|
PENGGUNAAN KAD ATM
YANG SELAMAT |
 |
|
|

Kad dan PIN anda
www.familiazam.com
- Lindungi kad ATM, kredit
atau debit anda daripada kemusnahan dengan menyimpannya di
tempat yang selamat – jangan membenarkannya dibengkok atau
dicakar.
- Hafalkan PIN anda –
sekiranya anda mesti menulis PIN anda, jangan simpannya dalam
beg duit, dompet atau atas kad itu sendiri.
- Apabila memilih satu PIN,
elakkan nombor dan abjad yang senang dikenalpasti atau dikaitkan
dengan diri anda. Jangan menggunakan singkatan nama, tarikh
lahir atau nombor telefon anda.
- Sekiranya anda hilang kad
anda-pastikan anda mengetahui nombor telefon kecemasan institusi
kewangan anda.
- Ketika melancong, adalah
dinasihatkan membawa hanya satu kad ATM dan menghafalkan PINnya.
- Sekiranya anda hilang kad
anda atau kad ATM, hubungi institusi kewangan yang mengeluarkan
kad anda dengan serta-merta.
Apabila menggunakan ATM
www.familiazam.com
- Berwaspada dengan
persekitaran anda.
- Sekiranya anda mendapati
sebarang tanda ATM dikacau secara fizikal atau dilekatkan dengan
pasangan luaran atau pewayaran longgar, laporkan kepada bank dan
menggunakan ATM yang lain.
- Lihat di sekeliling dan
perhatikan persekitaran anda – sekiranya mesin itu di bawah
pencahayaan yang malap, atau terletak di kawasan yang
terselindung, gunakan ATM yang lain.
- Bersedia dengan kad anda
terlebih dahulu – elakkan daripada meraba-raba beg duit atau
dompet anda untuk mencari kad anda.
- Pastikan bahawa sesiapa
yang menunggu untuk mengguna ATM selepas anda tidak boleh
melihat PIN atau amaun transaksi yang anda masukkan.
- Jangan mengira wang tunai
semasa masih berdiri di hadapan ATM – simpankan tunai, kad dan
resit anda dengan segera.
- Batalkan transaksi anda
dan meninggalkan ATM dengan serta-merta sekiranya anda memerhati
sesuatu yang mencurigakan.
- Sekiranya anda sedang
menggunakan satu ATM dalam bangunan yang memerlukan kad anda
untuk membuka pintu, elakkan daripada membenarkan sesiapa yang
tidak dikenali masuk bersama anda.
- Kuncikan pintu kereta dan
naikkan tingkap yang lain apabila anda sedang menggunakan ATM
pandu-lalu.
- Jangan meninggalkan kunci
atau barang berharga anda dalam kereta apabila menggunakan ATM –
dan jangan membiarkan enjin kereta anda hidup.
Pegang kepada kad dan resit
anda
www.familiazam.com
- Setelah melengkapkan satu
transaksi ATM atau debit, ingat mengambil kad anda.
- Jangan meninggalkan resit
ATM anda di tempat ATM itu – ambil bersama anda. Simpan salinan
resit ATM anda. Bandingkan resit ATM anda dengan penyata bulanan
anda. Ini cara yang terbaik untuk melindungi daripada penggunaan
kad anda tanpa kebenaran, dan ini menjadikan penyimpanan rekod
lebih mudah bagi anda.
- Apabila kad anda tersekat
dalam ATM, berasa curiga terhadap sesiapa yang menawarkan
bantuan mereka. Penjenayah boleh mendapat PIN anda melalui
beberapa cara (‘pelayaran bahu’ – pandang merentasi bahu anda
dari belakang atau pertanyaan secara terus terang), kemudian
mengeluarkan kad tersekat anda daripada ATM dan menggunakannya
untuk mengeluarkan dana. Laporkan peristiwa ini kepada bank
dengan serta-merta sama ada dengan melawat cawangan terletaknya
ATM itu atau melalui talian penting telefonnya.
Sumber: http://www.mymoneyskills.com/www.familiazam.com |
|
Mutiara Kata:
"Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya." |
|
|

Ketahui bagaimana pasangan yang hampir
bercerai menyemarakkan kembali asmara yang telah pudar dan menyelamatkan
rumahtangga mereka hanya dengan mempelajari dan memantapkan teknik
ciuman !!
|
|
|
|