazam.com

  • Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
  • Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
  • Gunakan alat pemadam.
  • Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.

TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA http://familiazam.com

  • Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
  • Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
  • Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
  • Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
  • Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
  • Angkat bonet dan dapatkan bantuan.

CERMIN HADAPAN PECAH http://familiazam.com

  • Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
  • Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
  • Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
  • Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN  www.familiazam.com

  • Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak.
  • Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
  • Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
  • Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
  • Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.

Sumber: http://jpj.gov.my
Diterbitkan Pada:
09 June 2005

Mutiara Kata: "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"


Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas. Sekarang, bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI SAYANGI!

Dapatkan sekarang panduan menyelamatkan nyawa orang yang tersayang.

 

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Geng Blogger
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 01 December 2011 10:43 AM