|
[
Resepi
Kuih-muih 1 ] [
Resepi Kuih-muih 2 ]
[
Resepi Kuih-muih 3 ]
Dibawah ini adalah resepi
kuih-muih yang boleh dicuba untuk hidangan sarapan pagi atau minum
petang.
MENU KUIH MUIH 2
11- APAM GULA HANGUS
Bahan-bahannya:
3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum
3 camca besar susu tepung (dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)
3 camca soda bikarbonat
Sedikit mentega (untuk menyapu loyang)
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1- Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak
hingga menjadi 1 gelas air gula hangus.
2- Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang.
3- Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat
berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu.
4- Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
12- KUIH CARA BERLAUK
Bahan-bahannya:
11/4cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur (pukul sedikit)
2 biji puih telur
1/4 cawan susu tepung krim
11/2 cawan air
1/2 mangkuk santan pekat
www.familiazam.com
Bahan inti:
60 gram isi ayam (dicincang)
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 sidu teh belacan (dikisar)
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu teh minyak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
Daun bawang (dihiris)
Cili merah (dihiris)
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Ayak tepung dan garam kedalam mangkuk adunan. Campurkan air, susu
krim dan santan pekat hingga sebati. Kemudian masukkan susu dan
campuran susu tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan kacau
sehingga rata. Setelah itu tapis adunan tersebut.
2- Panaskan minyak masak kedalam kuali dan tumis semua bahan inti
sehingga masak. Masukkan air asam jawa, daun bawang serta hirisan
cili.
3- Panaskan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak. Masukkan
adunan tepung sehingga seperuh penuh. Apabila sudah separuh masak,
letakkan inti dan tutup acuan serta biarka kuih masak atas api
perlahan.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
13- BINGKA UBI KAYU

Bahan-bahannya:
2 kg ubi kayu (dikupas, diparut dan disejat)
300 gram gula pasir
1 camca teh garam
sedikit pewarna kuning (jika perlu)
2 biji telur, dipukul sebentar
500 ml santan daripada sebiji kelapa
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1- Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk.
2- Masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning dan telur.
Kacau hingga sebati.
3- Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
4- Lenserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang
bancuhan ke dalamnya. Bakar ia pada suhu 300 darjah celcius selama
30 minit atau sehingga permukaannya kekuningan.
5- Biarkan ia sejuk sebelum dipotong.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
14- KUIH BAKAR JAGUNG
CONTINENTAL

Bahan-bahannya:
500 gram jagung
100 gram gula pasir
110 gram tepung gandum
1/2 biji kelapa (300 ml santan)
Garam secukup rasa
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Gaulkan jagung dengan gula
2- Masukkan tepung dan kacau rata
3- Masukkan garam dan santan, setelah itu kacau hingga sebati
4- sapu acuan dengan mentega dan panaskannya, kemudian masukkan
adunan tadi dan bakar hingga masak.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
15- KUIH TORAK

Bahan-bahannya:
1 kg tepung pulut
1 biji kelapa (diambil santannya)
10 helai daun pandan (ditumbuk dan ambil airnya)
500 gram gula
secubit garam
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Campurkan tepung, gula, santan, air daun pandan dan garam. Kacau
hingga sebati.
2- Selepas itu, tuangkan adunan perlahan-lahan kedalam daun pisang
dan ikat kuat dengan tali rafia hingga
habis.
3- Akhir sekali masukkan ke dalam air medidih dan rebus selama 10
minit.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
16- KUIH KOCI

Bahan untuk kulit:
1 kg tepung pulut
1 biji kelapa (diambil santan)
www.familiazam.com
Bahan untuk inti:
1 biji kelapa (diambil isi)
200 gram gula merah
1 cawan kecil air
1 helai daun pandan
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Untuk kulitnya, campurkan tepung dengan santan dan bancuh hingga
menjadi liat.Kemudian, bahagikan adunan kepada bilangan doh.
2- Leperkan kulit untuk ruang intinya.
3- Untuk menyediakan intinya pula, campurkan semua bahan inti dan
masakkan hingga kering.
4- Selepas itu, lakukan langkah yang sama iaitu bahagikan inti untuk
dibalut bersama kulitnya.
5- Balut dengan kemas hingga habis.
6- Kukus selama 10 minit sebelum dibalut dengan daun pisang. selepas
10 minit keluarkan koci dan gaulkan
dengan sedikit pati santan yang pekat tadi.
7- Akhir sekali balutkan dengan daun pisang dan kukus selama 2 minit.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
17- KUIH LIMAS

Bahan untuk lapisan bawah:
1 biji kelapa (diambil santan)
1/2 kg tepung beras
10 helai daun pandan (ditumbuk dan diambil airnya)
1 sudu teh gula
www.familiazam.com
Bahan untuk lapisan atas:
2 cawan pati santan
secubit garam
2 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Untuk lapisan bawah, bancuh air pandan dengan santan. Gaul hingga
sebati.
2- Sebelum tuangkan bancuhan kedalam acuan daun pisang masukkan gula
dan kukus selama lima minit.
3- Untuk lapisan atas pula, bancuh semua bahan yang diperlukan.
4- Setelah lapisan tadi menjadi sedikit keras, tuangkan bancuhan ini
ke permukaan atasnya.
5- Kukus selama lima minit sebelum dihidangkan.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
18- KRISTAL LAICI

Bahan-bahannya:
1 tin laici - asingkan airnya, buah laici dihiris nipis
1/2 cawan gula pasir
1 peket agar-agar
2 helai daun pandan
5 cawan air
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun
pandan.
2- Kemudian masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici
yang telah di asingkan tadi.
3- Tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu.
Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak
terkumpul di satu tempat sahaja.www.familiazam.com
4- Sejukkan.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
19- KUIH ABOK-ABOK

Bahan-bahannya:
200gram sagu biji yang telah dibersihkan dan ditos.
300 gram kelapa parut - ambil putihnya sahaja.
5 ml air.
www.familiazam.com
5 ketul gula melaka - dihancurkan.
Beberapa helai daun pisang dan penyucuk lidi.
Sedikit garam.
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Gaul sahu dengan kelapa parut, garam dan air sehingga sebati.
2- Ambil sehelai daun pisang, bentukkan kon dan masukkan 2 sudu
besar adunan sagu tadi, kemudian letakkan satu sudu kecil gula
melaka yang telah dihancurkan tadi dan tutup dengan satu sudu besar
sagu lagi. Tekan supaya padat.
3- Gunakan lidi untuk matikan lipatan sebelah bawah.
4- Buat lagi sehingga adunan habis
6- Kukus sehingga masak (antara 40-45 minit)
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
20- KUIH TALAM BERLAUK
Bahan-bahannya:
100 gram tepung beras
100 gram santan pekat
250 gram air (3 Cawan)
Garam secukup rasa
50 gram udang kering (dimesin halus)
3 helai daun sup (dimayang halus)
Bawang goreng (mengikut rasa)
Cili sos (mengikut rasa)
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Tepung beras dibancuh dengan air, masukkan santan, sedikit garam dan
dimasak setengah masak. Masukkan dalam loyang dan kukus sehingga
masak. Kemudian angkat loyang dan taburkan udang kering,bawang
goreng dan daun sup di atasnya. Tuangkan sos cili mengikut rasa.
[Kembali Ke Menu
Kuih-muih 2]
|