|

Perihal Mengenai Sahabat
Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk
berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan
membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga
tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.
www.familiazam.com
Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga
sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu
terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan
orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak
kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada
persahabatannya.
www.familiazam.com
Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu
persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang
membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api
cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang
tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan
menuduh.
www.familiazam.com
Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang.
Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan
kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan
mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu
dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...
www.familiazam.com
Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan
mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam.
Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang
bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang
dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan
terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri
lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.
www.familiazam.com
Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu
bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat.
Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula
suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah
terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu
semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan
semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan
cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si
dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
www.familiazam.com
Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa
menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari
daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah
lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi
seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun
kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau
kesilapan dirimu.
www.familiazam.com
CARA-Cara memilih Sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah
sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada
anaknya:
www.familiazam.com
Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan
diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.
www.familiazam.com
Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan
rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia
suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
www.familiazam.com
Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan
rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui
mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan
jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia
suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
www.familiazam.com
Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
www.familiazam.com
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.
www.familiazam.com
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air
mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa
yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Sumber: http://ibnufariz.blogspot.com/
Diterbitkan
pada: 26
Disember 2006 |