Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi

RESEPI KUIH MUIH 3

Galeri Resepi

 Laman Utama > Galeri > Resepi > Kuih-muih 3

[ Resepi Kuih-muih 1 ] [ Resepi Kuih-muih 2 ] [ Resepi Kuih-muih 3 ]

Dibawah ini adalah resepi kuih-muih yang boleh dicuba untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang.

MENU KUIH MUIH 3


21-SERIMUKA DURIAN

Bahan Untuk Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara-cara membuatnya:
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
www.familiazam.com
Bahan untuk Lapisan Atas
4 cawan santan pekat
1 cawan gula tebu/perang
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir
1 s/k garam

Cara-cara membuatnya:
Masukkan santan, gula dan durian dalam blender dan kisarkan.
Masukkan bahan kisar kedalam mangkuk.
Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar.
Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
Bila telah masak, sejukkan betui2 [dalam 4 -5 jam] baru dipotong dan hidangkan.

[Resepi ini sumbangan Kak Hanieliza]

[Kembali ke Menu Kuih 3]


22- BINGKA UBI KAYU



Bahan-bahannya:
2 kg ubi kayu - dikupas, diparut dan disejat
300 gram gula pasir
1 camca teh garam
Sedikit pewarna kuning - jika perlu
2 biji telur, dipukul sebentar
500 ml santan daripada 1 biji kelapa
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk
Kemudian masukkan gula pasir ber-sama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur. Kacau hirigga sebati. Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
Lenserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya. Bakar ia pada suhu 300 darjah Celsius, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
Biar ia sejuk sebelum dipotong.

[Kembali ke Menu Kuih 3]


24- CUCUR KELADI



Bahan-bahannya:
500 gram keladi - Dikukus empuk dan dipotong dadu
100 gm udang kertas - dikupas kulitnya
10 gram ikan bilis - ditumbuk kasar
3 tangkai daun sup - dihiris halus
1 biji bawang besar - dimayang halus
1 biji lada merah - dihiris
1 sudu teh gula pasir
1 biji telur
Air
Garam secukup rasa
Minyak masak
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Ayak tepung gandum dan satukan dengan garam dan gula.
Kemudian masukkan udang kertas, ikan bilis,daun sup, bawang besar, cili merah dan telur sambil digaul rata.
Setelah itu masukkan pula air mengikut kepekatan adunan yang sesuai. Akhir sekali, campurkan keladi.
Sudukan adunan kedalam kuali dan goreng sehingga kuning keemasan.
Hidangkan bersama sos cili.

[Kembali ke Menu Kuih 3]


23- LEMPENG PISANG



Bahan-bahannya:

500 gram pisang berangan
300 gram tepung gandum
100 gram gula pasir
20 gram garam
1 biji telur
Minyak Masak
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Hancurkan pisang kemudian masukkan tepung, gula pasir, garam, telur dan gaul sebati.
Tuang sedikit bancuhan itu diatas kuali panas yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
Setelah masak, terbalikkan dan masak bahagian atasnya pula. Angkat dan boleh dihidangkan bersama kelapa parut putih atau gula merah.

[Kembali ke Menu Kuih 3]


24 - GETUK PISANG

Bahan-bahannya:
15 biji pisang nangka - separuh masak
1 biji kelapa parut - putih saja
6 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1. Rebus pisang hingga lembut. Kupas kulitnya. Kemudian . tumbuk pisang ini hingga lumat.
2. Masukkan gula pasir, kelapa parut dan sedikit garam. Gaulkan hingga sebati.
3. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang berukuran 22 sm dan tekankan hingga mampat.
4. Biarkan beberapa jam sebelum dipotong dan dihidang.

[Kembali ke Menu Kuih 3]

Mutiara Kata: "Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi"


Dapatkan domain percuma seumur hidup
Net KL Web Hosting & Domain
Dengan pakej terpilih NetKL Network, pasti yang terbaik!

 

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Geng Blogger
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 01 December 2011 10:55 AM