PERKUMPULAN KEMPLING
PARIT
KASSAN |
 |
|
PENGENALAN
KEMPLINGAN adalah satu kesenian yang diwarisi
dari masyarakat Jawa oleh rakyat negeri Johor. Ia adalah sejenis
permainan genderang mengiringi bacaan rawi yang diambil dari
berzanji sama ada bacaannya dalam bahasa Arab (seperti dalam
berzanji), bahasa Melayu (terjemahan) atau Bahasa Jawa.
Terdapat enam jenis alat permainan kempling
yang mempunyai bunyi dan fungsi yang berlainan. Alat-alat itu
ialah jidur, gendang, karon, kempling dan dua buah kempol. Kesemua
alat-alat ini diperbuat dari kulit kambing manakala baluhnya
daripada kayu.
Permainan kempling ini mempunyai unsur-unsur
keagamaan yang memuji-muji kebesaran Allah SWT dan Rasul-Nya, Nabi
Muhammad SAW. Nazam atau lirik bagi permainan kempling ini
berpandukan kepada berzanji atau rawi.
PERKHIDMATAN
Mengadakan persembahan dimajlis-majlis
keramaian seperti berkhatan, perkahwinan, potong jambul, perasmian
dan pesta.
Kadar sewaan Kumpulan kempling Parit Kassan ini adalah
bergantung kepada jarak tempat persembahan kerana ianya melibatkan
kos pengangkutan. Ianya juga bergantung kepada budibicara antara
Kumpulan dan penyewa.
AKTIVITI
Diantara Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
25 hb. Mac 2002 - Perkumpulan Kempling Parit
Kassan Muar telah muncul di TV1 dalam rancangan Perspektif ASEAN (Terbitan
Eurofine (M) Sdn. Bhd.)
03 hb Julai 2002 - Khazanah Irama - Episod 3:
Adat & Keislaman (Terbitan Productive Impact (M) Sdn. Bhd.)
22 hb Dis 2001 - Mengadakan persembahan di
Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2001 di Dataran Bandaraya Johor
Bahru, anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor.
Mengadakan Persembahan sempena hari raya di
Rumah Terbuka YAB Menteri Besar Johor di Sungai Mati. (2000/2001)
13 hb Julai 2001 - Mengadakan Persembahan di
kediaman Datuk Abd Malek Abd Hamid, Bekas Ketua Polis Melaka,
Sempena majlis perkahwinan anak beliau.
31hb Mac 2002 -Perkumpulan Kempling Parit
Kassan, Muar telah membuat persembahan pada majlis Pertandingan
Kompang Kreatif JPMM DUN Serom-RMJ 2002 sempena Program Mesra
Bersama Radio Malaysia Johor di padang Sekolah Kebangsaan Bukit
Gambir.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar /
melihat bagaimana permainan KEMPLING ini dipersembahkan sama ada
ketika latihan atau semasa persembahan pada majlis keramaian, Juga
untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan bolehlah berhubung
dengan:
Pengurusi: Encik Wahid Bin Mohd Rebin,Tel:
06-976 3908 (R)
Naib pengurusi : Tuan Hj. Muslim Bin Haji
Jasmin, PIS, Tel: 06-976 2729 (R) Email:
umnoptkassan@johordt.com
Setiausaha: En. Hai Rozzaman Bin Jalal Faxs:
06 976 7034 Email:
namazzh@tm.net.my
Bendahari : Encik Mohd. Janis Bin Abu Bakar
Tel: 06-976 1213 / 06-976 1997
Laman Web :
http://kemplingan.tripod.com
|
|
Mutiara Kata:
"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang
pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka
yang menentang" Whitney W Young |
|
|

Berpeluang untuk temuduga SPA, tapi bimbang gagal?

Ketahui rahsia lulus temuduga SPA dengan
mudahnya dan seterusnya bergelar sebagai PENJAWAT AWAM!! Kerja Kerajaan
dalam genggaman... hadiri temuduga kerja kerajaan berbekalkan keyakinan
yang tinggi untuk lulus.
|
|
|
|