|

Berikutan kalendar Islam bermula pada 1 Muharam menyebabkan ia turut
dikenali sebagai Awal Muharam, tetapi paling penting ia
mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad
saw dari Makkah ke Madinah.
Perlu diingatkan, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun
dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan
paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.
http://familiazam.com
Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya
bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada
waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah
'haram' (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)."
http://familiazam.com
Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu
bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam
dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan
Allah turun pada empat bulan itu.
http://familiazam.com
Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama
30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah
10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam
sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan
cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah mencipta
syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan
mencipta Nabi Adam.
www.familiazam.com
Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh
diselamatkan di Gunung Judi, Nabi Ibrahim daripada api Namrud dan
Nabi
Musa daripada Firaun dengan hari kiamat
http://familiazam.com
PADA zaman Rasulullah saw ada seorang Yahudi menuduh seorang Muslim
rnencuri juga akan berlaku pada hari Asyura.
Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda
Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Apabila Nabiberhijrah
ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan
mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada
kezaliman Firaun. Nabi Musa diselamatkan bersama sahabat baginda,
tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami
berpuasa pada hari Asyura.
http://familiazam.com
"Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian
berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat
kepada Nabi Musa lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek.
Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura."
(Hadis riwayat Abu Daud)
http://familiazam.com
Ganjaran pahala
Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat
kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang
mengamalkannyapada hari penuh berkat itu.
http://familiazam.com
Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat
diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:
- Puasa sunat hari Asyura.
Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah,
seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
- Menjamu orang berbuka
puasa. Allah memberi pahala, seperti member! sekalian umat Islam
berbuka puasa.
- Sembahyang sunat empat
rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat
rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat
pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11
kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50
tahun
melakukannya.
- Membaca Qulhuwallah 1,000
kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
- Mandi sunat. Niatnya "Sahaja
aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah memberi
kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada
tahun itu.
- Memakai celak. Allah
menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
- Memelihara kehormatan
diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.
- Bersedekah. Allah
menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahalaseperti
bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
- Menyapu kepala anak yatim.
Allah mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut
yang disapunya.
- Menunjukkan orang sesat
ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
- Menahan marah. Allah
memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
- Memuliakan fakir miskin.
Allah memuliakan-nya dalam kubur.
- Melapangkan belanja anak
isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
- Membaca surah al-Infithaar.
Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya
ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.
Sumber:
Harian Metro
http://familiazam.com
 |