|
MISTERI
SERINDIT
JINAK |
 |
|
|

Beberapa
orang bomoh yang datang ke rumah Cek Embung pun tidak berjaya
menyembuhkan penyakit anaknya itu. Setiap malam Azri akan melolong
kesakitan dan kepanasan. Dan keesokannya pasti badan Azri akan
lebam-lebam di sekitar lengan, badan, leher dan kakinya. Anak-anak
Azri terpaksa di tinggalkan di Johor sahaja memandangkan waktu
persekolahan masih berjalan seperti biasa. Isterinya pula terpaksa
menahan diri daripada menjaga Azri yang sedang sakit demi anak-anak.
http://familiazam.com
Genap sebulan, Azri seakan tidak dapat menahan penyakitnya. Malam
itu pekikannya cukup kuat sehingga mengejutkan jiran tetangga.
Tercungap-cungap Azri menahan sakit. Dukun Awang memegang ibu jari
kaki Azri. Wajahnya berkerut seakan curigakan sesuatu.
"Tolong... tolong jangan dekati saya. Lepaskan saya, saya janji tak
akan ganggu kamu lagi," jerit Azri lama-kelamaan kian perlahan dan
tidak berdaya.Di hujung serambi sekumpulan lelaki berkopiah tekun
membaca surah Yasin. Harapan mereka agar anak Cek Embung sembuh
semula. Sebaik selesai bacaan mereka, rontaan Azri pun sudah tidak
kelihatan. Masing-masing memandang sesama sendiri; masing-masing
tidak dapat menyembunyikan perasaan bersyukur sebaik tidak mendengar
jeritan yang mengerikan seperti sebelumnya. Ketua kumpulan bangun
mendapatkan Cek Embung.
http://familiazam.com
Sayangnya bukan berita gembira yang mereka terima, sebaliknya Azri
telah pun kembali ke rahmatullah pada malam itu juga. Isteri dan
anak-anak hanya sempat bertemu jenazahnya sahaja. Ratapan isteri dan
anak-anaknya begitu menyayat hati orang kampung. Walaupun demikian,
misteri pemergian Azri masih belum ada jawapannya.
Seperti hujung-hujung minggu yang lain, Azri rasa tidak sabar mahu
memikat burung di hutan Paloh. Kebetulan hujung minggu itu temannya,
Razlan mempunyai hal yang lain. Puas dipujuk akhirnya Razlan
mengalah juga dan menemani Azri memikat burung. Kebetulan cuaca elok
sahaja pagi itu. Sesampai di hutan Paloh Azri telah memasang jerat
yang biasa digunakan di perdu pokok-pokok kegemarannya. Sebaik
selesai memasang perangkap, hujan renyai-renyai membasahi hutan
Paloh. Azri dan Razlan berkejar cemas mencari tempat berteduh. Dari
jauh Azri terpandang sebuah rumah kayu lama dan mengambil keputusan
berteduh di situ.
http://familiazam.com
"Kau tahu ini rumah siapa Razlan?" Tanya Azri spontan.
"Entahlah. Tapi aku pernah dengar cerita orang-orang kampung yang
dekat pinggir hutan ni ada sebuah keluarga kaya. Ceritanya
anak-anaknya semua enggan tinggal bersama emaknya yang dikatakan
membela 'sesuatu'. Akhirnya emaknya sendirian tinggal di rumah
pusaka yang besar itu," cerita Razlan seolah-olah tanpa sedar
dirinya berada di dalam hutan. Dan dia sepatutnya menjaga tingkah
laku dan bicaranya semasa dalam hutan.
"Entah-entah inilah rumah perempuan itu tak," jawab Azri sambil
tangannya ligat bermain dengan sanggul emas yang dijumpai di serambi
rumah.
"Hish kau ni Azri. Mulut tu janganlah celupar sangat. Kita ni
tumpang berteduh saja kat sini. Yang kau ni dari tadi aku tengok
asyik main sanggul tu buat apa. Janganlah berani-berani engakau
sentuh apa-apa kat sini. Kita tak tahu itu siapa punya. Baik engkau
letak balik," tegur Razlan. "Alan, aku bukannya nak ambil. Aku
belek-belek saja. Aku bosanlah tak tahu nak buat apa ni," balasnya.
Suasana sunyi beberapa minit menyelubungi keduanya.
"Razlan cuba kau tengok belakang badan aku nih. Ada hantu bertenggek
ke? Apasal berat semacam aje," kata Azri memecah kesunyian.
Terperanjat Razlan mendengar pertanyaan Azri. Geram pun ada. Rasanya
seperti mahu menampar sahaja mulut celupar Azri itu. Tanpa berlengah,
Razlan menukar tajuk perbualan. Tidak lama kemudian hujan kembali
reda. Dan mereka berdua menuju ke setiap pokok yang telah di pasang
perangkap tadi.
http://familiazam.com
Walaupun Azri tidak dapat meneruskan hajat memikat burung, tetapi
dia pelik kerana ada seekor burung serindit elok bertenggek di atas
sangkar yang dibawanya. Tanpa berlengah Azri menangkap dan
memasukkannya ke dalam sangkar. Setibanya di rumah, Azri menyimpan
burung berkenaan. Tidak diberitahu pada sesiapa termasuklah
isterinya tentang burung ajaib yang jinak itu. Seminggu selepas itu
Azri mengalami mimpi pelik apabila seorang wanita tua mengarahkahnya
memulangkan burung berkenaan di hutan Paloh.
http://familiazam.com
Oleh sebab, hatinya terlalu ingin memiliki burung berkenaan dia
enggan melepaskan. Perasaannya pun lain sekali sejak menyimpan
burung serindit ajaib itu. Dan sejak itu Azri selalu sahaja
mengalami lebam-lebam badan. Akhirnya dia dibawa pulang ke kampung
halaman setelah tidak mampu untuk berdiri lagi.
Sumber: Majalah
Wanita
http://familiazam.com
 |
|
Mutiara Kata:
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan
kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati" |
|
 |
"Ketahui bagaimana pasangan yang hampir
bercerai menyemarakkan kembali asmara yang telah pudar dan menyelamatkan
rumahtangga mereka hanya dengan mempelajari dan memantapkan teknik
ciuman !! " |
| |
|
|
|
|
|
|
 |
|
Main Menu |
|
|
| |
|
Notice |
Pengunjung
dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan
dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat:
|
1- |
Meletakkankan Sumber:
http://familiazam.com pada
setiap dokumen yang telah di
copy. |
|
2- |
Copy & upload images ke hosting
anda sendiri atau free hosting
jika bertujuan untuk disiar di
internet. |
|
3- |
Menghubungi kami [email,
borang
atau sms] memohon izin adalah
sikap dan jalan terbaik |
|
4- |
Nyatakan tujuan dan url jika di
copy untuk dimuatkan dalam web,
blog.atau laman sosial seperti
facebook dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
Follow
Me |
|
|
|
|
|
Paid-up
Advertisement |
|
|
| |
|
Text Advertisement |
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Buang Saka, Terkena Sihir,
Pulih Rumah, Pulih Kedai,
Masalah Suami Isteri & Keluarga,
Sakit Misteri & Sebagainya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

http://rawatan-perubatan.blogspot.com |
- Pesakit
akan dibimbing untuk merawat diri sendiri
semasa dan selepas rawatan.
- Tiada
unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
- Cara
rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah
islam.
- Untuk
keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan
di rumah pesakit sendiri.
- Boleh
mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa
yang benar-benar berhajat.
|
|
|
Recommended Downloads |
|

Untuk
wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi
malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan
anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki
idaman anda di sini!

Anda ingin disayangi & disenangi
oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda &
membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang,
terbukti berkesan, hasil yang
cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Membongkar rahsia herba yang disangka
semak
samun
disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang
anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga
RM100
sekilogram!

Ketahui cara bagaimana anda
boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi yang dijamin paling berkesan!
|
|
|