|
[
Petua
Kesihatan 1 |
Petua Kesihatan 2 |
Petua
Kesihatan 3 ]
 |
Salam sejahtera buat para pengunjung. Dibawah ini kami kumpulkan beberapa
petua kesihatan untuk tatapan anda. Semuga ianya akan memberi manafaat
buat anda. Walaupun perubatan moden telah menjadi amalan kita dimasa ini,
namun janganlah hendaknya kita melupakan terus petua-petua dari nenek
moyang kita kerana ada keistimewaan tersendiri pada petua tradisi ini.
Petua terkini dalam Petua kesihatan 3. Untuk menyumbang petua sila
klik disini. |
MENU PETUA KESIHATAN 1
01- Masalah kencing tidak lawas
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras
yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah
perbezaannya.
[Kembali Ke Menu Petua]
02- Bibir
Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu
lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
[Kembali Ke Menu Petua]
03- Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit
kemudian cuci muka dengan air bersih.
[Kembali Ke Menu Petua]
04- Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air
panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.
[Kembali Ke Menu Petua]
05- Merawat Sakit Tekak
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping
asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus.
Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu
sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan
sembuh seperti sediakala.
[Kembali Ke Menu Petua]
06- Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian
masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan
nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut.
Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh
dengan segera.
[Kembali Ke Menu Petua]
07- Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air
bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman
sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air
tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap
pagi ramuan ini.
[Kembali Ke Menu Petua]
08- Menurunkan panas badan
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam.
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga
hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering
sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.
[Kembali Ke Menu Petua]
09- Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap
kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas
sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan
dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda
nampak pulihnya.
[Kembali Ke Menu Petua]
10- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.
Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis
airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan
selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
[Kembali Ke Menu Petua]
11- Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air
ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah
hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga
selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini
setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke
pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.
Kesannya sungguh menakjubkan.
[Kembali Ke Menu Petua]
12- Sembuhkan luka selepas
bersalin
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh
amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan
dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika
sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan
menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.
[Kembali Ke Menu Petua]
13- Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat
tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit
kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping.
Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan
harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.
[Kembali Ke Menu Petua]
14- Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit
biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering,
gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk
atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan
bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih
dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda
akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.
[Kembali Ke Menu Petua]
15- Hilangkan Lemak
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam
jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi
alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku
asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa
tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau
selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati
tubuh anda bertambah segar dan langsing.
[Kembali Ke Menu Petua]
16- Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah
ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan
bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit
bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak
mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan
beransur baik dalam masa singkat.
[Kembali Ke Menu Petua]
17- Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya
membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda
mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit
anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah
panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih
menarik.
[Kembali Ke Menu Petua]
18- Melangsingkan badan.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk
diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan
yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.
[Kembali Ke Menu Petua]
19- Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.
[Kembali Ke Menu Petua]
20- Khasiat bawang putih.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila
termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke
klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah
petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam
masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan
ketika batuk.
[Kembali Ke Menu Petua]

|