|
[
Petua
Kesihatan 1 |
Petua Kesihatan 2 |
Petua
Kesihatan 3 ]
Salam sejahtera buat para pengunjung. Dibawah ini kami kumpulkan beberapa
petua kesihatan untuk tatapan anda. Semuga ianya akan memberi manafaat
buat anda. Walaupun perubatan moden telah menjadi amalan kita dimasa ini,
namun janganlah hendaknya kita melupakan terus petua-petua dari nenek
moyang kita kerana ada keistimewaan tersendiri pada petua tradisi ini.
Petua terkini dalam Petua kesihatan 3. Untuk menyumbang petua sila
klik disini.
MENU PETUA KESIHATAN 3
41- Timun atasi panas badan
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin pasti akan mengalami panas di
badan. Ambil timun kemudian kisar bersama garam. Tapis dan ambil
airnya. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Barulah diminum.
[Kembali Ke Menu Petua
Kesihatan 3]
42- Masalah senggugut
Daun betik dikatakan boleh menghilangkan sengugut. Ambillah segengam
ditumbuk dan airnya hendaklah
diminum pada setiap pagi selama tiga hari pada setiap bulan.
[Kembali Ke Menu Petua
Kesihatan 3]
43- Kulit perut berkedut
Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau
nipis, sesudu air kapur sirih dan 20
titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa
dua minggu.
[Kembali Ke Menu Petua
Kesihatan 3]
44- Masalah kembung perut
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang
putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih
berkenaan.
[Kembali Ke Menu Petua
Kesihatan 3]
45- Masalah sesak nafas
Atasi masaalah sesak nafas dengan merebus beberapa biji buah mata kucing.
Apabila ia mendidih, sejukkan dan minum. Buat seberapa banyak yang boleh
dan amalkannya selalu.
[Kembali Ke Menu Petua
Kesihatan 3]
46-
Masalah kencing tidak lawas
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras
yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah
perbezaannya.
[Kembali Ke Menu Petua
Kesihatan 3]
47- Melegakan tekak perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk di dalam mangkuk, biarkan
seketika kemudian minum airnya.
[Kembali Ke Menu Petua
Kesihatan 3]
48- Elak gatal ulat bulu
Parut sepotong kunyit, campurkan dengan kapur sirih dan air. panaskan
ramuan ini di atas api dan setelah dingin, sapukan
pada bahagian yang gatal dan bengkak.
[Kembali Ke Menu Petua
Kesihatan 3]
Kemaskini: 20 Disember 2009
 |