|
Berikut kami paparkan tips-tips
memilih nama domain yang baik, selamat membaca.
1) Akhiran yang baik.
Pada masa kini, akhiran “.com” masih menjadi pilihan yang terbaik
bagi sesuatu nama domain. Sebagai contohnya, jika anda mencari
sesuatu website dan anda hanya mengingati nama website tersebut,
adakah anda akan mula mencari website tersebut dengan menaip
“xxxxx.info” terlebih dahulu? Tidak, pastinya anda akan cuba
menaipnya seperti berikut “xxxxx.com”
http://familiazam.com
Jadi, cubalah dapatkan nama domain yang berakhir dengan “.com”
seboleh-bolehnya untuk website anda. Tetapi, jika setelah anda penat
berusaha dan masih tidak berjaya mendapatkan nama yang sesuai untuk
website anda yang berakhiran dengan “.com” , nama domain yang
berakhir dengan “.net” juga boleh dipertimbangkan.
Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan akhiran “.biz” , “.info”,
“.org” atau “.tv” untuk nama domain website anda, tetapi, pastikan
terlebih
dahulu anda mempunyai alasan yang kukuh sebelum memilih nama domaian
yang berakhiran sebegitu.
www.familiazam.com
Contohnya, jika anda ingin mencari nama domain untuk website
syarikat televisyen anda, nama domain yang berakhir dengan “.tv”
pastinya
akan lebih berkesan.
2) Pendek
Nama domain yang pendek adalah lebih mudah untuk diingati, dan ia
sekaligus mengurangkan keberangkalian kesilapan orang ramai untuk
menaipnya. Jadi dapatkanlah nama domain sependek yang mungkin.
Sebolehnya hendaklah kurang daripada 13 huruf (tidak termasuk
akhiran .com). Ini kerana, menurut kajian psikolgi, seseorang lebih
sukar/malas atau kerap salah apabila ingin mengeja perkataan yang
melebihi 13 huruf.
http://familiazam.com
Tetapi, jika tidak dapat juga. Menggunakan satu atau dua patah
perkataan untuk nama domain anda juga masih kelihatan menarik dan
mudah
diingati.
3) Jelas & membawa maksud
Nama domain yang bagus adalah nama domain yang jelas serta dapat
memberikan maksud serta gambaran yang tepat tentang sesuatu
website hanya dengan membaca/menyebut nama domain tersebut. Oleh itu,
pelawat akan mudah untuk membuat keputusan sama ada
mereka mahu atau tidak melawat website anda apabila mereka melihat
nama website anda di dalam senarai keputusan carian mereka di
enjin carian.
http://familiazam.com
Nama domain yang jelas juga senang untuk diingati sebagai suatu
jenama di pasaran.
Ya, ada juga sesetengah syarikat yang besar yang sungguh berjaya
walaupun mereka tidak menggunakan nama domain yang jelas dan
kurang memberi maksud seperti Yahoo! Tetapi, mereka telah
membelanjakan kos yang agak besar didalam kempen pemasaran bagi
mengukuhkan jenama tersebut.
http://familiazam.com
Yang pastinya, teknik menggunakan nama domain yang memberi maksud
adalah satu kaedah yang lebih baik daripada menghabiskan
berjuta-juta wang hanya untuk memberitahu orang ramai apa sebenarnya
yang anda lakukan di sebalik nama domain tersebut.
4) Katakunci
Nama yang mengandungi kata kunci serba sedikit dapat membantu posisi
yang lebih baik di enjin carian dan ia mempunyai peluang yang
lebih cerah untuk disenaraikan di antara 10 yang teratas tanpa
sebarang usaha untuk mengoptimunkannya. Sememangnya, nama domain
yang kaya dengan kata kunci juga turut mempunyai ciri nama domain
yang jelas dan membawa maksud. Nama domain seperti
webhosting.com pastinya lebih baik daripada menggunakan nama
perniagaan anda yang bernama encikali.com yang sebenarnya
menawarkan perkhidmatan web hosting.
http://familiazam.com
5) Elakkan nombor
Nama domain yang mengandungi nombor juga seboleh-bolehnya dielakkan,
ini kerana, nama domain yang mempunyai nombor boleh
mengelirukan jika ianya cuba disebarkan kepada orang ramai melalui
mulut ke mulut atau suara(radio), ini kerana laman web seperti
www.anda2u.com mungkin akan disebut sebagai “anda to you” atau “anda
dua you” atau.. “anda to you.. to tu dua tau.. nombor dua.. paham
tak?”..
Aduh.. sungguh mengelirukan, kecuali jika ia ditulis dan disebarkan
melalui medium yang dapat dilihat seperti tv atau poster.
6) Bunyi sama, ejaan berbeza
Nama domain yang mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza ajaan juga
boleh mengelirukan sepertimana kekeliruan yang diwujudkan oleh
nama domain yang bernombor. Nama domain seperti www.sitiaishah.com
mungkin boleh mengelirukan jika ia hanya disebut tanpa ditulis
atau dilihat, ini kerana, nama domain tersebut berkemungkinan
mempunyai ejaan seperti:-
http://familiazam.com
www.ctaishah.com
www.sitiaisyah.com
www.sitiaisha.com
www.sitiaysyah.com
jadi, elakkanlah nama domain yang mempunyai sebutan yang sama tetapi
ejaan yang berbeza seboleh-bolehnya.
http://familiazam.com
Antara ejaan yang sama tetapi sebutan berlainan adalah seperti ejaan
yang mengandungi
“ai” atau “ay” atau “ i ”
“mi” atau “mee” atau “me”
“shah” atau “syah”
“mat” atau “md” atau “mad”
Mohd Suhaimy Abu Bakar
Site Administrator
www.sempoihosting.com
“Webhosting professional mampu milik untuk rakyat Malaysia.”
 |
|

Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan
kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh
kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas. Sekarang,
bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI
SAYANGI!

Dapatkan sekarang panduan
menyelamatkan nyawa orang
yang tersayang.
|