|

ADR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya
al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang
membolehkan kita berasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
www.familiazam.com
Menguatkan jiwa.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia dikuasai hawa nafsu.
Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya,
walaupun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang
lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu dengan
maksud berusaha untuk menguasainya.
Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia kalah,
malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah
itu mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang
cenderung kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya
bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan
ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
www.familiazam.com
Mendidik keinginan ke arah kebaikan.
Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan,
walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara
baik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya
yang baik.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada
serangan keburukan).
Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin
ampuh. Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak
akan lupa diri, walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
www.familiazam.com
Menyihatkan badan.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh
positif terhadap kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal
ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah SAW , malah dibuktikan
doktor atau ahli perubatan.
www.familiazam.com
Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan
Allah kepada manusia, tetapi ramai tidak mensyukurinya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh merenungi kenikmatan
diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
www.familiazam.com
Mengingati dan berasakan penderitaan orang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya
penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus
itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12
atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.
www.familiazam.com
Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan
berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Zakat
tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah
menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan
kikir.
Sumber:
Foward Email
 |