|

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa
orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka,
kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga
berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak
akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti
segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam
solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan
mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya
apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang
bermaksud:
"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta
bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan
lemah disisi Allah SWT.
Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :
"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya
kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya.
Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan
mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah
menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan
ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT
semata-mata.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan
khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang
memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh
cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada
diri manusia itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi
hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.
"
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan
oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala
melalui sembahyang itu.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang
lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali
sekadar mana yang ia ingat."
Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan
lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi
Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur,
jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan
sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan
muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan
khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam
sembahyang itu, atau sebanyakmana pula yang lalai. Kalau banyak masa
lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk
menunggu akhirat bagi melihat pahala
solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa
yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain.Jika
dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak
ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan
kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga
bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi
juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya,
senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga
pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan
mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak
disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu
kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil
seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin
mampu menunaikan zakat.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah
haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan
dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan
haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari
ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang
beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah
yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu
merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap
Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan
dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana
mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan
Allah SWT.
Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya
orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut
Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah
SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah
namun semua itu tidak termasuk lansung dalam pengertian munajat
kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau.
Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar
kesedaran.
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima
oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang
menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat
lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT,
sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi
segala puji-pujian terhadap Allah.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja
melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati
lalai ia
akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri
Alah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada
saraf dan urat seseorang.
Firman Allah Taala yang berbunyi:
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
[Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]
Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih
dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan
yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna,
maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Copy/Paste
Dari: www.familiazam.com
Wallahu ta'ala a'lam.......
Al-Falir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
Sumber:
dakwah@yahoogroups.com
Kiriman Pada: 27
Oktober 2006
 |
|

Anda
ingin disayangi & disenangi oleh semua orang?

Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia
selamanya, insyaAllah!"
Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak
bertentangan dengan islam.
|