Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi
LANGKAH SELAMAT BILA
BERDEPAN DENGAN PENJENAYAH

 Laman Utama > Galeri > Artikel > Langkah Selamat

Wanita sering terdedah kepada pelbagai risiko serangan apatah lagi jika berjalan seorang diri. Serangan berkenaan bukan saja membabitkan kes ragut, samun malah cabul dan rogol. Lebih malang lagi jika serangan terbabit mengakibatkan kematian.
www.familiazam.com
Bagi wanita yang sering berjalan berseorangan, langkah keselamatan diri sememangnya penting. Malang tidak berbau, malah kejadian tidak diingini boleh berlaku di depan rumah sendiri. Peragut bermotosikal biasanya mudah menarik beg tangan yang disangkut pada bahu kanan (Jika anda berjalan di kiri jalan. Justeru itu, ubah kedudukan beg misalnya anda boleh menyangkut beg pada kedudukan bahu yang bertentangan dengan jalanraya.

Menyelimpangkan beg pada bahu juga boleh menyukarkan peragut berbanding beg yang disangkut secara biasa. Berjalan dilorong gelap atau sunyi juga berbahaya. Sebaiknya elakkan diri anda daripada berjalan di kawasan sedemikian kerana jika anda diserang, mungkin sukar untuk mendapatkan bantuan disebabkan tidak ramai orang lalu-lalang di kawasan itu.
www.familiazam.com
Sesetengah orang gemar menggunakan jalan pintas untuk menunggu bas, kekedai dan sebagainya. Tetapi jika anda berasa jalan pintas itu sendiri tidak selamat dilalui, lebih baik menggunakan jalan lain yang agak jauh asalkan ianya selamat.

Sekiranya terserempak dengan sesiapa yang mahu menyerang, anda tidak perlu panik. Orang yang menyerang itu lazimnya juga berasa takut dan panik untuk melakukan serangan.Tunjukkan anda tidak bimbang dengannya malah ada kalanya, jika anda langsung tidak menunjukkan rasa gentar atau takut padanya, penyerang mungkin berfikir dua kali untuk menyerang.
www.familiazam.com
Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan apa saja yang anda miliki pada masa diserang misalnya beg tangan, payung, sikat, pen dan sebagainya sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Dipasaran kini, ada juga sejenis penyembur mirip botol minyak wangi yang direka khas untuk tujuan keselamatan. Simpanlah sebotol penyembur keselamatan di dalam beg anda sepanjang masa kerana ia mungkin dapat membantu anda jika terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diingini.

Mutiara Kata: "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"


Adakah anda minat nak buat bisnes internet, tapi tak tahu nak mula? Nak mula, tapi tiada modal? Tak ada produk, camne nak bisnes? Nak promosi, tak tahu? Sibuk kerja, mana ada masa? Atau macam-macam lagi halangan?
Affiliate Kerajaan
Disebabkan masalah-masalah inilah, Rahsia Affiliate Kerajaan Dibongkarkan oleh JaMaL, seorang Internet Marketer yang berpengaruh. Ketahui bagaimana JaMaL menjana RM125,985.50 dalam masa setahun dengan Affiliate. Anda juga boleh melakukannya!

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Geng Blogger
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 01 December 2011 11:01 AM