|
[
Kisah
Lucu 1 |
Kisah Lucu 2 |
Kisah
Lucu 3]
Untuk pengunjung yang dihargai,
dibawah ini kami himpunkan kisah-kisah lucu sebagai hiburan buat
kita semua. Semuga ianya dapat mencuit hati anda untuk tersenyum
ceria.
MENU KISAH LUCU 2
21- Anak yang baik
Dua orang sahabat yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu
di sebuah pasar...
Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.
Maimon: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Hasnah: Adakah dia merokok?
www.familiazam.com
Maimon: Oh, tidak!... Tidak sama sekali!
Hasnah: Dia kekadang minum bir?
Maimon: Oh, Tidak! Dia anak yang baik-baik
Hasnah: Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam kerumah?
Maimon: Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam
keluarga
Hasnah: Wah, Nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna,
Berapa usianya?
Maimon: Minggu depan akan genap usianya 6 bulan!
www.familiazam.com
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
22- Dah
kena
Pada suatu pagi, Puan Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke
sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak
mengundurkan keretanya itu Puan Tina pun berpesan kepada anaknya:
Puan Tina: Farid, Tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau
langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah, Ibu!
www.familiazam.com
Puan Tina: Kena tak? Kena tak?
Farid: Belum, Belum, Undurlah lagi ibu.
Puan Tina: Kena tak? Kena Tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi...
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat.... Bang!!
Farid: Ok Ibu, dah kena pun pokok!
www.familiazam.com
Puan Tina: Alamak! Macamana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku!
Farid: Kata Ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah tu!
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
23-
Kisah Cikgu
Seorang Cikgu tertidur di depan kelas, ketika terbangun ia menyuruh
murid-muridnya pulang.
"Tadi saya sudah berjanji dengan Putera Charles untuk bertemu di
alam mimpi," katanya sebagai alasan.
Keesokan harinya, ada seorang murid tertidur di kelas itu.
Cikgu mengejutkannya dengan pukulan kayu pembaris dan membentak,
"Kenapa kamu tidur di kelas!"
www.familiazam.com
"Saya juga ada janji untuk bertemu dengan Putera Charles, Cikgu,"
jawab murid itu.
"Baiklah, apa yang dikatakan Putera Charles kepadamu?" tanya Cikgu
"Putera Charles kata, dia tak bertemu dengan cikgu semalam." jawab
murid.
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
24-
Anak kembar
Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di
hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan
anak.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan
memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada
anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata
ayah pertama.www.familiazam.com
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah,
Encik mendapat anak kembar tiga!".
"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata
ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah
ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four
Season Hotel" katanya syukur.
Pada waktu aitu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu.
Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di
Seven-eleven" katanya.
www.familiazam.com
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
25- Senyum selalu
Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat,
dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum?
www.familiazam.com
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati
diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak
sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung.
Lelaki ketiga pula mati disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi?
www.familiazam.com
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya!
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
26- Nak
Kaya?
Pada suatu malam Taufik memandu sendirian dari Batu Pahat untuk ke
Melaka. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan keretanya.
Simpati dengan nasib orang tua itu, Taufik memberhentikan kereta dan
mempelawanya naik.
"Anak nak pergi mana?" Tanya orang tua itu.
"Melaka," Kata Taufik
www.familiazam.com
"Turunkan pakcik di Muar sudahlah."
Taufik angguk dan terus memandu.
"Anak nak kaya tak?" Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi.
Taufik mula rasa tidak sedap hati. Dia mengesyaki orang tua itu cuba
memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Taufik bukanlah kaki ekor.
"Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu kaya sangat, apa yang ada
cukuplah,"Kata Taufik
"Betul anak tak mau kaya?, Pakcik nak bagi ni!"
"Tak apa,pakcik. Terima kasih."
www.familiazam.com
Akhirnya mereka sampai di Muar. Apabila kereta berhenti, orang tua
itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil begnya.
"Pakcik ada tujuh tin SRI KAYA ni. Tapi kalau anak tak nak juga, tak
apalah," Katanya
Taufik hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari
keretanya.....
[ Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
27- Telur dan Wang
Sejak lebih sepuluh tahun berumah tangga, Ruby memang mengesyaki
suaminya ada menjalin hubungan dengan wanita lain, tetapi dia tidak
pernah ada bukti.
www.familiazam.com
Suatu hari Ruby membersihkan bilik tidur mereka dan ternampak satu
kotak hitam yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia membuka
kotak itu, di dalamnya mengandungi dua biji telur dan wang tunai
berjumlah RM1500.00.
"Apa makna semua ini bang?" tanya Ruby kepada suaminya.
Wajah sisuami pucat dan panik
www.familiazam.com
"Biarlah abang berterus-terang, sebenarnya setiap kali abang ada
kekasih, abang letak sebiji telur dalam kotak ini. Ia sebagai tanda
penyesalan abang," katanya.
Ruby terdiam. Selepas lebih sepuluh tahun, suaminya hanya menyimpan
dua biji telur. Hati Ruby tidak begitu kecewa.
"Habis, RM1500.00 ni apa pulak?" Ruby masih belum berpuas hati.
Suaminya sekali lagi panik.
www.familiazam.com
"Sebenarnya, bila cukup satu dozen, abang jual telur itu dan duitnya
abang simpan dalam kotak ini," katanya
[ Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
28- Kejutkan Saya
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.
Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi
isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari
tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi.
Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"
www.familiazam.com
[ Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
29- Makanan Itali
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang
sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan
hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba.
Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa
bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan
berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki
itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata
pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.www.familiazam.com
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk
bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!"
Kata pelayan itu.
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
30-
Tak malu
Dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel lima bintang, si
isteri tegur suaminya.
Isteri: Abang ni, dah lapan kali ambil daging bakar tu, orang lain
perhati aja. Abang tak malu ke?
Suami: Tak... abang cakap dengan dia orang, awak yang nak.
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
31-
Penipu
Geram betul Ah Keong dengan budak pejabatnya, Ah Chun. Dah pandai
menipu budak ni, ya. Kerja tak buat, tapi bila ditanya kenapa,
macam-macam helah, sakit perutlah, datuk meninggallah, hantar emak
pergi stesen LRTlah. Gara-gara si Ah Chun, perniagaan kereta
terpakai yang diusahakannya itu kian merosot.
Ah Keong: Saya kena ambil tindakan. Ah Chun, awak tau apa akibatnya
menipu?
Ah Chun: Tau, bos. Bos akan tukarkan saya jadi jurujual !!
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
32- Doktor muda
Damm! Pintu pejabat sebuah hospital dihempas. Seorang doktor muda
kelam-kabut masuk, menggelabah puyuh jumpa doktor senior.
Doktor senior: Kenapa ni?
www.familiazam.com
Doktor muda: (termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa
isi borang kematian pesakit. Alamak... matilah saya macam ni,
matiiiii!
Doktor senior: Silap macam mana pulak?
Doktor muda: Saya tersain nama saya kat ruangan Punca Kematian!
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
33- Temuduga
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum
meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam.
Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam.
Setuju?
Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula
kerja?
Dol: Tiga bulan lagi, bos!
www.familiazam.com
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
34- Diskaun 25%
Bengang betul Muthu. Dia baru beli jam dinding, tapi setiap sejam ia
akan lambat 15 minit. Bayangkan, kalau satu jam lambat 15 minit, dua
jam dah 30 minit. Tiga jam dah 45 minit, empat jam dah 60 minit.
Angin betul Muthu. Lalu dia pun pergilah ke kedai untuk pulangkan
jam itu.
Muthu: Dey tokey! Lu angkat balik ini jam, kasi pulang gua punya
duit! #RTA&*(DFG#$%GH!!!
Pekedai: Tara baik marah-marah ini macam, kawan. Sikalang lu beritau
gua apa pasat?www.familiazam.com
Muthu: Ya laa... satu jam kalu, lambat 15 minit. Dua jam kalu, sudah
lambat 30 minit! Lu manyak tipu punya worang! A&*()HJ%AGH!!!
Pekedai: Haiya... itu jam lu beli 25 peratus diskaun punya harga,
bukan? Memang itu macam laa.....
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
35- Potret hodoh
Tiga hari melukis, akhirnya siaplah potret seorang lelaki separuh
umur. Si pelukis pun bertanya kepada lelaki tersebut, "Macam mana,
encik suka tak lukisan ni?"
Lelaki separuh umur yang berhidung kembang dan banyak bekas jerawat
batu itu terus menggeleng-geleng kepala. "Ceh! Inilah lukisan paling
buruk pernah saya tengok."
www.familiazam.com
Si pelukis pegang bahu lelaki tersebut, dengan perlahan berkata,
"Hmmm... kalau macam itu encik kenalah akui yang encik ni adalah
manusia paling hodoh pernah saya lukis potretnya."
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
36- Ahli silap mata
Menachi seronok betul tengok ahli silap mata. Seluk topi keluar
arnab, seluk poket seluar keluar kucing, buka kotak keluar harimau.
Habis saja persembahan, Menachi jumpa ahli silap mata itu.
Menachi: Hebat betul silap mata encik tadi. Err... boleh ajarkan
saya, tak?
Ahli silap mata : Boleh, tapi dengan satu syarat.
Menachi: Apa dia?
www.familiazam.com
Ahli silap mata : (Pandang kiri kanan, kemudian berbisik) Saya kena
bunuh awak lepas saya dedahkan rahsia ru. Okey?
Menachi: Wah! Kalau macam tu encik beritau suami saya... (kemudian
menuding jari ke satu arah) tu ha, si perut buncit yang tengah naik
roller coaster dengan perempuan simpanan dia!
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
37- Rumah terbakar
Seorang lelaki tua yang sedang bergunting rambut terkejut apabila
tiba-tiba pintu kedai gunting itu dirempuh. Yang rempuh ialah lelaki
muda, dan kemudiannya menjerit, "Minhat! Cepat balik, rumah engkau
terbakar!!!"
Apa lagi, lelaki tua itu pun terjun dari kerusi, terus berlari ke
rumahnya, 100 meter dari situ walaupun rambutnya belum siap dipotong
dan di dagu penuh dengan buih pencukur. Dia pun berlari, berlari dan
berlari macam lipas kudung. Tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya,
lelaki tua itu tiba-tiba berhenti. "Eh... kenapa aku lari balik ni?
Nama aku bukannya Minhat!"
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
38- Materialistik
Mamat kesian betul tengok Boboi. Tension dari pagi sampai malam.
Mamat pun tanyalah kawan baiknya itu...
Mamat: Apahal engkau ni, tensen aja aku tengok.
Boboi: Hubungan aku dengan Ira dah putus.
Mamat: Putus? Kenapa?
www.familiazam.com
Boboi: Materealistik sangatlah dia tu.
Mamat: Ala, apa susah, engkau ceritakanlah yang engkau ni anak Tan
Sri, banglo tiga emat buah, Mercedes tiga biji...
Boboi: Dah, aku dah beritau. Tapi lepas beritau benda tulah dia
jatuh cinta dengan bapak aku pulak!
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]
39- Penyakit si Luncai
Suatu hari si Luncai pergilah berjumpa doktor, mengadu masalahnya
yang selalu saja terkentut. Ya, kentut. Kentut sepanjang masa.
Kentut, kentut, kentut. Foot, prreettt, prruuuuttt.
Luncai: Tapi yang peliknya doktor, kentut saya ni tak berbau dan tak
berbunyi. Doktor tau, lima minit saya kat sini, dah lima kali saya
terkentut. Tapi doktor tak tau pun sebab doktor tak dengar bunyi
kentut tu dan doktor tak dapat hidu baunya, kan?
Si doktor diam aja, malah tak dipandangnya pun muka Luncai. Sehelai
kertas diambil dan zap zap zap, si doktor tergesa-gesa menulis nama
ubat ubat yang perlu dimakan oleh Luncai.
Luncai: Fuhh... doktor ni memang genius. Tak payah periksa perut
saya pun doktor dah tau ubat apa yang saya kena makan. Tentu lepas
ni saya tak kentut-kentut lagi, kan?
www.familiazam.com
Doktor: Tak... ubat ni untuk sakit resdung Encik Luncai. Minggu
depan datang lagi tau, kami nak periksa telinga Encik Luncai pulak!
[
Kembali Ke Menu
Kisah Lucu 2 ]

|