Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi
   

PELBAGAI DOMAIN

 Laman Utama > Tips & Info > Laman Web > Pelbagai Domain



Pada kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai nama domain. Ramai juga yang bertanya kepada saya macam mana nak transfer domain, macam mana nak buat dua domain untuk satu website, boleh tak letak banyak-banyak website dalam satu hosting dan bermacam-macam lagi.
www.familiazam.com
Baiklah, hari ini saya akan menerangkan kepada anda beberapa istilah yang berkaitan dengan nama domain.

1) Apa itu “Multiple Domain” ?
Mungkin ada pernah terlihat, sesetengah penyedia perkhidmatan webhosting menawarkan perkhidmatan webhosting kepada pelanggannya dengan ciri-ciri ini. Multiple domain bermaksud, anda boleh mempunyai beberapa website di dalam satu akaun webhosting. Contohnya, anda membeli akaun webhosting dengan saiz sebesar 100Mb.
www.familiazam.com
30mb anda gunakan untuk website abc.com ,
300mb anda gunakan untuk website xyz.com dan
40mb lagi, anda gunakan untuk website jkl.com.

Jadi, anda ada 3 website bagi satu akaun webhosting. Sudah pastinya, fungsi “multiple domain” ini akan memudahkan anda menguruskan kesemua website-website anda . Di sempoihosting .com, kami tidak menawarkan ciri-ciri ini, namun, ia mungkin boleh dipertimbangkan jika mendapat permintaan daripada pelanggan.
www.familiazam.com
2) Apa itu “Domain Parking”?
Domain Parking pula, membolehkan anda mempunyai beberapa nama domain untuk satu website yang sama. Contohnya, anda mempunyai sebuah website menjual komputer. Nama domain website anda ialah “komputer.com”. Tetapi setelah beberapa ketika, anda dapati pelanggan-pelanggan yang membeli dari website anda kebanyakkannya adalah orang putih, jadi anda bercadang menggunakan pula nama domain “computer.com” bagi website tersebut. Apa yang anda perlu lakukan, daftarkan nama domain “computer.com” dan kemudiannya, tambahkan nama domain yang baru itu di dalam cpanel anda dengan menggunakan fungsi “Parked Domains”. Kini, anda mempunyai 2 nama domain bagi sebuah website yang sama.

3)Apa itu “Sub Domain”?
Jika “Nama Domain” di ibarat sebagai sebuah rumah. “Sub Domain” pula bolehlah di ibaratkan sebagai bilik-bilik yang terdapat di dalam rumah tersebut. Katakan anda mempunyai nama domain “komputer.com” untuk kedai komputer anda. Di kedai anda, anda menjual berbagai-bagai jenama komputer, ada jenama Acer, HP, Compaq dan juga DELL. Jadi, anda bercadang untuk membuat satu “folder” bagi setiap jenama komputer tersebut di dalam direktori website anda. Maka anda bolehlah menggunakan nama domain berikut bagi setiap “folder” yang anda hasilkan, contohnya :-
www.familiazam.com
www.acer.komputer.com -> untuk senarai komputer jenama Acer
www.hp.komputer.com -> untuk senarai komputer jenama HP
www.compaq.komputer.com -> untuk senarai komputer jenama Compaq
www.dell.komputer.com -> untuk senarai komputer jenama DELL

4)Berapa lamakah satu-satu nama domain menjadi milik kita apabila ia didaftarkan?
Jika anda mendaftar sesuatu nama domain, ia akan menjadi milik anda dengan kadar tempoh minimumnya adalah 1 tahun. Walau bagaimanapun, anda boleh mendaftar dan memilikinya lebih dari tempoh tersebut.
www.familiazam.com
5) Apa itu pembaharuan nama domain (“Domain Name Renewal”)?
Selepas satu tahun, anda perlulah memperbaharui nama domain anda supaya website anda tidak hilang. Pada kebiasaannya, apabila nama domain anda hampir luput, pihak pendaftar nama domain akan memberikan anda notis peringatan untuk anda memperbaharui nama domain anda.

6) Apa yang berlaku jika nama domain saya luput (expires)?
Apabila nama domain anda luput, anda boleh memperbaharuinya dalam masa satu bulan. Tetapi jika anda tidak memperbaharuinya juga, nama domain tersebut akan memasuki fasa penebusan dan ia akan berada pada fasa ini selama 30 hari sebelum ia disenaraikan semula untuk dijual sebagai nama domain yang baru.
www.familiazam.com
Sekian, sampai di sini sahajalah dulu untuk kali ini. Pada masa akan datang, saya akan terangkan pula bagaimana anda dapat memindahkan website anda dari penyedia webhosting yang lama kepada webhosting yang baru dengan selamat.

Mohd Suhaimy Abu Bakar
Site Administrator
www.sempoihosting.com
“Webhosting professional mampu milik untuk rakyat Malaysia .”

Diterbitkan Pada: 11 Oktober 2006

Mutiara Kata: "Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri"


Mari… mari… mari… Ada berita baik buat anda…
Domain Name & Web Hosting
Dapatkan domain dan hosting berkualiti serta murah di Malaysia.

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Geng Blogger
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 25 November 2011 06:11 PM