|

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda
yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke
hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima
waktu jangan diabaikan.
www.familiazam.com
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari
kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah
insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur
buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan
memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
www.familiazam.com
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia
remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya
disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..
pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah
baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan
di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
http://familiazam.com
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat
umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti
berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang
menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan
seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke
jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti
dilipatgandakan.
http://familiazam.com
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari
ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai
model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan
minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu
dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau
cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda,
rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk
mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil
menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan
anda.
www.familiazam.com
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan
fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???
Sumber : Foward E-mail
http://familiazam.com
 |