|
KISAH LUCU 3 |
 |
|
Untuk
pengunjung yang dihargai, dibawah ini kami himpunkan kisah-kisah
lucu sebagai hiburan buat kita semua. Semoga ianya dapat mencuit
hati anda untuk tersenyum ceria.
MENU KISAH LUCU 3
40- Perkahwinan dan
Pengkebumian
Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis
perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?
copy
from: www.familiazam.com
Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan
datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, "Kamu
yang berikutnyakan?" kata mereka.
Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!
copy
from: www.familiazam.com
Tapi kebiasaan mereka ini terdiam setelah saya melakukan hal
yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga
berlangsung.
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
41- Kereta Rosak
copy
from: www.familiazam.com
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara
selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik
kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta
supaya membantu.
Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah
kereta evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie
pakcik,kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan
20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan
saya tarik kereta pakcik sampai tol "mamat nie bagi idea. "worrait
gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil
didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun
jalanla.. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer
mamat nie laju le sikit, apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.
Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang
dari belakang dan press minyak kat mamat evo 8.apa lagi,jiwa
muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar
ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat
kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan,
dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo 8 tu dah
tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat
speed trap kat bawah jambatan.
copy
from: www.familiazam.com
Vrooommm. Bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate
polis nie.. Cecah 250km/j memasing nie... Dia pun contact la
kengkawan dia kat depan supaya
saman kereta-kereta yg laju nie..."Over..over,ada tiga buah
kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari,sebuah evo 8
dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye..
Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 8 tu.. kete kancil
ngah bagi hon dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
42- Bapak Buat Silap Mata
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke
biliktidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu
mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu
bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan
duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab
tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.
copy
from: www.familiazam.com
Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit
dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian
si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima
sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si
anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu
mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat
lagi sekali ayah."
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
43- Belalai Gajah
Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang
pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa
berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya
lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu
hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk
itu bertanya…
copy
from: www.familiazam.com
Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi.
(kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya),
Encik pun bunting ya?
copy
from: www.familiazam.com
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die
pertanyaannya),
Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya
terkeluar.
(sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
44- Khasiat Telur
Separuh Masak
Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke
klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya
mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka
tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding
kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
copy
from: www.familiazam.com
"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah
tu."
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan,
terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye",
kata emaknya.
copy
from: www.familiazam.com
Ha........Lu Pikir lah sendiri........!
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
45- Anak Kembar Punya Hal
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka
diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka
mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata
kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat
melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula, saya
bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama
dengan riangnya.
copy
from: www.familiazam.com
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang
memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata
lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada
lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan
tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula
bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga
lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu.
Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"
copy
from: www.familiazam.com
Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven
Eleven."
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
46- Karipap 3 Seringgit
Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.
Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga
untuk tiga biji karipap? Tanya gurunya.
copy
from: www.familiazam.com
RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan.
Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.
Mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar
betul-betul.
Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji
karipap?.
Amer tetap memberi jawapan RM1
copy
from: www.familiazam.com
Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar.
Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di
warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
47- Cempedak
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang
selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat
idea... Di tengah-tengah
kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH
DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati
cempedaknya itu tidak dicuri lagi..
copy
from: www.familiazam.com
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik
cempedaknya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada
cempedaknya yang hilang...
tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya
terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
copy
from: www.familiazam.com
'KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
48- Gempa Bumi
Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang
penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..
copy
from: www.familiazam.com
Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik!
Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini
akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah
ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu
walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok
dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya.
Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi
nanti!!
Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya.
Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam
dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun
membeli ubat anti-gempa tersebut.
copy
from: www.familiazam.com
Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun
membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang
pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana
waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun
terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa
bumi yang bakal berlaku.
Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua
minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi
punberteriak kepada penjual ubat tersebut.
Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?
copy
from: www.familiazam.com
Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak
merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu
menandakan ubat saya sangat mujarab!
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
49-
Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah
dan kebanyakannye samaterpikir kah anda untuk menjawab dengan
jawapan yang betul Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan
jawapannye (tak le boring sangat lebih lg kalu yg kejenye mmg
jawab tepon)
1 Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maaf sini bukan balai polis
copy
from: www.familiazam.com
2 Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane
3 Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler buat ape tanye saya
4 Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung,hanye boleh
dicampur
copy
from: www.familiazam.com
5 Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah, bapak ade pasal rumah ni bapak yang
beli
7 Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye time kacih
8 Soalan: haloo, tolong panggilkan samad saya nak bercakap
dengannye
Jawapan: sila panggil sendiri saya sibuk maaf
copy
from: www.familiazam.com
9 Soalan: halloo
Jawapan: haloo pusat sakit mental disini anda ingin mendaftar?
10 Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya
Jawapan: maaf ini bukan kaunter pertanyaan
11 Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi kalau saya masih menjawab betul
le tu
copy
from: www.familiazam.com
12 Soalan: assalammualaikum
Jawapan: waalaikummussalam (tupp!terus letak tepon salam kite
wajib jawab)
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
50- Diskaun Hukuman
Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap
seorang pencuri barang di pasaraya.
copy
from: www.familiazam.com
"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman
penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.
"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang
menerima?" kata hakim.
"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi
belakang.
"Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."
copy
from: www.familiazam.com
Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat
terdakwa mencuri.
"Kenapa anda pula yang keberatan?"
"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun
sehingga 45% tuan hakim."
"??@#$!!&##!!"
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
51- Nak tengok
keretapi berlanggar!
Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api.
Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian
lalulintas,untuk diinterviu.
"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang
sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
copy
from: www.familiazam.com
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu
lakukan?"tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
copy
from: www.familiazam.com
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak
Basri kehairanan.
copy
from: www.familiazam.com
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum
pernah melihat keretapi berlanggar."
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
52- Jika.
Seorang budak sedang menaiki bas di kota. Dia duduk tepat di
belakang pemandu bas.
Lalu tiba-tiba anak itu berkumat-kamit sendiri seperti orang
gila, "Jika ayahku seekor lembu jantan dan ibuku seekor lembu
betina,
pasti aku akan menjadi anak lembu."
Kata-kata itu pun ia ucapkan berkali-kali…
Mendengar ucapan itu, pemandu bas mulai merasa terganggu.
copy
from: www.familiazam.com
Kemudian si pemandu bas mencuba menasihati anak itu supaya diam.
Tetapi anak tersebut makin menjadi kecoh dengan mengucapkan
kata-kata lainnya.
"Jika ayahku seekor gajah jantan, dan ibuku seekor gajah betina,
aku pasti akan jadi anak gajah."
Dan seperti sebelumnya kata-kata itupun ia ucapkan berulang
kali.
Si pemandu bas pun mencuba lagi menasihati anak itu agar dapat
duduk dengan tenang dan diam. Tetapi yang terjadi sebaliknya,
anak itu malah makin membuat kekecohan dengan kata-kata yang ia
ucapkan seperti tadi.
copy
from: www.familiazam.com
Merasa tidak dapat menahan emosinya lagi, si pemandu bas itu
lalu berkata dengan nada keras kepada anak tersebut,
"bagaimana kalau ayahmu seorang gay, dan ibumu seorang pelacur?"
Dengan tersenyum manis anak itupun berkata, "Aku akan menjadi
pemandu bas!!!
copy
from: www.familiazam.com
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
53- Jom bunuh setan.
Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin
isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran
dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk
dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka
beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah
besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan
menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.
Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin.
copy
from: www.familiazam.com
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang
perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima
tahun.
Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain.... ...
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis
mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan
dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di
kampong tersebut.
copy
from: www.familiazam.com
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga
syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala
sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata
si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang
sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil
ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita
bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua
hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg,
jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk
lemah.
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
copy
from: www.familiazam.com
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
54- Pandai anak aku.
Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu: Jadi?
Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu: Man anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]
copy
from: www.familiazam.com
Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?
Ibu: Siapa?
Anak: Sayalah.
Ibu: Cis
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
55- Askar paling Berani.
Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tenteranya
dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan
salah satu Askarnya untuk mengikuti arahannya :
1. Jepun
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat
maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si
jeneral dengan bangga mengatakan "lihat Askar saya sangat berani
dan siap mati"
copy
from: www.familiazam.com
2. Jerman
jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan bilang "Askar saya lebih berani
bahkan untuk menangkap bom RPG"
3. Indonesia
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mau jeneral !
Jeneral : Sebrangi cepat !!
Askar : Tidak mau jeneral !
sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan Askarnya, namun
tetap di tolak.
Si Jeneral berkata "Lihat Askar saya yang paling berani...
perintah jeneral langsung bisa dia tolak..."
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
56- Catatan
Harian Isteri dan Suami.
Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...
Jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta
rumahku shurgaku!
copy
from: www.familiazam.com
BUKU HARIAN ISTERI
Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji
bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan,
sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe,
tapi dia tak bercakap.
Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat
yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi
tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak
ada". Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal.
Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak
usah sibuk.
copy
from: www.familiazam.com
Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma
tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan
perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia
tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".
Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah
dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan
TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....
Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit
kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan
untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia
langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak
tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....
copy
from: www.familiazam.com
BUKU HARIAN SUAMI
Hari ini CHELSEA kalah. SIOTTT!!! TULLL...
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
57- Murid Tak Boleh Pakai.
Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke
tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua
muridnya sangat diam dan bersopan.. tidak seperti biasa jika dia
masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...
copy
from: www.familiazam.com
"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya
melihat keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa
tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu
bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...
Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata.. "sebab...
cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua
diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil
memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising
macam biasa...
[
Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3
]
58- Mengapa Perlu Kahwin??
Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya
yang sulung akan berkahwin.
"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.
"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak
Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
copy
from: www.familiazam.com
Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan
Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim
merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah
berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama
masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim
walaupun umur mereka jauh berbeza.
Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim
sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.
"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta
Karim.
"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau
tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.
copy
from: www.familiazam.com
Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat
jawapannya.
"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan
girang.
"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.
"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.
Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu
menyampuk,
"Salah nak... sebenarnya gatal depan........"
Sumber: Melanggan melalui emel dengan www.GelakGiler.net
Diterbitkan pada: 15 Disember 2009
 |
|
Mutiara Kata: "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka
yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan" |
|
|

"Ketahui bagaimana pasangan yang hampir
bercerai menyemarakkan kembali asmara yang telah pudar dan menyelamatkan
rumahtangga mereka hanya dengan mempelajari dan memantapkan teknik
ciuman !! "
|
|
|
|