Utama    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Hubungi
RESEPI KEK 1

 Laman Utama > Galeri > Resepi > Kek 1

[ Resepi Kek 1 | Resepi Kek 2 | Resepi Kek 3]

Himpunan Resepi kek ini Insyaallah akan kami tambah dari masa kesemasa, Sila ke Resepi Kek 2 untuk resepi-resepi terbaru dari kami.

MENU KEK  1

      01- Kek coklat brownies
      02- Kek lobak berkacang
      03- Kek marble keju klasik
      04- Kek mouse strawberry
      05- Kek coklat pekat
      06- Kek pisang
      07- Kek kismis
      08- Kek keju panggang istimewa
      09- Kek bonda
      10- Kek kukus kuning buahan


1- KEK COKLAT BROWNIES www.familiazam.com

Bahan-bahannya:
450 gram mentega
600 gram gula pasir
8 biji telur
450 gram tepung gandum
15 gram serbuk penaik
100 gram serbuk koko

11/2 tin susu pekat
300 gram kacang walnut
600 gram coklat -topping
500 gram kepingan coklat
1/2 liter krim putar Sedikit mentega
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga kembang.
3. Gaulkan serbuk koko bersama susu pekat sehingga bercampur rata/sebati.
4. Masukkan ke dalam adunan yang pertama tadi. Sambil itu gaulkan tepung, serbuk penaik dan kacang walnut di dalam mangkuk yang
berasingan sehingga rata.
5. Campurkan ke dalam adunan tersebut dan gaul rata.
6. Setelah adunan siap tuangkan ke dalam acuan yang telah dilenserkan dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak.
7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C - 190C selama 50 minit.
8. Hiaskan mengikut kesukaan.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


2- KEK LOBAK BERKACANG

Bahan-bahannya:
800 gram mentega
1 kg gula pasir
24 biji telur
500 gram tepung gandum
30 gram serbuk penaik
600 gram lobak merah yang diparut
1 biji buah lemon
400 gram kacang walnut
5 gram vanila esen
Garam
www.familiazam.com
Bahan pastri:
Krim mentega
30 gram gula
1 kg mentega
250 gram putih telur

Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan masukkan telur perlahan-lahan.
2. Gaulkan kacang walnut, lobak merah, tepung, serbuk penaik, jus limau, sedikit garam dan esen vanila sehingga rata.
3. Campurkan bahan-bahan tersebut ke dalam adunan yang pertama dan gaul rata.
4. Setelah adunan siap tuangkan ke dalam acuan yang telah disapukan dengan sedikit mentega dan di alas dengan kertas minyak.
5. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
6. Setelah siap sejukkan kek dan sapukan krim mentega di atasnya dengan rata. Hiaskan dengan lobak kecil yang diperbuat daripada
marzipan.
www.familiazam.com
Cara membuat krim mentega:
1. Gula dan putih telur dimasak menggunakan "double boiler" sehingga gula larut.
2. Apabila gula telah larut masukkan ke dalam mesin pengadun dan pukul hingga kembang dan sejuk.
3. Kemudian masukkan mentega dan pukul hingga sebati.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


3- KEK MARBLE KEJU KLASIK

Bahan-bahannya:
4 kg keju krim
1 kg gula pasir
125 gram tepung jagung
19 biji telur
13 biji telur kuning
1.7 ml krim putar
500 ml coklat cair
www.familiazam.com
Bahan untuk base:
200 gram coklat cip
100 gram mentega
300 gram biskut marie - dihancurkan

Cara membuat base:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mesin pengadun dan gaulkan rata.
2. Setelah siap angkat dan masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan supaya ia mampat.
www.familiazam.com
Cara membuat kek:
1. Pukul krim keju bersama-sama gula sehingga lembut dan kembang.
2. Masukkan kuning telur dan telur dan pukul hingga kembang dan sebati.
3. Campurkan tepung jagung dan krim putar dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan ke dalam adunan yang pertama tadi dan gaul rata.
5. Setelah sebati keluarkan dari bekas adunan dan masukkan ke dalam acuan yang telah dialaskan dengan campuran biskut dan mentega.
6. Tuangkan coklat cair ke atas kek dan kacau sedikit dengan menggunakan lidi atau kayu penyepit.
7. Bakar pada suhu 150C selama 40 minit. Hiaskan mengikut kesukaan.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


4- KEK MOUSSE STRAWBERRY

Bahan-bahannya:
25 ml air
3 gram gula
22 gram tepung gelatin
1 kg strawberi puri
2 liter krim putar
1 kg strawberi purl
2 liter krim putar
www.familiazam.com
Bahan membuat jejari span:
9 biji putih telur
2 gram gula pasir

Bahan A:
9 biji kuning telur
45 gram gula
100 gram tepung

Cara membuatnya:
1. Masak air bersama gula hingga mendidih dan masukkan strawberi puri dan gelatin yang telah dicairkan.
2. Pukul krim hingga kembang dan campurkan dengan bahan pertama yang telah sejuk tadi hingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam acuan dan dingin bekukan selama 2 hingga 3 jam.
4. Setelah siap potong jejari span tadi dan lekatkan pada dinding kek.
5. Tuangkan sedikit jeli strawberi ke atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan.
www.familiazam.com
Cara membuat jejari span:
1. Putih telur dipukul bersama gula hingga kembang. Ketepikan.
2. Telur kuning dipukul dengan gula hingga kembang dan campurkan dengan bahan A.
3. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Buat bentuk jejari sepanjang 2.5 inci - 3 inci di atas dulang pembakar.
5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


5- KEK COKLAT PEKAT

Bahan-bahannya:
250 grarn krim pekat
300 gram coklat rnasakan yang dicincang halus
200 gram mentega tanpa garam
300 gram gula pasir halus
12 biji kuning teiur ayam
300 ml putih telur ayam * 75 gram tepung gandum
175 gram serbuk coklat
150 gram coklat pekat dimasak sehingga cair. (Kemudian tuang di atas kertas minyak berbentuk)
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1. Siapkan loyang pembakar. Lapiskan dengan kertas minyak. Sapukan dengan mentega hingga rata. Taburkan sedikit tepung gandum dan
ratakan. Letakkan ke tepi.
2. Masak krim kental di atas api yang kecil. Sentiasa kacau agar krim tidak ber-ketui. Masukkan coklat masakan dan kacau sehingga sebati.
Angkat ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula pasir hingga kembang. Masukkan kuning telur dan putih telur sedikit demi sedikit sambil terus memukul adunan
hingga kembang.
4. Masukkan tepung gandum dan serbuk coklat secara berganti-ganti sambil dipukul hingga sebati.
5. Tuangkan adunan krim pekat dan kacau perlahan-lahan.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar dalam selama 45 minit.
7. Angkat adunan yang telah masak dan sejukkan.
8. Keluarkan adunan dari loyang dan hias dengan coklat yang telah dipotong panjang. Taburkan dengan serbuk coklat. Potong mengikut selera
anda. Hidangkan.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


6- KEK PISANG

Bahan-bahannya:
100 gram gula perang
2 biji telur
125 ml minyak masak
140 gram roti putih
10 ml sebuk penaik
5 ml soda bikarbonat
4 biji pisanga berangan - dilecek
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Putar gula, telur dan minyak sehingga kembang dan jadikan satu adunan.
Ayak bahan-bahan kering dan masukkan kedalam adunan selang seli dengan pisang dan kismis.
Curahkan adunan kedalam bekas pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar dengan kepanasan suhu 180 darjah celcius selama 35 atau 40 minit.
Setelah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


7- KEK KISMIS

Bahan-bahannya:
1 kg kismis
250 gram mentega
240 gram tepung naik sendiri
240 gram tepung gandum
500 gram gula halus
250 ml jus mangga
125 ml jus oren
6 biji telur
2 sudu kecilrempah kek
1 sudu kecil esen vanila
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1- Satukan mentega, gula halus, jus mangga, jus oren, dan kismis. Masak dengan api perlahan dan kacau.
2- Apabila sejuk masukkan telur sebiji demi sebiji diselang dengan tepung gandum, tepung naik sendiri, rempah kek dan esen vanila. Gaulkan hingga sebati.
3- Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius selama satu jam.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


8- KEK KEJU PANGGANG ISTIMEWA
 
 

Bahan-bahannya:
450 gram krim keju
200 gram gula halus
3 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)
200 ml krim putar
500 gram mentega cair
1 biji lemon (diambil kulitnya - diparut)
Beberapa titik esen vanila
50 gram tepung serbaguna
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Pukul krim keju bersama sebahagian gula. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.
2- Apabila kembang, masukkan kulit lemon, esen vanila dan tepung.
3- Pukul putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga putih. Kemudian kaup balikkan ke dalam adunankuning telur. Masukkan krim putar dan mentega cair. Kacau sehingga rata.
4- Masukkan adunan kedalam acuan, bakar selama satu setengah jam dengan suhu 150 darjah celcius.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


9- KEK BONDA

Bahan-bahannya:
4 biji telur  
1 sudu pewarna vanila
125 gm tepung kek
100 gram koko
100 gram air sejuk
1 camca teh tepung penaik
100 gram gula halus
200 gram marjerin
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Pukul marjerin bersama gula, pewarna vanila, tepung penaik hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu, koko dan tepung serta air. Tuang kedalam loyang dan bakar sehingga masak.

[Kembali Ke Menu Kek 1]


10- KEK KUKUS KUNING BUAHAN

Bahan-bahannya:
400 gm tepung gandum
400 gm gula
400 gm mentega
300 gm buah-buahan campuran
20 gm serbuk penaik
8 biji telur  
1/2 sudu makan esen vanila
www.familiazam.com
Cara menyediakannya:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik
Akhir sekali, masukkan buah-buahan campuran serta esen vanila. Kacau rata dan kukus sehingga masak, iaitu selama 2 jam.

[Kembali Ke Menu Kek 1]

Mutiara Kata: "Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang"


Bagaimana Memulakan Bisnes Burger Dengan Pendapatan 5 Angka Sebulan.

Didedahkan Secara Langkah-Demi-Langkah Oleh Seorang Anak Kepada Jutawan Senyap Malaysia!

 

 Main Menu
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Facebook
Host By
 Paid-up Advertisement
GU Inspiration
EXP-20-02-2015
 Text Advertisement

RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Kami menyediakan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Membersih Dan Menyucikan Hati, Pemulihan Penagihan Dadah, Membuang Saka, Terkena Sihir, Terkena Santau, Terkena Ilmu Hitam, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Pulih Kilang, Masalah Kecurangan Suami Isteri, Masalah Memanggil balik ahli keluarga yang menghilangkan diri, Sakit Misteri & Sebagainya.

Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Mengenal Diri Sila Hubungi:

Muhammad Adam

Whatsapp / SMS

Laman Web: http://kenal-diri.net

 
  Last Update: 06 October 2014 10:34 PM