|
MAKNA NOMBOR
PADA TAYAR |
 |
|
|

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci
berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun
keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat
pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat
memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya
sedikit demi sedikit.
www.familiazam.com
www.familiazam.com
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting
bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut:
175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada
lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.
biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.
Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau
ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu.
Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai
tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi
pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan
mungkin boleh terjejas sedikit.
www.familiazam.com
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar
kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan
radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka
13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar
dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih
besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.
Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu.
Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu
merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang
ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82
bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat
maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk
memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh:
475 x 4 = 1900 kg)
www.familiazam.com
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi
sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna
bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210
km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang
dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j,
huruf ZR akan digunakan.
www.familiazam.com
Sumber: Akhbar
Harian Metro
Diterbitkan Pada: 02 April 2005
 |
|
Mutiara Kata:
"Rezeki sesaorang akan tertahan dengan dosa-dosanya. Semakin kurang
dosanya semakin didekati rezeki. Dosa ibarat racun yang merosak hati
dan penghalang kedatangan rezeki" |
|
|

Tahukah anda? Untuk mengecapi
kekayaan, kebahagian serta ketenangan di dalam hidup!.. Ianya bermula
dari "Rezeki Yang Diberkati.."

Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi
wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih
teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan
yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket
anda.
|
|
|
|