|

Penipuan kad kredit boleh
dilakukan dengan banyak cara. Penjenayah boleh mencuri kad-kad,
memperoleh data akaun kad yang disimpan dalam jalur magnet dengan
menggunakan alat penyiring, menghasilkan kad palsu dengan
menggunakan data kad akaun, menghasilkan tanggapan palsu,
menggunakan nombor kad dengan cara yang tidak sah dan banyak lagi
situasi.
http://familiazam.com
Beberapa penipu juga telah menjadikan mesin ATM sebagai sasaran,
mencuri data akaun kad dengan menggunakan alat penyiring dan PIN
pemegang kad dengan menggunakan kamera mikro yang tersembunyi.
Melindungi kad-kad anda sebagaimana anda melindungi wang tunai anda.
Bergantung kepada dasar bank pengeluar, anda mungkin
bertanggungjawab atas kerugian yang dilibatkan atas kad yang hilang
dan perlu mengharungi semua kesulitan membatalkan dan menukarkan kad
anda.
http://familiazam.com
Institusi kewangan sedang berusaha untuk mencipta teknologi kad yang
baru dan lebih selamat, yang menjadikannya lebih susah untuk
dicerobohi penjahat.Walau bagaimanapun, cara utama untuk memerangi
masalah ini ialah dengan menjaga kad anda pada setiap masa.
Sebagaimana anda akan mengunci pintu rumah atau kereta anda, jagalah
kad kredit anda sebagai aset yang berharga.
Sementara industri kad kredit terus mencipta kaedah yang lebih baik
dan berkesan untuk memerangi penipuan, berikut ialah beberapa petua
yang boleh anda guna untuk mengekalkan keselamatan kad kredit dan
debit anda:
http://familiazam.com
Setelah menerima satu kad yang baru
- Pastikan kad anda
ditandatangani pada bahagian tandatangan sebaik sahaja anda
menerimanya.Hasilkan satu rekod nombor akaun kad kredit anda dan
nombor telefon untuk melaporkan kad yang hilang atau dicuri.
Simpankan senarai itu dalam tempat yang selamat. Semasa memilih
satu PIN, sentiasa mengelakkan daripada memilih nombor yang
jelas – nama anda, nombor telefon, atau tarikh lahir atau
kombinasi semua ini.
- Jangan menulis nombor
pengenalan peribadi (PIN) anda – hafalkannya. Sekiranya anda
perlu menulis PIN anda, jangan simpannya di dalam dompet atau
beg anda atau pada kad itu.
- Jangan beritahu nombor
PIN anda kepada sesiapa. Tiada sesiapa daripada institusi
kewangan, polis, atau saudagar yang boleh meminta nombor PIN
anda. Anda seorang sahaja yang patut mengetahuinya.
Semasa menggunakan kad anda
http://familiazam.com
- Laporkan kad yang hilang
atau dicuri kepada bank anda dengan serta-merta. Anda mungkin
perlu membuat laporan polis dan menghasilkan
pengesahan bertulis.
- Lindungi kad anda
seakan-akan itu wang tunai. Jangan membiarkannya sahaja di
mana-mana, seperti di kereta, kelab malam ataupun di pantai.
- Jika boleh, mesti lihat
kad anda semasa transaksi.
- Pastikan anda mendapat
kad anda kembali selepas setiap pembelian.
- Sentiasa semak resit
transaksi termasuk amaun pembelian apabila anda
menandatanganinya – simpankan salinan resit transaksi dan resit
ATM.
- Sentiasa semak penyata
pembilan anda, terutamanya selepas satu pemergian. Semak amaun
pembelian anda menentang resit transaksi anda – Sengaja mencari
transaksi yang bukan milik anda secara spesifik.
- Jangan memberi nombor kad
kredit anda melalui telefon, kecuali anda sedang berurusan
dengan syarikat yang ternama, ataupun anda
membuat panggilan itu sendiri.
- Berhati-hati apabila anda
memberi nombor kad kredit anda melalui telefon. Mintakan
maklumat dalam bentuk bertulis daripada syarikat yang
membuat tawaran.
- Sekiranya anda berasa
tertekan oleh seorang jurujual telepemasaran, berasa curiga.
- Jangan memberi nombor
akaun anda kecuali anda telah membuat keputusan untuk membeli.
- Jangan memberi sebarang
maklumat peribadi secara sukarela apabila anda menggunakan kad
kredit anda, selain daripada dokumen identiti
anda, yang mungkin diminta.
- Ketahui siapa yang
memiliki akses kepada kad anda. Sekiranya kad kredit anda
dipinjam oleh seseorang ahli keluarga (teman hidup, anak, ibu
bapa), dengan atau tanpa pengetahuan anda, anda mungkin
bertanggungjawab atas pembelian atau pengeluaran tunai mereka.
Bagaimana Mengelakkan
Skiming/Penipuan?
http://familiazam.com
Di seluruh dunia, penipuan kad makin berleluasa hari ini dan
terdapat banyak jenis penipuan kad di Malaysia. Yang paling biasa
menggunakan kad kredit palsu atau yang diklon, penipuan identiti dan
skiming. Penipu-penipu boleh menghasilkan kad palsu atau diklon
dengan menggunakan maklumat pemegang kad yang didapatkan secara
tidak sah melalui resit transaksi kad, spam e-mel, ‘memancing’ e-mel
(‘merompak’ e-mel untuk mendapatkan maklumat akaun) atau laman web
yang tidak sah. Ini juga dikenali sebagai penipuan identiti sebab
penipu-penipu yang mempunyai akses kepada maklumat pemegang kad
peribadi sedemikian mungkin menggunakannya untuk melakukan transaksi
Internet yang tidak sah dalam talian atau melalui telefon.
http://familiazam.com
Skiming berlaku apabila pencuri menggunakan pembaca kad magnet yang
boleh dipegang tangan untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada
jalur magnet di atas kad kredit, debit atau ATM dan memindahkan
maklumat ini untuk memalsukan atau menklon kad. Penukaran itu dari
kad jalur magnet ke kad bijak berasaskan cip akan mengakibatkan
pengurangan yang besar dalam penipuan skiming tetapi ia bukan
penyelesaian yang terjamin terhadap penipuan.
http://familiazam.com
Langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk menangani penipuan dan
skiming adalah sangat sama dengan apa yang anda buat apabila anda
mendapatkan satu kad baru atau apabila anda membeli-belah dalam
talian sebab objektif utama ialah untuk mengawal dengan rapi
mana-mana maklumat peribadi dan hartanah yang boleh diakses oleh
pencuri untuk tujuan penipuan.
http://familiazam.com
Ini termasuk:
- Menyemak penyata kewangan
dan kad anda dengan segera dan teliti untuk ketepatan dan
melaporkan sebarang kesalahan dengan segera.
Tidak mendedahkan kad atau butir-butir peribadi anda terutamanya
(nombor kad, PIN, tarikh lahir, nombor IC, nama ibu sebelum
berkahwin, dan sebagainya) kecuali anda memulakan transaksi itu.
Jangan berbalas kepada permintaan e-mel yang tidak diminta untuk
maklumat peribadi.
- Melindungi IC, lesen
memandu dan maklumat peribadi lain anda pada setiap masa.
- Cuba tidak membiarkan
pelayan, kerani jualan atau pembantu pam petrol memegang kad
anda tanpa dilihat oleh anda. Ini adalah penting untuk
mengelakkan skiming.
- Tidak meninggalkan resit
transaksi kad di tempat pembelian itu selepas membuat pembayaran
kad untuk mengisikan petrol atau membeli
sesuatu. Sentiasa menyimpan salinan resit transaksi dan
gunakannya untuk menyemak dengan penyata kad anda.
- Mengelakkan ATM yang
terpencil atau kelihatan ganjil kerana mereka mungkin
dimanipulasikan untuk skim data daripada kad anda. Sentiasa
lihat ke belakang untuk mengetahui sama ada orang yang kelihatan
tidak jujur ada di belakang anda dan melindungi pad kekunci itu
semasa
anda menggunakan sesuatu ATM atau perkhidmatan Internet awam.
- Memasang tembok api
(Firewall) dan perlindungan virus dalam komputer rumah dan
pejabat anda untuk mengurangkan kemungkinan hacker.
- Berurus hanya dengan
laman web yang mempunyai reputasi untuk transaksi dalam talian
tetapi berjaga-jaga terhadap laman cermin yang tidak sah yang
telah diletakkan oleh hackers.
- Menggunakan kata laluan
yang lebih panjang untuk melindungi semua maklumat Internet dan
akaun bank anda. Makin panjang kata laluan,
makin susah ia akan dipecahkan.
Perundangan Penipuan Kad
http://familiazam.com
Penipuan kad dan jenayah yang berkaitan dianggap sebagi satu
perbuatan jenayah tetapi sehingga awal 1999 terdapat sedikit
perundangan yang menguasai penipuan kad dan jenayah yang berkaitan
di Malaysia seperti menggunakan kad kredit palsu, pengklonan kad dan
skiming. Pesalah biasanya akan dituduh dibawah beberapa seksyen Akta
Kanun kebanyakannya untuk ketidakjujuran menahan harta yang dicuri,
penipuan, perdayaan, pemalsuan dan pencurian. Kebanyakan kesalahan
ini membawa penjara bagi tempoh 20 tahun dan/atau denda atau
kedua-duanya. Tuduhan spesifik di bawah seksyen-seksyen Akta Kanun
biasanya berhubungan dengan pemilikan kad kredit palsu atau dicuri.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang lebih baru itu, yang
berkuatkuasa pada bulan April 1999 memperuntukkan beberapa kesalahan
penipuan mengenai mendapatkan dan menggunakan maklumat peribadi dan
alat yang tidak sah untuk tujuan penipuan. Kategori utama di mana
penjenayah boleh dituduh dan disabitkan di bawah Akta ini ialah:
- Seseorang yang
menggunakan sebarang perkakas atau alat dengan niat mendapatkan
maklumat mengenai kandungan, pengirim atau
penerima sebarang komunikasi tanpa kelulusan agensi pengesahan
yang terdaftar melakukan satu kesalahan dan akan, apabila
disabit,
dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara bagi tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
- Seseorang yang memiliki,
mendapatkan atau mencipta satu sistem yang direka bentuk untuk
menggunakan atau mendapatkan sebarang
kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, atau perkhidmatan
aplikasi dengan cara penipuan tanpa lesen atau memiliki sebarang
alat
akses palsu atau alat yang membuat sesuatu kelengkapan dikatakan
telah melakukan satu kesalahan dan, apabila disabit, akan
dikenakan
denda maksimum sebanyak RM300,000 atau penjara untuk maksimum
tiga tahun.
- Seseorang yang memiliki
atau menawarkan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian,
atau perkhidmatan aplikasi dengan cara penipuan tanpa lesen atau
memiliki sebarang alat akses palsu atau alat yang membuat
sesuatu kelengkapan melakukan satu kesalahan dan,apabila
disabit, akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM500,000 atau
penjara untuk maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Sumber:
http://www.mymoneyskills.com/
 |