|
MELAWAN
HAWA NAFSU |
 |
|
|

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan
tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.
Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah
menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin
bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata, "Barangsiapa yang
meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika
sudah halal" Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,
pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk
mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di
hatinya.
www.familiazam.com
Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk
melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah
sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda
itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera.
Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat
kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.
Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menumpai perhiasan dan
wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi
dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat
jahatnya. Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.
Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya.
Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia
tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba
dia teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi. "Barangsiapa
yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang
tersebut ketika ia sudah halal". Akhirnya, sekali lagi beliau
membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu
dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.
http://familiazam.com
Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di
masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan
Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu
sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam
tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu
dilakukan.
Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan
menceritakan kepada Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya.
Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatir kalau-kalau
pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam
nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W agar sudilah
mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup
sendirian?" tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab
bahawa suaminya telah meninggal dunia.
www.familiazam.com
Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang
duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya
pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?
Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian
isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki
itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama
malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua
insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki
itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang
sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.
Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini
telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang
malam tadi hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak
masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang,
makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu
disantapnya.
http://familiazam.com
Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi
miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga,
tanpa haram sedikitpun. Sementara wanita cantik yang hampir
dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya...
berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
http://familiazam.com
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah sabda Rasulullah
S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan
memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal". Demikian indah Islam
mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang
menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta
yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita
meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.
Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di
sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani
dan memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan
cinta syahwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang
berpanjangan?
Sumber: Foward
Email
 |
|
Mutiara Kata:
"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk
membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan
untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan" |
|
|

Anda rasa diri anda
masih belum berjaya? Anda rasa diri anda biasa-biasa sahaja? Anda rasa
orang lain lebih hebat dari anda?...

Tahukah anda, Dalam diri anda terdapat satu kuasa "SUPERHERO" yang boleh
dicungkil untuk menjadikan diri anda seorang yang hebat dan lebih
berjaya daripada orang lain.
|
|
|
|
 |
|
Main Menu |
|
|
| |
|
Notice |
Pengunjung
dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan
dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat:
|
1- |
Meletakkankan Sumber:
http://familiazam.com pada
setiap dokumen yang telah di
copy. |
|
2- |
Copy & upload images ke hosting
anda sendiri atau free hosting
jika bertujuan untuk disiar di
internet. |
|
3- |
Menghubungi kami [email,
borang
atau sms] memohon izin adalah
sikap dan jalan terbaik |
|
4- |
Nyatakan tujuan dan url jika di
copy untuk dimuatkan dalam web,
blog.atau laman sosial seperti
facebook dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
Follow
Me |
|
|
|
|
|
Paid-up
Advertisement |
|
|
| |
|
Text Advertisement |
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Buang Saka, Terkena Sihir,
Pulih Rumah, Pulih Kedai,
Masalah Suami Isteri & Keluarga,
Sakit Misteri & Sebagainya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

http://rawatan-perubatan.blogspot.com |
- Pesakit
akan dibimbing untuk merawat diri sendiri
semasa dan selepas rawatan.
- Tiada
unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
- Cara
rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah
islam.
- Untuk
keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan
di rumah pesakit sendiri.
- Boleh
mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa
yang benar-benar berhajat.
|
|
|
Recommended Downloads |
|

Untuk
wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi
malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan
anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki
idaman anda di sini!

Anda ingin disayangi & disenangi
oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda &
membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang,
terbukti berkesan, hasil yang
cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Membongkar rahsia herba yang disangka
semak
samun
disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang
anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga
RM100
sekilogram!

Ketahui cara bagaimana anda
boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi yang dijamin paling berkesan!
|
|
|