Utama    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Hubungi
RESEPI KUIH-MUIH 1

 Laman Utama > Galeri > Resepi > Kuih-muih 1

[ Resepi Kuih-muih 1 ] [ Resepi Kuih-muih 2 ] [ Resepi Kuih-muih 3 ]

Dibawah ini adalah resepi kuih-muih yang boleh dicuba untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang.

MENU KUIH MUIH  1


01- PULUT KAYA


Bahan-bahannya:
100 gram beras pulut
5 biji telur
25 gram tepung jagung
200 gram gula pasir
200 gram santan
garam (secukup rasa)
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
Masak pulut terlebih dahulu. Setelah itu tuang kedalam loyang dan masukkan pula telur, gula, garam, santan dan tepung jagung yang telah dipukul sebelumnya. Kukus sehingga masak.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


02- KUIH BAKAR

Bahan-bahannya:
5 biji telur  
1 mangkuk tepung gandum (250 gram)
Sedikit bijan (sebagai hiasan)
1 mangkuk santan (250 gram)
1 mangkuk gula (250 gram)
Air pandan (mengikut rasa)
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
Gaul tepung, gula, santan, telur dan air pandan. Setelah sebati tuangkan kedalam loyang dan bakar hingga masak. Keluarkan dari ketuhar dan tabur bijan diatasnya sebagai hiasan

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


03- KUIH KASWI

Bahan-bahannya:
250 gram tepung gandum
125 gram tepung ubi
20 gram gula merah
Sedikit air kapur (mengikut rasa)
Kelapa parut (untuk hiasan)
125 gram air
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
Bancuh tepung gandum dan tepung ubi bersama sedikit air kapur dan gula didalam loyang. Gunakan air secukupnya agar bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kukus sehingga masak. Kemudian setelah sejuk, potong kecil-kecil dan gaulkan bersama kelapa parut dan hidangkan.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


04- AGAR-AGAR BATIK

Bahan bahannya:
2 peket agar-agar
100 gram pati buah oren
100 gram kepingan coklat
1 tin susu cair
50 gram gula
250 gram biskut marrie
1 liter air
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
Masak agar-agar sampai mendidih terlebih dahulu. Kemudian celupkan kepingan biskut marrie kedalamnya satu persatu dan angkat untuk disejukkan sebentar.
Masak pula susu cair dan gula, kacau sehingga sebati. Bahagikan adunan kedalam 2 loyang berbeza. 1 loyang diletakkan pati buah oren dan dikacau hingga sebati. Manakala satu lagi loyang dibubuh perasa coklat didalamnya dan digaul sebati.
Ambil loyang kosong, susun kepingan biskiy tadi diatasnya sebelum dituang adunan perasa oren keatasnya. Biarkan sebentar sebelum susun lagi kepingan biskut diatasnya. Tuangkan adunan perasa coklat pula. Buat berulangkali sehingga selesai. Biarkan sejuk, potong kecil-kecil dan sedia untuk dihidang.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


05- KUIH APOM

Untuk menyediakan sebanyak 12 biji kuih apom
cawan kecil (garis pusat 50 mm)
Bahan-bahannya:
Tepung Beras 100gm
Gula 50 gm
Air 130 gm
Yeast 2 gm
ENO 2 gm 
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Campurkan tepung beras,gula air dan yeast
Kacau hingga sebati. Biarkan selama 3-4 jam.
Tambahkan ENO dan kacau hingga rata dan biarkan selama 5 minit.
Panaskan cawan-cawab dalam didalam periuk stim dan tuangkan adunan kedalamnya. Stimkan selama 15-20 minit atau sehingga masak.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


06- KUIH LAPIS

Bahan-bahannya:
Tepung beras 250 gm
Tepung kacang hijau 25 gm
Tepung ubikayu 25 gm
Tepung sagu 25 gm
Gula 330 gm 
Santan pekat 350 gm
Air 700 gm
Daun pandan 5-10 helai (diambil jusnya)
Pewarna makanan merah
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Campurkan tepung beras,tepung kacang hijau, tepung ubikayu dan tepung sagu dengan air dan gula.Tambahkan santan pekat dan kacau.
Bahagikan campuran kepada tiga bahagian dan tambahkan setiap bahagian dengan warna merah,Jus pandan (hijau) dan tanpa pewarna.
Minyakkan loyang (bergarispusat 260 mm) dan panaskan didalam periuk stim. Tuangkan satu lapisan nipis (sesenduk campuran) kedalam loyang tersebut bermula dengan campuran tak berwarna, hijau dan diikuti merah. stimkan selama 4-5 minit untuk setiap lapisan. Ulangi sehingga semua bahan
campuran digunakan.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


07- KUIH BENGKANG

Bahan-bahannya:
Tepung beras 300 gm
Gula 400 gm
Santan pekat 600 gm
Air 900 gm  
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan diatas kedalam sebuah mangkuk.Kacau hingga sebati dan tapis campuran itu.Kacau bahan itu diatas api sederhana selama 10 minit sehingga agak pekat. Padamkan api. Kacau dengankuat menggunakan senduk kayu sehingga menjadi adunan yang licin dan berkilat. Tuangkan adunan kedalam loyang bergarispusat 26 cm yang telah dialas dengan daun pisang. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 11/2 jam. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.
www.familiazam.com
[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


08- KUIH LOMPANG

Bahan-bahannya:
Tepung beras 100 gm
Gula 210 gm
Air 500 gm 
Tepung Sagu 60 gm
Daun pandan 3-4 helai (diambil jusnya)
Air kapur 1/2 sudu teh
Kelapa parut 40 gm

Cara-cara membuatnya:
Campurkan 1/2 bahagian air (250 gm) dengan gula.
Didihkan sehingga semua gula larut.
Biarkan sejuk ke suhu bilik. Campurkan tepung beras, tepung sagu dengan 1/2 bahagian air (250 gm) lagi. Campurkan jus pandan dan sirap gula dengan adunan tadi sehingga rata. Tuangkan adunan kedalam cawan yang telah dipanaskan dan kacaukan dengan sudu sehingga rata. Stimkan selama 25 minit. Hidangkan dengan kelapa parut.
www.familiazam.com
[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


09- KUIH KARAS

Bahan-bahannya:
Tepung beras 480 gm
Gula 4oo gm
Air Panas 560 gm
Minyak masak
2 senduk 

Cara-cara membuatnya:
Larutkan gula didalam air panas. Campurkan sirap panas dengan tepung beras sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan yang pekat dan licin. Biarkan adunan dalam suhu bilik selama 20-30 minit. Panaskan minyak didalam kuali. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan kuihkaras dan pusingkan acuan tersebut untuk menghasilkan satu lapisan nipis, berbentuk jala didalam minyak panas.
Apabila warna keperangan diperolehi, lipatkan kuih menjadi setengah dan biarkan sejuk didalam piring. Resepi ini menyediakan 8-10 keping kuih karas (garispusat 150 mm).

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]


10- KUIH TALAM

Bahan-bahannya:
Lapisan bawah (berwarna hijau)
Tepung beras 175 gm
Gula 400 gm 
Air 1000 gm
Daun pandan 15 helai (diambil jusnya)
Air kapur 1 sudu teh
Lapisan atas (berwarna putih)
Tepung beras 50 gm
Tepung ubikayu 50 gm
Santan pekat 400 gm
Garam 6 gm
Air 100 gm
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan lapisan bawah sehingga rata. Panaskan loyang (bergarispusat 260 mm) didalam periuk stim.
Tuangkan campuran lapisan hijau kedalam loyang
tersebut dan kacau sehingga menjadi adunan yang
pekat dan berkilat. Stimkan selama 30 minit.
Campurkan semua bahan lapisan atas (putih) dan tuangkan keatas lapisan hijau yang telah masak.
Stimkan selama 20 minit sehingga masak.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 1]

Mutiara Kata: "Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan"


Perhatian kepada ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur dibawah 6 tahun...

Adakah anak anda sukar untuk mendengar arahan anda? Sering mengusik adik yang lebih kecil? Sentiasa marah-marah apabila bercakap? dan terlampau-lampau aktif? Ketahuilah teknik sebenar di dalam mendidik anak! Jadikan anak anda seorang anak yang sihat, ceria & mendengar kata!

 

 Main Menu Utama
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Facebook
Host By
 Paid-up Advertisement
GU Inspiration
EXP-20-02-2015
Iklan Anda Di Sini
 Text Advertisement

RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Membersih Dan Menyucikan Hati, Pemulihan Penagihan Dadah, Membuang Saka, Terkena Sihir, Terkena Santau, Terkena Ilmu Hitam, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Pulih Kilang, Masalah Kecurangan Suami Isteri, Masalah Keluarga & Anak-anak, Sakit Misteri & Sebagainya.

Maklumat Lanjut Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Mengenal Diri, Sila Layari:

Laman Web: http://kenal-diri.net

 
  Last Update: 01 September 2014 03:27 AM